June 4th, 2013

Kalau tak silap Abang Nara, sudah lama sebenarnya Ramona Zamzam bertapak di industri lakonan tanah air. Namun sehingga ke hari ini, namanya masih tidak begitu popular.  Agak jarang juga kedengaran gosip liar mengenai Ramona kecuali ketika dikaitkan dengan Fouziah Gous dan tunangnya, Zhafran.

ramona zamzam

Namun sejak kebelakangan ini, nama Ramona semakin disebut ramai kerana lakonan mantapnya di dalam drama Cinta Jangan Pergi. Memegang watak Shireen, Ramona semakin dibenci kerana lakonan jahatnya memang sangat menjadi. Semoga drama ini akan menjadi batu loncatan buat Ramona untuk lebih dikenali kelak.

ramona zamzam

Kepada Ramona, teruskan berkarya dan menunjukkan mutu lakonan terbaik anda. Pasti suatu hari nanti nama anda akan meniti di bibir peminat tanah air. Lagi 25 keping gambar Ramona Zamzam dengan membaca entri ini sepenuhnya.

ramona zamzam

ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam
ramona zamzam

P.S: Ada Cara Berhenti Merokok Paling Mudah?? KLIK GAMBAR INI

Advertisement
June 4th, 2013

Pastinya ramai lelaki di luar sana yang kecewa mendengar berita ini. Si cantik manis, Maya Karin mengakui yang dia kini sedang dalam proses mengenali seseorang. Namun begitu, hubungan mereka berdua masih belum di tahap serius. Jadi masih anda peluang untuk anda.

maya karin

Faktor jarak menjadi faktor utama hubungan Maya dan lelaki tersebut masih belum ke peringkat seterusnya. Kata Maya:-

Saya sekarang sedang mengenali seseorang. Sedang berkawan. Dah lama juga kenal. Tapi dia duduk jauh. Jauh beribu-ribu batu. Sebenarnya saya masih lagi sedang fikir tentang sama ada nak jadikan hubungan ini serius atau tidak. Saya go with the flow. Kalau jadi, jadi lah. Kalau tak jadi, tak apa.

maya karin

Rasanya sudah lama juga Maya Karin tidak menempuhi alam percintaan selepas kegagalan dalam perkahwinan pertamanya dahulu. Sebelum ini, Maya Karin pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Remy Ishak. Nampaknya hubungan mereka ternyata hanya sekadar kawan. Kepada Maya, cepat-cepatlah mencari teman hidup untuk dijadikan suami di masa hadapan.

Advertisement
June 3rd, 2013

Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat Running Man tiba jua. Pasti ramai yang akan teruja mendengar berita awesome ini. Walaupun masih belum diumumkan secara rasmi, daripada apa yang Abang Nara baca, ahli-ahli program popular ini akan hadir ke Malaysia sekitar bulan September 2013 ini.

running man di malaysia

Namun begitu, kehadiran Running Man ke Malaysia bukanlah untuk merakam salah satu episod di sini. Kehadiran mereka adalah lebih kepada sesi bertemu peminat. Kemungkinan besar juga akan diadakan aktiviti antara ahli-ahli Running Man dan peminat-peminat mereka di Malaysia. Jumlah ahli Running Man yang bakal hadir juga masih belum disahkan lagi.

telekung

P.S: Telekung travel ini terbaik sangat jika anda ingin pergi berjalan-jalan. Mudah dibawa, kecil dan ringan. Boleh masuk dalam handbag dengan mudah. Hanya RM29 sahaja. Pelbagai saiz boleh didapati. Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.
running man

Tiket-tiket akan dijual pada harga berpatutan untuk membolehkan peminat-peminat Malaysia bersua muka dengan ahli-ahli Running Man. Info lanjut mengenai perkara ini akan diumumkan secara rasmi mengenai pada bulan Jun ini. Sambil-sambil itu, silalah kumpul duit untuk membeli tiket. Peluang keemasan ini seharusnya tidak boleh dilepaskan.

P.S: Promosi Mazda Malaysia untuk Mazda 3

Advertisement
June 3rd, 2013

Daripada apa yang Abang Nara baca di ruangan komen, perkahwinan Izzue Islam, 23 tahun dan Awin, 31 tahun ternyata telah membuatkan ramai wanita mengalirkan air mata. Namun Abang Nara percaya peminat-peminat Izzue akan sentiasa mendoakan kebahagiaannya bersama isteri tercinta, bukannya mengeluarkan kata-kata yang kurang elok didengar dan menyakitkan hati pengantin baru ini.

izzue islam kahwin

Apa pun Abang Nara suka melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan ini setelah sah bergelar suami isteri. Memang nampak bahagia sangat-sangat. Dan Abang Nara bertambah gembira apabila Izzue Islam menyatakan kesediaannya untuk bergelar bapa secepat mungkin. Kata Izzue kepada Mstar Online:-

Jika rezeki diberi awal memang saya mahu segera mempunyai anak dan sudah bersedia untuk bergelar seorang bapa tambahan pula anak itu nanti akan memberi berkat dan menyerikan rumah tangga kami

isteri izzue islam mengandung

Dan Abang Nara pasti Awin akan cair apabila mendengar kata-kata romantik yang dikeluarkan oleh suaminya di hari perkahwinan mereka. Romantik juga si Izzue ini. Kata Izzue:-

Dia seorang yang tidak mudah putus asa malah sangat penyayang, penyabar dan pemaaf. Sudah pelbagai perkara kami harungi sepanjang enam tahun ini dan dialah orang yang sentiasa bersama saya sehingga ke tahap ini. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan Awin sebagai isteri dan ini adalah hadiah hari jadi yang terbaik pernah saya terima.

Buat Izzue dan Awin, selamat melayari bahtera rumahtangga. Jutaan tahniah sekali lagi atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin ~~

P.S: Park Royal Hotel Singapura yang sangat menakjubkan

Advertisement