Written by AbangNara | June 14th, 2010

//Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru//

astro pvr event

Kalau anda singgah di Midvalley Sabtu 5 Jun yang lepas, kemungkinan besar anda akan perasan muka mamat kat atas tue. Dialah yang bergelar Abang Nara. Menyedari ketidakhenseman dirinya, dia telah cuba memancing undi simpati para pengunjung Astro PVR Roadshow dengan mengaku baik hati untuk membolehkan dia memenangi Astro B.yond PVR.

astro event pvr

4 blogger di atas telah dikurung selama 8 jam di Midvalley North Court dari jam 10 pagi sampai 6 petang. Macam-macam task yang berkaitan dengan Astro B.yond PVR diberikan kepada kami untuk menentukan juara. Antaranya macam mencari channel yang dan merakam channel yang disebut oleh penganjur. Bagi Abang Nara, yang paling susah ialah task meyakinkan orang ramai yang berkeliaran di Midvalley untuk duduk di kaunter penerangan Astro B.yond. Barulah Abang Nara tahu betapa peritnya perasaan seorang salesman kalau kita buat derk jerk at dia.

Namun begitu, ada satu tragedi yang Abang Nara tak dapat lupakan semasa Astro B.yond PVR Blogger Challenger nie. Abang Nara hampir-hampir kehilangan teruna. Biarlah gambar-gambar di bawah ini menjadi bukti betapa rakusnya 3 blogger yang lain:-
astro byond pvr

Sebenarnya gambar-gambar di atas adalah cabaran terakhir buat kami berempat di mana sesiapa sahaja yang menjadi orang pertama dapat merampas remote control Astro B.yond PVR bakal mendapat 300 markah. Sapa taknak beb. Itu yang Nampak kesungguhan semua blogger. Kalau dapat confirm terus menang punya.

Dan tahniah kepada Redmummy yang berjaya membawa pulang set Astro B.yond PVR selaku juara:-
astro byond pvr event

Terima kasih kepada semua pembaca-pembaca BeautifulNara yang telah datang dan member support anda kepada Abang Nara. Memang saya sangat-sangat terharu. Tak sempat nak beramah mesra lama-lama sebab tak boleh nak keluar daripada tempatan kurungan. Kehadiran dan undian anda sangat-sangat dihargai.
astro byond pvr

Untuk sesiapa yang telah undi saya, you have made a difference. Tapi kalau nak difference yang sebenar-sebenarnya difference time tengok TV, silalah gunakan Astro B.yond PVR. Memang akan t rasa kelainan dari segi mutu gambar dan juga dari segi boleh RRPP(Rewind, Replay, Pause, Play). Tambah-tambah lagi buat mereka yang gila bola. Boleh rewind atau pause masa Cristiano Ronaldo silang kaki dia.

Untuk maklumat lanjut pasal Astro B.yond PVR, sila klik sini dan join Facebook Astro untuk lebih banyak maklumat yang best-best.

Written by AbangNara | June 13th, 2010

saiful apek hisap dadah

Aduh. Apa nak jadi dengan Saiful Apek nie. Jam 10 malam semalam, Saiful Apek dan 5 orang kawan dia ditahan polis kerana memiliki 40 gram dadah yang dipercayai ganja. Berat nie kes nie.

Saiful Apek ditahan di rumahnya di Subang Jaya dan kini ditahan reman selama 4 hari untuk siasatan lanjut. Bersalah atau tidak, kita kena tunggu bila kes ini dibawak naik ke mahkamah nanti.

Kesian pulak kami kat anak bini Saiful Apek nie. Kami rasa mesti dia dan rakan-rakannya tengah high time kena tahan dengan polis. Memang betullah kata Wardina, artis Malaysia nie tak boleh dijadikan contoh.

Kita tunggu apa kesinambungan kes Saiful Apek kena tangkap sebab dadah nie.

Written by AbangNara | June 13th, 2010

gambar pertunangan jimmy shanley

Nursuhaila. Itulah nama tunang Jimmy Shanley. Siapakah Nursuhaila? Magistret? Lawyer? Doktor? Itu kami tak tahu. Yang pasti Nursuhaila sudah menjadi tunang kepada Jimmy Shanley. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua.

Lawa gila pelamin tunang dia. Serius cun beb. Kalau tunang dah lawa macam nie, time kawin nanti mesti lagi meletop punya. Kagum kami dibuatnya. Orang kata kawin sekali seumur hidup, so kalau ada banyak duit apa salahnya berhabis sakan kan?

Lagi gambar pertunangan Jimmy Shanley dan Nursuhaila dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit Mstar.

Pastikan anda mengunjungi laman kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan. Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!

 
Written by AbangNara | June 11th, 2010

tiz zaqyah fasha sandha jejai

Banyak sungguh komen-komen menarik dalam entri siapakah yang cuba merampas Jejai daripada Fasha Sandha. Tergerak di hati ini untuk membuat beberapa kesimpulan berdasarkan komen anda.

1. Apa yang Fasha alami sekarang ialah karma. Dulu dia mengorat Jejai yang masih berstatuskan suami orang. Sekarang nie orang mengorat pakwe dia kecoh satu dunia. Padahal baru pakwe je pun.

2. Ada sesuatu dengan Jejai yang tak dimiliki oleh lelaki lain. Kalau nak katakan kaya, ramai lagi lelaki kat Malaysia nie yang kaya. Tapi kenapa Jejai yang menjadi pilihan Tiz, Nora Danish dan Fasha? Adakah dia memiliki satu senjata rahsia yang hebat?

3. Ini semua konspirasi untuk menjatuhkan Tiz yang tengah popular. Kemungkinan Fasha jeles dengan kepopularitian Tiz yang mencanak-canak naik semenjak drama Nur Kasih. So Fasha cuba menjatuhkan kepopularitian Tiz dengan konspirasi sebegini.

4. Teori satu lagi ialah Tiz sememangnya seorang awek yang seperti ditulis di media-media. Suka berfoya-foya, ramai pakwe, pergi clubbing dan tak segan silu bawak laki balik rumah. Buat anda yang belum pernah tengok gambar Tiz Zaqyah bersosial, sila tengok terlebih dahulu.

5. Ada satu teori yang agak tak masuk akal tapi masih boleh diterima. Sebenarnya Tiz diupah oleh Nora Danish untuk menghancurkan hubungan Fasha dan Jejai. Nampak macam tak logik kan? Tapi boleh terima pakai gak teori nie.

Apa-apa pun, kami sebenarnya nak gelak je ngan Fasha Sandha nie. Dulu beria mengaku sekadar kawan je ngan Jejai. Tup tup bila jadi camnie gelabah semacam. Poyo kata bengang ada orang ngorat pakwe dia. Padahal kau ngaku sekadar kawan baik je. Fasha oh Fasha.