Written by AbangNara | June 4th, 2010

gambar watie elite

Kenapakah Watie Elite pergi shooting gambar dengan memakai baju yang menunjukkan pehanya yang gebu itu. Memang mantap sehingga kami ingin membuat kuiz tentang hal ini. Sila pilih salah satu jawapan di bawah dan SMS jawapan anda ke 7894445 untuk berpeluang memenangi baju Watie Elite ini.

1. Watie ada penyakit selalu nak terbuang air besar. Kalau pakai camnie senang sikit. Zraappppp. Angkat jer terus leh lepaskan apa yang patut.

2. Mungkin Watie sedang berjimat-cermat disebabkan ura-ura kerajaan yang bercadang nak buang subsidi. Kurang kain, kuranglah harganya kan?

3. Sebenarnya baju yang Watie pakai ini didatangkan satu set dengan seluar. Tapi seluar tue tak basuh lagi dan agak berbau. Itu yang Watie malu nak pakai.

4. Masa on the way nak pergi shooting Watie telah terserempak dengan seekor lembu jantan. Akibat baju yang berwarna merah, lembu itu telah mengejar Watie. Watie cabut lari litang pukang sehinggakan seluarnya tercabut.

5. Ini semua super impose nie. Sebenarnya Watie memang pakai seluar tapi dah disuperimpose sampai ternampak peha Watie.

Lagi gambar Watie Elite untuk anda membuat pilihan jawapan yang betul. Kredit gambar kepada Mstar.

 
Written by AbangNara | June 4th, 2010

gambar alyah buncit

Sila buat undian pilihan jawapan kenapa gambar Alyah kat atas boleh terkeluar perutnya sampai begitu sekali.

1. Alyah saja buat camtue. Sekarang trend makin terkeluar perut makin seksi.

2. Alyah tak sempat nak tarik nafas dalam-dalam sebelum kamera man snap gambar tue.

3. Alyah dah tak membuang air besar sebulan.

4. Ini semua photoshop nie ~~~ Perut Alyah mana ada besar camtue.

5. Alyah menghidap penyakit tulang belakang yang menolak perutnya ke hadapan.

6. Itu bukan perut Alyah, itu lebihan baju yang dipakainya.

7. Perut Alyah memang buncit!!!

Sila hantarkan undian anda ke 399990000. Setiap SMS akan dicaj 50 sen. Penghantar SMS yang terpantas dengan jawapan yang betul akan menerima hadiah JUS KEMPIS PERUT dari dr. Roooozzzeeemeeyy ~~~

Written by AbangNara | June 3rd, 2010

#Skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru

Di suatu petang yang indah, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup membuatkan diriku terkenang kembali kenangan semasa belajar di Korea. Tiba-tiba hatiku terdetik dan berkata:-

“Andai dapatku putarkan kembali masa, aku nak balik semula time aku belajar kat Korea dulu. Rindu pulak nak main salji.”

astropvr

Aku sedar masa yang telah berlalu tak akan kembali lagi. Sebab itulah aku perlu menghargai masa sekarang supaya aku tidak menyesal di kemudian hari. Bak kata orang-orang dulu:-

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takder faedahnya”

Tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara ayahku memanggilku masuk ke rumah.

“Wan (nama panggilan keluarga). Udah-udahlah tue berangan kat luar sana. Meh masuk rumah nie abah ada benda nak tunjuk”

Terpotong stim terus aku dibuatnya. Dengan langkah berat aku masuk ke rumah dan bertanya kepada abah.

“Wahai abahku yang baik hati, apakah yang abah nak tunjuk tue?”

Terus ayahku menghulurkan satu pamplet sambil berkata:-

“Apa kata Wan belanja abah benda Astro PVR nie. Nampak macam best je”.

Sememangnya masa memang tak dapat diputar kembali tetapi rancangan TV bukan sahaja dapat di”rewind”, tapi kini boleh di”record”, di”pause” dan di”play” dengan sesuka hati kita. Semuanya terima kasih kepada Astro B.yond Personal Video Recorder(Astro B.yond PVR).

Tengah syok membelek pamplet Astro RRPP tiba-tiba telefonku yang ku beri nama “Lulu” berbunyi.

gambar handsetku

Rupa-rupanya aku ditawarkan untuk berentap dengan 3 blogger lain untuk merebut Astro B.yond PVR bersempena dengan Astro B.yond PVR Roadshow. Tarikhnya Sabtu ini di Midvalley dari 10 pagi sampai 8 malam. Tapi ada satu syarat yang membuatkan hati ini gundah gulana.

“You kena bawak readers you seramai yang boleh untuk u menang Astro PVR ini”.

Sampai hari ini terngiang-ngiang ayat di atas di gegendang telinga ini. Risau aku dibuatnya. Kenapa?

Redmummy ada geng-geng GBM dia yang compem sanggup turun hari tersebut.

redmummy

Eyeris (dua dari kiri) boleh suruh pelakon IP Man 2 (paling kanan) datang support dia. Berdasarkan kehenseman dia, kemungkinan besar ramai amoi akan datang turun bagi sokongan.

eyerizz

Eiling ada pakwe-pakwe yang nak mengorat dia untuk bagi support.

eiling

Aku ada siapa ye?

abang nara

Jika anda sedang membaca ini, aku dengan rasa rendah hati ingin memohon bantuan anda untuk turun ke Midvalley 5 Jun (Sabtu) ini untuk member sokongan kepada diri ini. Aku bakal terperap di sana selama 8 jam. Hanya seorang blogger sahaja bakal membawa pulang Astro PVR yang ditaja oleh pihak Astro ini. Kemenangan aku bergantung dengan kehadiran anda semua.

Dan pihak Astro pun sekarang tengah ada contest di Facebook Astro diorang. Join Facebook Astro untuk tahu lebih lanjut pasal contest Record Rewind Pause Play.

facebook astro

Aku dah merayu kat Jojo Struys mintak dia datang support Sabtu nie.

jojo struys

Semoga anda semua termakan dengan pujuk rayu diri ini dan datang support Sabtu ini di Midvalley North Court dari jam 10 pagi sampai 8 malam bersempena dengan Astro B.yond PVR Roadshow. Jumpa di sana ya ~~~~~~~

Written by AbangNara | June 2nd, 2010

gambar tunang aqasha

Salah seorang pelakon feveret kami, Aqasha akhirnya melangkah satu tapak ke alam perkahwinan. Khabarnya dah bertunang dengan wanita di atas. Betul ke tidak kena tunggu pengumuman dari dia. Cantik molek jugak bakal isteri Aqasha nie. Tahniah dari kami untuk Aqasha dan tunangnya.

Lagi gambar sekitar majlis pertunangan Aqasha dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Serius lawa pelamin yang dibuat untuk majlis nie. Korang kena tengok!!! Gambar kredit kepada Avicenna Studio.