Written by Bella | March 7th, 2018

Gara-gara terlalu marah dan kecewa dengan isu panas Neelofa melancarkan koleksi tudung terbarunya di kelab malam, seorang individu bertindak untuk membakar setiap tudung Neelofa yang beliau miliki.

Aksi tersebut menjadi viral kerana ia disiarkan secara live di akaun Facebook miliknya.

Saya sangat kecewa dengan kamu, Lofa. Ini bukti saya bukan beli dari pasar borong ke, pasar malam sekalipun. Paper bag  pun saya simpan lagi Lofa, resit pun ada tapi dah kabur, anak tudung pun ada. Ini yang saya selalu pakai Lofa, saya suka sangat yang ini.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh individu tersebut dikecam oleh netizen yang menganggap perbuatan itu sia-sia sahaja dan membazir. Neelofa tidak mengalami sebarang kerugian.

Tidak mahu terus berdiam diri, beliau tampil membuat penjelasan atas tindakannya itu. Katanya, beliau tidak mahu terus membawa nama “Neelofa” pada tudung tersebut ke merata tempat.

Sejujurnya tindakan wanita ini memang diluar jangkaan. Memang marah betul beliau dan nekad untuk tidak lagi menggunakan tudung Naelofar Hijab. Apa pula pendapat korang?

Written by Bella | March 1st, 2018

Gara-gara kontroversi beliau melancarkan tudung di kelab malam yang sedang hangat diperkatakan, Neelofa membuat keputusan untuk menarik diri dari menghadiri majlis Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung semalam. Neelofa memberitahu beliau tidak mahu majlis tersebut terganggu dengan isu yang melibatkan dirinya sekarang.

Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini.

Meskipun koleksi turban  #BeLofa “sold out”, Neelofa bagaimanapun telah hilang 100,000 jumlah pengikutnya di Instagram. Neelofa sebelum ini mempunyai 5.5 juta orang pengikut tetapi sekarang cuma 5.4 juta sahaja.

Terdahulu, Naelofar Hijab telah membuat kenyataan permohonan maaf atas kontroversi terbabit yang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. Mereka akan memastikan kekhilafan itu tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Namun, netizen masih tidak berpuas hati dan terus mengecam Neelofa atas tindakannya itu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | February 28th, 2018

Meskipun menerima pelbagai kecaman daripada netizen dan mendapat perhatian ahli ulama kerana melancarkan koleksi tudung #BeLofa  dan menyambut hari kelahirannya yang ke 29 di sebuah kelab malam, selebriti popular Neelofa menganggap isu tersebut tidak seharusnya diperbesarkan.

Neelofa mempertahankan tindakannya itu dan menjelaskan tiada sebarang minuman keras yang dihidangkan. Malah, bahagian dalam kelab malam itu juga sudah ditukar sesuai dengan majlis pelancaran tersebut.

Memang tidak ada sebotol pun minuman beralkohol yang orang boleh nampak. Malah, tidak ada juga orang menghisap rokok ketika majlis itu berlangsung. Siapa yang tak datang saja yang kecoh, tetapi orang yang ada di situ (pusat hiburan) tahu apa yang berlaku.

 

Terdahulu, netizen bukan sahaja mempertikaikan mengapa kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur itu dipilih menjadi lokasi pelancaran jenama tudungnya tetapi ia lebih hangat diperkatakan setelah tularnya video Hijabista yang terdiri dari beberapa orang Instafamous yang menari dengan rancak ketika lipsync battle. Netizen menganggap mereka sudah mencemarkan imej wanita bertudung.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by serenity | February 27th, 2018

Malam tadi, usahawan dan pelakon Neelofa telah melancarkan koleksi tudung terbaru di bawah jenama Naelofar Hijab iaitu #BeLofa di sebuah kelab malam terkenal.

Akibatnya, dia teruk dikecam di media sosial. Walaupun ada yang memahami keputusannya, majoriti bependapat tudung tidak sepatutnya dilancarkan di kelab malam.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.