#Skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru
Di suatu petang yang indah, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup membuatkan diriku terkenang kembali kenangan semasa belajar di Korea. Tiba-tiba hatiku terdetik dan berkata:-
“Andai dapatku putarkan kembali masa, aku nak balik semula time aku belajar kat Korea dulu. Rindu pulak nak main salji.â€
Aku sedar masa yang telah berlalu tak akan kembali lagi. Sebab itulah aku perlu menghargai masa sekarang supaya aku tidak menyesal di kemudian hari. Bak kata orang-orang dulu:-
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takder faedahnyaâ€
Tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara ayahku memanggilku masuk ke rumah.
“Wan (nama panggilan keluarga). Udah-udahlah tue berangan kat luar sana. Meh masuk rumah nie abah ada benda nak tunjukâ€
Terpotong stim terus aku dibuatnya. Dengan langkah berat aku masuk ke rumah dan bertanya kepada abah.
“Wahai abahku yang baik hati, apakah yang abah nak tunjuk tue?â€
Terus ayahku menghulurkan satu pamplet sambil berkata:-
“Apa kata Wan belanja abah benda Astro PVR nie. Nampak macam best jeâ€.
Sememangnya masa memang tak dapat diputar kembali tetapi rancangan TV bukan sahaja dapat diâ€rewindâ€, tapi kini boleh diâ€recordâ€, diâ€pause†dan diâ€play†dengan sesuka hati kita. Semuanya terima kasih kepada Astro B.yond Personal Video Recorder(Astro B.yond PVR).
Tengah syok membelek pamplet Astro RRPP tiba-tiba telefonku yang ku beri nama “Lulu” berbunyi.
Rupa-rupanya aku ditawarkan untuk berentap dengan 3 blogger lain untuk merebut Astro B.yond PVR bersempena dengan Astro B.yond PVR Roadshow. Tarikhnya Sabtu ini di Midvalley dari 10 pagi sampai 8 malam. Tapi ada satu syarat yang membuatkan hati ini gundah gulana.
“You kena bawak readers you seramai yang boleh untuk u menang Astro PVR iniâ€.
Sampai hari ini terngiang-ngiang ayat di atas di gegendang telinga ini. Risau aku dibuatnya. Kenapa?
Redmummy ada geng-geng GBM dia yang compem sanggup turun hari tersebut.
Eyeris (dua dari kiri) boleh suruh pelakon IP Man 2 (paling kanan) datang support dia. Berdasarkan kehenseman dia, kemungkinan besar ramai amoi akan datang turun bagi sokongan.
Eiling ada pakwe-pakwe yang nak mengorat dia untuk bagi support.
Aku ada siapa ye?
Jika anda sedang membaca ini, aku dengan rasa rendah hati ingin memohon bantuan anda untuk turun ke Midvalley 5 Jun (Sabtu) ini untuk member sokongan kepada diri ini. Aku bakal terperap di sana selama 8 jam. Hanya seorang blogger sahaja bakal membawa pulang Astro PVR yang ditaja oleh pihak Astro ini. Kemenangan aku bergantung dengan kehadiran anda semua.
Dan pihak Astro pun sekarang tengah ada contest di Facebook Astro diorang. Join Facebook Astro untuk tahu lebih lanjut pasal contest Record Rewind Pause Play.
Aku dah merayu kat Jojo Struys mintak dia datang support Sabtu nie.
Semoga anda semua termakan dengan pujuk rayu diri ini dan datang support Sabtu ini di Midvalley North Court dari jam 10 pagi sampai 8 malam bersempena dengan Astro B.yond PVR Roadshow. Jumpa di sana ya ~~~~~~~