Written by AbangNara | December 9th, 2014

Najwa Mahiaddin, seorang penyanyi serta anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun selamat bertunang dengan Idris Koh Keng Hui malam semalam. Idris merupakan salah seorang daripada ahli muzik yang mengiringi Najwa dalam setiap persembahannya. Malis pertunangan telah dilangsungkan di kediaman rasmi keluarga Najwa di Sri Satria, Putrajaya.

najwa mahiadin bertunang

Najwa dan Idris telah lama berkenalan dan perhubungan mereka bermula daripada sekadar kawan-kawan sahaja. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Najwa dan Idris atas pertunangan ini. Semoga segala perancangan ke jinjang pelamin akan berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Kerajaan Terengganu tampung caj 1% PTPTN

Written by AbangNara | December 9th, 2014

Yahoo~~Promosi MENARIK dan TERHEBAT Lazada untuk tahun ini hampir tiba akhirnya. Abg Nara memang dah lama tunggu bilakah Lazada akan mengadakan GRAND SALE nya tahun ini. Yerlah, kalau hari-hari biasa pun Lazada sudah penuh dengan promosi, apatah lagi kalau tawaran akhir tahun Lazada ini.

Igor Pezzilli, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata,

“Kita telah mengadakan jualan Revolusi Online selama sebulan bermula November, tetapi saat-saat yang dinantikan bakal tiba. Dengan tawaran yang sukar ditandingi selama 24 jam pada 12 Disember, para pengguna pasti tidak dapat melupakan pengalaman membeli belah kali ini!”

Ya…hanya pada 12 Disember 2014 ini sahaja, Lazada akan menawarkan promosi menarik dan tawaran eksklusif untuk SEMUA KATEGORI selama 24 jam. Macam-macam ada, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan. Dan yang paling penting ialah, KHAS untuk pembaca Beautifulnara, Lazada akan memberikan potongan sebanyak RM25 bagi setiap pembelian RM100 dan ke atas. Hanya perlu masukkan “special voucher code” yang akan diberikan pada 12 Disember nanti.

Promosi akhir tahun Lazada ini bermula dengan tawaran Midnight Sale yang akan berlangsung di antara 12am – 8am, disusuli dengan tawaran harga menarik iaitu Flash Sales yang akan berlangsung setiap satu jam, bermula dari 8am-11.59pm. Memang dahsyatlah tawaran Lazada nie,kira tidak boleh terlepaslah tarikh 12 Disember 2014 nie.Sambil tu jom baca kenapa anda perlu membeli-belah di Lazada.

1. Tiada lagi Klaustrofobia!

 “Lebih ramai lagi orang daripada biasa akan membeli belah secara online pada musim cuti ini, kerana mereka tidak mahu bergelut dengan kepadatan pengunjung di pasar raya. Dengan pelbagai jenis produk yang ditawarkan di bawah bumbung digital, pengguna akan membeli belah dengan selesa di Lazada tanpa perlu keluar dari rumah.”

Jangan x tahu yang Lazada juga memberi PENGHANTARAN PERCUMA di Semenanjung Malaysia untuk pembelian yang melebihi RM75. Semuanya sampai dengan pantas. Barangan pun sama seperti yang ditawarkan. Siap boleh buat Cash On Delivery kalau tak nak bayar secara online. Wow~. Memang revolusilah Lazada nie.

 2. Pemberian untuk Semua

Abg Nara nie banyak anak saudara yang kecil-kecil tau. Di Lazada, semuanya ada dan sangat mudah hanya dengan beberapa klik sahaja, Abg Nara boleh dapatkan hadiah-hadiah yang bersesuaian untuk semua peringkat umur. Dengan pelbagai produk serta barangan daripada peralatan elektronik hinggalah barangan rumah, alat permainan, fesyen dan peralatan sukan.

3. Tawaran Menarik

Errm…Dahlah jualan pada harga istimewa ada pula berita baik kepada pemegang kad CIMB Kwik, debit dan kredit – TAMBAHAN DISKAUN sebanyak 15%. Wah…memang hebatlah tawaran akhir tahun Lazada nie. Oh ya, rangkaian lain yang turut memberikan promosi adalah Chatime, MBO Cinemas dan DiGi.

4. Fesyen untuk Asia Tenggara

Inginkan kelainan dan kejutan kepada yang tersayang? Jom dapatkan jenama-jenama terhebat dari UK dan US di Lazada. Atau pun jom cuba keluaran terbaru label fesyen LAZADA – “LZD” yang sememangnya menarik dan bersesuaian dengan cuaca tropika Malaysia.

5. Membeli belah sambil ‘bergerak’

Anda sedang bercuti ? Anda sibuk dengan kerja anda? Itu semua bukan alasan untuk terlepas tawaran terhebat Lazada ini. Download jer aplikasi Lazada di iOS atau Android untuk memudahkan anda membuat pembelian dalam apa jua keadaan!Pesanan Abang Nara, pastikan korang sentiasa melawat laman web Lazada dan jangan lupa LIKE Facebook Lazada atau INSTAGRAM Lazada pada 12 Disember ini. Sebelum tu dapatkan dulu “special voucher code” di Beautifulnara tau. Jangan nanti dah lepas, baru nak menyesal.

Written by AbangNara | December 8th, 2014

Panas hati Abang Nara melihat mutu persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan Harimau Malaya semalam ketika menentang Vietnam untuk separuh akhir Piala AFF. Main macam budak sekolah. Langsung tak hidup bahagian tengah. Yang gol kedua pula pemain pertahanan kena ayam tahap tinggi. Sedih juga apabila sokongan padu yang ditunjukkan oleh ribuan rakyat Malaysia di stadium gagal membangkitkan semangat mereka.
nelydia senrose dan uqasha senrose Awek-awek cun seperti Nelydia dan Uqasha Senrose turut sama turun padang melaungkan kata-kata semangat buat pemain-pemain Harimau Malaya. Sayangnya ia tidak membuahkan hasil dan Malaysia tewas 1-2 di tangan Vietnam. Tak apa masih ada peluang apabila beraksi di separuh akhir kedua kelak. Namun kalau aksi yang sama ditunjukkkan, memang ada harapan besar kena lauk di Hanoi nanti. Hmmmm.

nelydia senrose dan uqasha senrose

Comel juga aksi menyokong yang ditunjukkan oleh adik beradik ini. Kalau Safiq Rahim atau Hafiz Kamal tengok, pasti akan lebih semangat mengukuhkan cengkaman bahagian tengah Harimau Malaya. Abang Nara cadangkan agar Nelydia dan Uqasha diserap ke dalam Ultra Malaya. Baru berseri sikit ada bunga camnie. Tak gitu?

A video posted by @uqashasenrose2 on

A video posted by Qi Razali (@qirazali88) on

Kalau Malaysia masuk final nanti, Abang Nara nak gi tengok kat stadium. Untung-untung boleh duduk sebelah Nelydia dan Uqasha. Hehehe. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 8th, 2014

Aih~~ Memang payah jadi selebriti lebih-lebih lagi kalau selebriti perempuan. Kesian juga Abang Nara terhadap Rozita Che Wan. Macam-macam sungguh orang mengata dia. Terbaru dilihat membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO), Che Ta yang baru sebulan lebih melahirkan Aaisyah Dhia Rana dikatakan telah melanggar pantang. Pelik-pelik kan? Mesti pening kepala kalau jadi Che Ta. Semua benda yang dibuat jadi masalah negara.
che ta Setahu Abang Nara, orang Melayu je yang ada pantang-pantang sampai 100 hari tak boleh keluar rumah kena duduk terbaring je. Sebenarnya dunia sekarang dah moden dan sudah terbukti melalui kajian pun yang lepas bersalin kalau rasa diri sihat boleh je keluar. Tak perlu nak duduk rumah je. Kata Che Ta:-

Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan. Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya ‘pantang orang ajak’ adalah.. hahaha.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.

Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..

che ta

Sabar jerlah Che Ta. Asalkan diri sendiri tahu yang masih tak melanggar pantang cukuplah. Kalau nak dengar cakap orang sampai ke hari 200 pun tak boleh keluar rumah. Lagipun ini bukan pertama kali Che Ta berpantang. Mesti Che Ta tau yang terbaik untuk dirinya. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.

P.S: Best Buy World Malaysia adalah ‘one stop centre’ untuk anda mendapatkan 100% barangan authentic seperti minyak wangi, beg tangan, pencuci muka, kosmetik dan banyak lagi. Kepopularitian Best Buy World telah dinikmati dan dirasai di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia. Antara jenama popular yang ada untuk anda ialah SK-II, Estee Lauder, Clinique, Christian Dior, Chanel dan Calvin Klein. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.

Page 28 of 37« First...1020...2627282930...Last »