February 28th, 2018

Naelofar Hijab hari ini memohon maaf atas pelancaran koleksi tudung #BeLofa yang dilaksanakan di ruang acara sebuah kelab malam.  Berita Harian Online melaporkan, Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak Neelofa berkata, mereka akan memastikan kekhilafan ini tidak berulang.

Majlis pelancaran yang sepatutnya menjadi acara istimewa untuk jenama kami, menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Sepanjang majlis pada malam itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol minuman keras, gelas serta perkakas diasing dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat terbabit sebelum majlis berlangsung.

Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup serta merokok dilarang sama sekali sepanjang majlis berkenaan.

Pelbagai pihak termasuk Mufri Wilayah Persekutuan, Mufti Perak dan Mufti Negeri Sembilan turut membuat teguran kepada Neelofa kerana melancarkan tudung di tempat itu:

Semua perkakas termasuk sudu, garpu dan gelas yang digunakan tetamu disediakan syarikat katering terbabit.

Noor Nabila berkata lokasi itu dipilih kerana kemudahan yang terdapat di tempat itu:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Mereka menawarkan ruang untuk disewa sebagai tempat acara pada setiap Ahad dan Isnin kerana premis berkenaan tidak dibuka untuk kunjungan umum.

Selain itu, sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED dan sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan untuk menjayakan majlis itu.

Semuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan pihak terbabit.

Noor Nabila yang juga isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad berkata, pihaknya mengambil langkah segera bagi membetulkan keadaan sebaik kontroversi tercetus.

Tiada yang lebih penting daripada mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua.

Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini. Kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelak insiden sama berulang.

Kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan.

Koleksi tudung #BeLofa dlancarkan pada malam Isnin lepas di ruang acara sebuah kelab malam, dan seterusnya menimbulkan reaksi negatif Netizen. – beautifulnara.com


98 responses to “Naelofar Hijab Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia”

  1. Lawak angpa says:

    Peringatan kepada lopak and family..jangan berlagak, cakap riak dan takbur..dari dulu family depa ni klo bercakap..langit ke tujuh pon rasa boleh capai dengan tangan.Kalau lopa tak keluar statement (saya tak peduli apa orang cakap…saya tau apa saya buat..)tak de la orang nak meluat sangat.Ni cakap belagak nak mati.Esok peluk pulak si julipin tu….tak per…berlapik!!pastu sibuk marah natizen asyik kecam apa dia buat…apa punya bodoh that girl!!!

  2. J says:

    Dear Neelofa,
    After making such a fatal mistake, you and your team should apologize publicly (through press con, socmed, etc) rather than releasing statement, which sounds more like excuses rather than a proper apology. Just my two cents.

  3. Aji no moto says:

    Kat bar counter, cust yg duk belakang ada tu minuman keras, imposible x de. Sapa la mo rugi….

  4. Hihi huhu says:

    At last u make a wise decision. Dah tahu salah, x perlu nak mempertahankan. Mengaku salah and say sorry. Kan senang?

  5. MJH says:

    Statement tu bukan statement maaf pun. So I don’t accept it.

    Please, I hope mana2 companies tak ambik dia as duta muslimah or anything like that because she does NOT represents muslimah di Malaysia ya.

    I am now officially boycotting you and everything that relates to you. Tudung naelofar dulu tu akan saya sedekahkan kepada orang lain.

Loading...