June 12th, 2013

Rasa macam baru juga kita membaca tentang pasangan bercinta, Nabila Huda dan Nas T bercuti ke Australia dan beraksi mesra di sana. Bagaimanapun, semalam, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil telah memuat naik satu gambar yang ditulis nota kepada Nas T tentang ucapan terima kasihnya hadir ke hidup Abil dan memberikan Abil kebahagiaan.

Gambar ini diletak kapsyen:-

kupu_kupu The end of the weird us.But back to the real one. @djnast12 :)

Ini menyebabkan timbul spekulasi pasangan ini sudah putus cinta. Melalui Berita Harian, Nas T hari ini bagaimanapun menafikan percintaan mereka telah berakhir. Memberitahu dia sedang sibuk menjalankan penggambaran telefilem Anak Imam Argentina di mana dia memegang watak utama, Nas T turut menyifatkan mesej itu sebagai ‘comel’.

Nas T menyatakan dia tidak berjumpa dengan Abil sudah seminggu kerana kesibukan. Sebaik saja mengetahui tentang mesej tersebut, dia telah menelefon Abil dan dari nada suara Abil, dia dapat merasakan Abil sedang marah.

Mungkin dia mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kami jarang berjumpa, berbanding sebelum ini.

Nas T turut mengakui dia masih menyanyangi Abil. Biasa kot, pasangan bercinta sememangnya begini, ada kalanya salah satunya merajuk dan mahu memutuskan perhubungan. Terpulang kepada kebijaksanaan pihak yang lagi satu untuk memujuk. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, kan?


Comments are closed.

Loading...