June 6th, 2013

Semakin murah nampaknya rezeki si kecil molek Izara Aishah ini. Baru-baru ini, Izara telah pun dilantik sebagai duta produk  BRAND’s InnerShine iaitu BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu. Memang padanan yang amat sesuai pada pendapat Abang Nara.

izara aishah

Patutlah wajah Izara Aishah makin berseri-seri sejak kebelakangan ini. Inilah rahsia Izara rupanya. Abang Nara pasti ramai yang akan mengikut jejak langkah Izara dan mengamalkan BRAND’S® InnerShine Pati Prun Dengan Camu Camu selepas ini.

izara aishah

Abang Nara akan kongsikan kelebihan Camu-Camu di dalam entri yang lain. Buat masa ini, layankan 8 lagi gambar si cantik Izara Aishah dengan membaca entri ini sepenuhnya.
ronasutra

P.S: Untuk menambahkan lagi kecantikan dan keserian wajah anda, apa kata cuba gunakan mineral makeup daripada Ronasutra ini? Ia dapat menyembunyikan garis-garis hitam di mata dengan begitu efektif sekali. Kalau dah cuba, baru anda akan percaya. Layari www.ronasutra.com untuk info lanjut dan jangan cuba LIKE Facebook Ronasutra untuk promosi terkini mereka.

izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah

Advertisement
June 6th, 2013

Zahid yang mula popular menerusi rancangan Akademi Fantasia akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung minggu ini. Selepas putus cinta beberapa kali, wanita bertuah yang berjaya mencuri hati Zahid ialah Sarah. Menariknya mereka berdua berkenalan menerusi Twitter.

gambar zahid era kahwin

Bersempena dengan majlis perkahwinan mereka, FeelMotion Pictures telah merakamkan sebuah video mengenai detik-detik pertemuan Zahid dan Sarah. Comel je video ini. Memang Zahid dan Sarah sama cantik dan sama padan. Tonton video tersebut di bawah.

Cute kan? Buat Zahid dan Sarah, selamat melayari bahtera rumahtangga. Semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat. Kredit video kepada FeelMotion Pictures.

mid promo

P.S: Abang Nara yakin mesti ada yang tercari-cari photographer untuk hari bahagia tak lama lagi. Elok lah tu, BlissCandid pon tengah buat promosi gila-gila sepanjang bulan June ni. Apa lagi, pergi lah jenguk dan LIKE page BlissCandid Photography dan tengok sendiri gambar-gambar awesome mereka. Gerenti puas hati!

Advertisement
June 6th, 2013

Orang kalau dah comel, buat apa pun tetap comel juga kan? Baru-baru ini, Nora Danish menerusi Instagramnya telah berkongsi gambar dirinya memotong rambut di sebuah salun. Mengambil langkah berani, Nora Danish telah mencukur sedikit rambutnya di bahagian tepi.

gaya rambut nora danish

Abang Nara tengok Nora Danish tetap maintain cute dengan gaya rambut sebegini. Namun beberapa orang peminat kurang menggemari penampilan terbaru Nora. Ada yang menyatakan Nora menyerupai “minah rempit”. Menurut pandangan mereka, muka Nora Danish yang comel tidak sesuai dengan rambut ala-ala ganas sebegini.

gaya rambut nora danish

Yang kelakarnya, Nora Danish terpaksa meminta peminatnya bertenang akibat gaya rambut terbarunya. Agak kelakar jugak kan? Menurut Nora, dia hanya mahu bergaya sedikit sahaja.

Now back to normal. Chill la myhairfans lol. Sikit je shave tu. tak boleh nak style sikit la. Heheh

gaya rambut nora danish

Susah juga menjadi artis popular seperti Nora Danish ini kan? Gunting rambut sikit pun ramai yang memberikan komen. Nasib baik Abang Nara bukan artis. Kalau tak confirm rambut belah tepi Abang Nara menjadi bahan orang ramai. Hehehe. Lagi 4 keping gambar Nora Danish dengan membaca entri ini sepenuhnya.

gaya rambut nora danish
gaya rambut nora danish
gaya rambut nora danish
gaya rambut nora danish

Advertisement
June 6th, 2013

Hari Sabtu yang lepas bukanlah hari biasa. Ia adalah hari di mana salah seorang daripada 6 peserta akan dinobatkan sebagai juara Twisties Superstarz X. Pastinya degupan jantung Joey, Young, Diary of Us, Lina, Kyle dan Syah lebih laju daripada biasa pada hari tersebut.

twisties

Seawal jam 5.30 petang, orang ramai sudah mula berkumpul di AquaSonic, Sunway Pyramid untuk menyaksikan sendiri siapakah bakal ikonik superstar Twisties Superstarz X. Siap ada yang bawak banner tulis nama peserta kegemaran mereka untuk menunjukkan tanda sokongan. Memang suasananya sangat hangat dan meriah!!!
twisties

Juri pada malam itu ialah 3 nama hebat iaitu Dina, JD dan Nadhira. Mereka bertiga akan bertanggungjawab memberi markah selepas menonton 3 persembahan daripada para peserta. Kesemua 6 peserta akan terlibat di dalam persembahan pertama dan kedua tetapi hanya 2 peserta terbaik akan berentap di dalam persembahan terakhir. Menarik kan mekanisme penjurian Twisties Superstarz X?

twisties

Abang Nara suka dengan keunikan pentas yang dibuat ala-ala gelanggang tinju. Seolah-olah ini satu pertandingan hidup mati yang sangat serius, mendebarkan dan penuh aksi. Dan persembahan kesemua peserta pada malam itu sangat mengkagumkan. Penuh bertenaga, unik dan membuatkan orang ramai turut sama teruja.

twisties

Untuk makluman, bukan para juri sahaja yang bertanggungjawab memberikan markah kepada setiap persembahan yang dipertontonkan oleh para peserta. 60 markah ini bergantung kepada keputusan juri dan juga bilangan tweet yang menggunakan hashtag unik untuk setiap peserta. Contohnya hashtag untuk Kyle ialah #TwistiesXKyle. Jadi lebih banyak tweet menggunakan hastag #TwistiesXKyle, maka lebih tinggilah markah buat Kyle. Baki 40 markah telah pun diberikan sebelum ini ketika para peserta menjalani episode Grooming Challenges.

twisties

Setelah tamat 2 persembahan hebat daripada kesemua peserta, akhirnya nama 2 peserta yang akan berentap untuk menentukan juara Twisties Superstarz X telah pun diumumkan. Mereka ialah Kyle dan Joey. Memang persembahan mereka berdua sangat mantap dan layak untuk berentap di pusingan terakhir ini. Kedua-duanya ada aura mereka yang tersendiri.

twisties

Untuk persembahan terakhir ini, keputusan terletak di tangan juri sepenuhnya. Naik bulu roma Abang Nara mendengar nyanyian Joey dan Kyle. Masing-masing menjiwai lagu yang dibawa. Kalau tanya Abang Nara, memang sukar untuk memilih pemenang. Mungkin kena lontar dadu kot.

twisties

Sambil menunggu juri-juri membuat keputusan, penonton yang hadir telah dihiburkan oleh persembahan penuh bertenaga oleh salah seorang juri iaitu Nadhira. Lincah betul si Nadhira ini. Badan kecil molek tetapi menari memang power. Abang Nara rasa Nadhira lepas geram sebab dia tak dapat bertanding dalam Twisties Superstarz X kot. Hehehe.

twisties

Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba jua. Anak didik Prema Yin iaitu Joey telah pun diumumkan sebagai juara Twisties Superstarz X. Joey membawa pulang hadiah sebuah lagu dan muzik video yang akan dicipta khas untuknya bernilai RM25,000. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Joey. Anda memang layak kerana kehebatan persembahan anda pada malam itu.

twisties

Semoga dengan kemenangan ini, Joey akan dapat mengembangkan lagi bakat dan seterusnya menjadi ikonik superstar Malaysia suatu hari nanti. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Joey. Untuk melihat lebih banyak gambar daripada konsert final Twisties Superstarz X, layari laman Facebook Twisties Malaysia. Tonton video di bawah untuk merasai sendiri kehangatan malam itu.

Advertisement