June 7th, 2013

Amboi romantiknya aksi Siti Nurhaliza dan Datuk K ini.  Menerusi Instagram, Siti telah berkongsi beberapa keping gambar percutiannya ke Bali bersama suami tercinta, Datuk K. Memang jelas terserlah kemesraan mereka berdua. Cute pun ada jugak!!

gambar siti dan datuk k

Nampaknya Datuk K telah pulih sepenuhnya daripada kemalangan yang dialami di New Zealand awal tahun ini. Semoga dengan percutian ini, Datuk K dapat merehatkan badan sepenuhnya dan kembali bertenaga seperti sediakala.

gambar siti dan datuk k

Lagi 5 keping gambar Siti Nurhaliza dan Datuk K bercuti di Bali dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram CTDK.

gambar siti dan datuk k
gambar siti dan datuk k
gambar siti dan datuk k
gambar siti dan datuk k
gambar siti dan datuk k

June 7th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat Amar Asyraf dan Arna Salleh yang telah pun selamat bergelar suami isteri pagi hari ini dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.

gambar kahwin amar asyraf

Amar Asyraf dan Arna Salleh nampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan pengantin serba putih. Majlis pernikahan ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga terapat sahaja tanpa kehadiran media.

gambar kahwin amar asyraf

Buat Amar dan Arna, selamat melayari bahtera rumahtangga. Semoga masjid yang dibina akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi buat anda berdua.

P.S: Topi singa untuk si kucing

June 7th, 2013

Hot stuff jugak Raja Azmi ini. Asal putus cinta, mesti akan ada lelaki lain yang jatuh hati kepadanya. Memang power!!! Terbaru, Raja Azmi mengakui yang dia sedang bercinta dengan seorang gitaris popular 90-an. Kekasihnya itu adalah seorang duda dan mempunyai umur yang sebaya.

raja azmi

Kata Raja Azmi:-

Ya, saya dah jumpa pengganti Jailani. Umurnya lebih kurang sebaya saya. Dia pernah popular sikit masa dulu. Dia seorang gitaris band 90-an. Dia berambut panjang. Dia sangat kelakar orangnya. Dalam hidup saya, tiga kali saya jatuh cinta. Pertama dengan Misbun Sidek, kedua dengan Jailani Sidek dan ketiga ini, dengan dia. Kami berkenalan di gym. Dah empat bulan lebih kami menjalinkan hubungan cinta. Anak-anak pun okay bila tahu saya bercinta dengan dia

raja azmi

Percintaan Raja Azmi dan si gitaris ini baru memasuki 4 bulan. Menariknya, Raja Azmi akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya apabila perhubungan mereka meneccah 6 bulan. Semoga percintaan Raja Azmi kali ini akan berakhir dengan ikatan sah dan tidak lagi kecundang di tengah jalan.

P.S: Permaidani bunga merah jambu di Jepun

June 7th, 2013

Nama Ashraf Muslim semenjak kebelakangan ini kembali menjadi sebutan ramai akibat kontrovapa ersi yang melanda rumahtangganya. Selain berlakon, Ashraf Muslim juga turut menjadi pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah yang dimiliki oleh bapa mertuanya.

ashraf muslim

Terbaru, menurut pengumuman di laman web rasmi Al Hidayah, Ashraf Muslim telah meletakkan daripada menjadi Perawat dan Ketua Operasi (COO) di situ. Ashraf juga melepaskan jawatan sebagai Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah. Perletakan jawatan ini berkuatkuasa mulai 2 Jun yang lalu.

ashraf mulsim

Tidak diketahui pula punca perletakan jawatan oleh Ashraf Muslim ini. Mungkin Ashraf ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap dunia lakonan. Apa pun, semoga Ashraf Muslim terus berjaya dan bahagia di samping isteri tercinta. Sama-sama kita doakan.

P.S: Bunga teratai mekar yang sangat cantik di Thailand