March 1st, 2018

Gara-gara kontroversi beliau melancarkan tudung di kelab malam yang sedang hangat diperkatakan, Neelofa membuat keputusan untuk menarik diri dari menghadiri majlis Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung semalam. Neelofa memberitahu beliau tidak mahu majlis tersebut terganggu dengan isu yang melibatkan dirinya sekarang.

Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini.

Meskipun koleksi turban  #BeLofa “sold out”, Neelofa bagaimanapun telah hilang 100,000 jumlah pengikutnya di Instagram. Neelofa sebelum ini mempunyai 5.5 juta orang pengikut tetapi sekarang cuma 5.4 juta sahaja.

Terdahulu, Naelofar Hijab telah membuat kenyataan permohonan maaf atas kontroversi terbabit yang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. Mereka akan memastikan kekhilafan itu tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Namun, netizen masih tidak berpuas hati dan terus mengecam Neelofa atas tindakannya itu.

Sumber Berita : BH ONLINE


61 responses to “Kontroversi Kelab Malam : Neelofa Hilang 100,000 Pengikut Di Instagram, Tarik Diri Dari Majlis PM”

  1. Bawang hitam says:

    Aku paling benci tengok gambar die kat ig yang buat2 ketawa ala2 ternganga tu..nak bagitahu 1 dunia die manusia paling bahagia dan happy giteww..dari admire terus benci bodoh..
    Turban bodoh dan shawl nipis nak mampus tapi still claim dulu tu muslimah..seluar ketat, baju nampak lengan..what the hell..
    Eeee bencinye akuuuu…

  2. Anonymous says:

    dia dah mohon maaf tu sudah2 la.
    melebih2 pulak netizen ni.
    macam perfect sgt je.

  3. Anonymous says:

    ish3

  4. haha says:

    ala..barang sudah sold out, duit sudah berkepuk masuk, free publisiti sudah dapat, apa lagi mulakan taktik mintak maaf, minta simpati bahawa manusia ini tidak sempurna..berilah peluang lagi satu..isu reda..netizen lupa..lepas tu repeat!! How to rich for dummy method.

Loading...