Pencarian Penerbangan #MH370 Mungkin Ditamatkan Mei Depan

Trending

Pencarian Penerbangan #MH370 Mungkin Ditamatkan Mei Depan

Penyiasat yang mencari penerbangan MH370 Malaysia Airlines berkata mereka mungkin menamatkan pencarian pada bulan Mei depan, lebih setahun setelah MH370 hilang sekiranya tidak ada masalah dengan kenderaan, alatan dan cuaca.

23FB910F00000578-2870680-image-a-4_1418333029577

Advertisement

Pusat Koordinasi Agensi Berpasukan (JACC) memberitahu AAP Ahad lepas yang keputusan bagi pencarian pada masa akan datang bergantung pada kerjasama antara Malaysia, China dan Australia.

Minggu lepas, ahli keluarga 239 penumpang dan krew penerbangan itu pada 8 Mac lepas dari Kuala Lumpur ke Beijing telah memberikan sampel DNA mereka untuk membantu proses mengenal pasti penumpang sekiranya kapal terbang itu dijumpai.

Kemaskini terbaru JACC berkata kapal kajian Fugro Equator masih memetakan dasar lautan dan akan kembali ke Fremantle setelah menghabiskan fasanya bulan ini.

Setakat ini, pencarian sudah dibuat di kawasan seluas 200, 000 km persegi.

Penerbangan Malaysia Airline MH370 hilang di Lautan Hindi pada 8 Mac lepas bersama 239 orang penumpang dan krew, dan tiada sebarang petanda di mana sebenarnya pesawat itu berada dapat ditemui hingga kini.

ATSB mengeluarkan laporan operasi secara berkala mengenai usaha pencarian:

Usaha kami akan diteruskan dengan teliti dan teratur, jadi kadangkala kemajuan mingguan mungkin tampak perlahan.

Apa yang perlu diketahui ialah kerja pencarian masih diteruskan dan menyasarkan untuk menjumpai MH370 secepat yang mungkin.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...