Aliff Aziz Kena Sampuk Sehingga Tumbuk Pekerja Hotel

Hiburan

Aliff Aziz Kena Sampuk Sehingga Tumbuk Pekerja Hotel

Dasyat. Kena sampuk bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah orang lain juga. Itulah yang terjadi kepada Aliff Aziz. Penyanyi ini disampuk sehingga dirinya menumbuk seorang pekerja hotel. Kejadian tersebut berlaku di malam AIM21 di mana pihak polis terpaksa dipanggil untuk meleraikan keadaan. Kuat betul sampukan yang Aliff Aziz kena.

aliff aziz

Advertisement

Desas-desus bertiup mendakwa Aliff Aziz berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian yang disaksikan oleh para penggiat-penggiat seni. Namun Aliff Aziz menafikan dakwaan tersebut. Terang Aliff Aziz:-

Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai. Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi.

Bagi sesiapa yang telah menyaksikan kejadian itu, mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu. Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya.

Biarlah orang nak cakap apa! Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan bersama seorang ustaz. Jika ada pihak mempertikaikan perkara ini lagi, saya sanggup mengambil ujian darah untuk membuktikan bahawa saya tiada pengaruh dadah

aliff aziz

Fuh~~ Diharap perubatan tradisional tersebut dapat mengubati penyakit sampuk Aliff Aziz ini. Bahaya kalau ia berulang sekali lagi. Tak pasal-pasal orang sekeliling kena tumbuk. Mungkin Aliff boleh membaca beberapa ayat Al Quran sebelum memulakan sebarang aktiviti sebagai pendinding. Diharap Aliff lebih berhati-hati dan kuat semangat di masa hadapan untuk mengelakkan sampukan. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...