Written by AbangNara | June 7th, 2010

ifa raziah kena hentak
Aduh. Kesian betul kat Ifa Raziah nie. Baru sahaja kehilangan ibu tersayang baru-baru ini, tup-tup kena hentak ngan helmet oleh adik sendiri. Di manakah rasa hormat seorang adik kepada seseorang yang bergelar kakak? Apa nak jadi dengan institusi kekeluargaan kita sekarang? (agak poyo ayat di situ).

Menurut ceritanya, Ifa Raziah dihentak dengan helmet oleh adiknya selepas dia acu cuba try test mintak adiknya membayar hutang arwah ibu mereka. Mungkin ada di cerita di sebaliknya. Kita yang bukan keluarga Ifa Raziah nie macam mana la nak tau kan?

Kami berdoa agar setelkanlah masalah anda secepat mungkin dan sebaik mungkin. Ingatlah peribahasa “air yang dicincang takkan putus”. Gaduh tang mana pun, adik kita jugak. Semoga Ifa Raziah boleh menarik “tali dalam tepung tanpa menjahanamkan tepung itu”.

P.S: Terima kasih kepada semua yang datang support Abang Nara di Midvalley hari Sabtu yang lepas. Sungguh terharu dengan kedatangan anda semua. Ingatkan nak belanja tengok LBS. Tapi tak ada pulak yang menunggu sampai tamat event. Lain kali kita buat makan-makan ye?

Written by AbangNara | June 6th, 2010

gambar kahwin aziz m osman

Kalau sudah jodoh, beza umur berapa puluh tahun pun pasti akan berkahwin jugak. Tahniah kami ucapkan kepada Aziz M. Osman (48 tahun) dan Puteri Lily Lokman (21 tahun) yang kini telah bergelar suami isteri. Rileks je Abang Aziz kita sekali lafaz. Memang penuh berpengalaman!!!

Majlis akad nikah telah diadakan di Masjid Negara kira-kira jam 10 pagi tadi. Ini adalah perkahwinan keempat abang Aziz. Itu yang rileks jer sekali lafaz. Dah 3 kali melalui perkara yang sama. Memang cool la Abang Aziz.

Tahniah buat Aziz M. Osman dan Puteri Lily atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia dunia dan akhirat. Beruntung badan dapat bini muda macam nie. Abang Aziz, anda memang superb dalam mengorat. Ajarlah kami satu hari nanti.

Majlis resepsi akan diadakan jam 8 malam ini. Kalau ada gambar nanti kami akan uploadkan lagi. Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepada Puteri Lily.

Lagi gambar sekitar majlis pernikahan Aziz M. Osman dan Puteri Lily Lokman dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar dan info kredit kepada Mstar.

 
Written by AbangNara | June 5th, 2010

gambar kahwin aida gadis melayu

Tahniah kepada Aida Gadis Melayu dan Saiful Nizam dari TV3 yang telah selamat dinikahkan malam semalam di Rawang. Sungguh ayu Aida Gadis Melayu. Tahniah buat Saiful Nizam yang berjaya mencuri hati si gadis Melayu terakhir ini.

Lagi gambar sekitar perkahwinan Aida Gadis Melayu dan Saiful Nizam dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 5th, 2010

filem lagenda budak setan

//Terima kasih kepada semua yang sudi datang. Walaupun kalah, Abang Nara enjoy dapat jumpa dengan anda semua. Thanks for the support sama ada dari dekat atau dari jauh. I owe you guys.//

///Kedudukan markah terkini Task Astro B.yond di Midvalley North Court Ground Floor. Eyerizz (50 markah), Eiling (50 markah), Redmummy (40), BeautifulNara (30). So please come and support BeautifulNara especially pukul 5.30 petang nanti. I need your help///

Update: Thanks kepada semua yang komen. Kita jumpa pukul 5.30 petang nie di Midvalley North Court Ground Floor. Ada aktiviti dengan readers. Kalau menang leh dapat hadiah. Meh datang ye support Abang Nara di Astro B.yond PVR Roadshow.


Saya tahu anda semua tengah beria nak pergi tengok filem Lagenda Budak Setan kan? Nak tengok dengan free tak? Nak saya belanja anda semua tengok filem tue tak? Senang ajer caranya:-

Abang Nara kini berada di Midvalley North Court Ground Floor bersama Redmummy, Eyerizzz dan Eiling bersempena dengan Astro B.yond PVR Roadshow.

Saya perlukan pertolongan anda, pembaca-pembaca BeautifulNara untuk:-

1. Datang ke Midvalley jam 5.30 petang untuk membuat satu task bersama-sama dengan saya. Kalau kita menang bakal dapat goodie bag yang best dari Astro.

2. Komen entri ini dengan memberikan kata-kata sokongan seperti “Abang Nara hensem” atau “Saya akan datang Midvalley untuk support Abang Nara”.

3. Ikuti perkembangan terkini pertarungan sengit antara kami di Twitter BeautifulNara atau Facebook BeautifulNara.

Saya berjanji kalau anda datang jam 5.30 petang ini dan komen entri ini, saya akan belanja anda semua filem Lagenda Budak Setan di Midvalley selepas event ini tamat. Marilah beramai-ramai datang support saya.