Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Yaya Maembong Dan Wan Raja Selamat Diijabkabulkan Petang Semalam

Satu lagi pasangan selebriti iaitu Yaya Maembong dan Wan Raja telah selamat bergelar suami isteri pada petang semalam. Mereka berdua telah diijabkabulkan dengan satu lafaz di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang. Yaya yang berusia 38 tahun telah menerima menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM 12,121.40 daripada Wan Raja, 37 tahun.

yaya maembong

Advertisement

Mereka berdua bakal berbulan madu di London di mana ia telah dihadiahkan oleh adik Yaya Maembong, Emma Maembong pada bulan Januari kelak. Kata Yaya menerusi Mstar Online:-

Insya-Allah kami akan berbulan madu di sebuah pulau dalam masa terdekat ini dan kemudian akan ke London. Itu merupakan hadiah istimewa yang diberikan oleh Emma dan Insya-Allah kami akan pergi awal tahun depan iaitu selepas Wan Raja selesai penggambaran drama

yaya maembong

Selamat pengantin baru diucapkan buat Yaya Maembong dan Wan Raja. Selamat menjalani kehidupan rumah tangga. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Tahniah!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top