Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Razali Hussain Kini Suami Kepada Nik Noor Azlina

Memang ramai sungguh selebriti-selebriti Malaysia yang mengakhiri zaman bujang mereka pada hujung minggu lalu. Salah seorang daripada mereka ialah pelakon Razali Hussain, 37 tahun. Isteri Razali ialah seorang guru berusia 29 tahun. Mereka berdua telah selamat diijabkabulkan pada Jumaat lepas di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras.

razali hussain kahwin

Advertisement

Menurut Razali, dia bukannya mahu merahsiakan perkahwinan tetapi tidak mahu mengheboh-hebohkan. Malah majlis juga turut dilakukan secara sederhana dengan jemputan adalah kepada keluarga terdekat sahaja. Kata Razali kepada Mstar Online:-

Benar saya sudah bernikah dengan seorang wanita yang sudah saya kenali tiga tahun lalu. Majlis resepsi pula telah berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bukan saya mahu rahsiakan perkara baik ini. Cuma tidak mahu heboh-hebohkan. Tetapi kalau orang tanya, saya akan mengaku yang saya sudah berkahwin. Tambah pula majlis ini berlangsung di sebelah pihak perempuan. Yang hadir pada hari itu pun hanya teman-teman rapat yang menyertai program Audition dahulu dan penyanyi Farhan. Itu sahaja

razali hussain kahwin

Buat Razali, jutaan tahniah atas perkahwinan ini. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia sehingga ke syurga. Tahniah sekali lagi.
razali hussain kahwinP/S: Inginkan kelainan dari segi imej ke tempat kerja? Cubalah blouse ala Korea di WWW.VANITYMASK.COM. Blouse diimport dari Korea, kualiti fabrik dijamin!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama