June 30th, 2020

Beberapa hari ini kecoh apabila Fynn Jamal yang dikatakan seperti menyalahkan mangsa gangguan seksual apabila jenayah itu berlaku kepada mereka.

Kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram Storynya itu nyata menimbulkan kemarahan ramai. Bagi mereka, wanita itu yang mempunyai lebih 1.2 juta pengikut seharusnya lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

fynn jamal dikecam

Advertisement

Terbaru, Wardina Saffiyah telah memasuki ‘live’ yang sedang dilakukan oleh Fynn Jamal bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut.

Wardina menjelaskan kepada wanita itu bahawa isu rogol ini bukan salah sesiapa yang memuat naik gambar malahan kita tidak berhak menghalang mana-mana individu untuk daripada melakukan hal tersebut.

Advertisement

“Jenayah rogol sudah berlaku sebelum media sosial wujud lagi dan malangnya perbuatan ini akan terus berlaku.”

Wardina juga menyatakan mungkin Fynn Jamal tidak bermaksud sedemikian tetapi sepertinya, wanita itu tetap menyalahkan perempuan sekalipun dia menutup aurat atau pun tidak menutup aurat.

“Hakikatnya dalam dunia ini, tidak semua orang tutup aurat. Kalau pun seluruh wanita Islam menutup aurat, akan ada wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat.”

 

Berkaitan dengan soal memuat naik swafoto boleh menyumbang kepada jenayah rogol, Wardina secara terangan menolak dakwaan tersebut.

“Kalau pun anda tak post, orang lain akan post sebab kita tidak hidup dalam masyarakat yang ideal.”

Tambahnya lagi, ramai sahaja lelaki di luar sana yang tidak merogol. Disebabkan itu, perogol adalah individu yang secara terangan mempunyai masalah.

Advertisement

“Bukan tanggungjawab seorang perempuan untuk jaga iman lelaki. Letaklah perempuan bogel pun di hadapan mereka, dia kena jaga iman dia sendiri.”

 

Apabila Wardina mempersoalkan apakah salah sekiranya seseorang mahu memuat naik gambar mereka, Fynn Jamal sedikit gagap dan mengatakan bahawa ia akan menimbulkan fitnah kepada perempuan.

Namun Wardina menolak kenyataan tersebut dan mengatakan bahawa satu dunia ini dipenuhi dengan fitnah dan kesalahan itu tak patut diletakkan kepada perempuan sahaja.

Rata-rata netizen yang melihatkan perbincangan di antara dua selebriti wanita itu memuji Wardina kerana tegas dengan pendiriannya selain membentangkan hujah yang boleh diterima akal.

wardina berhujah dengan fynn jamal wardina berhujah dengan fynn jamal wardina berhujah dengan fynn jamal wardina berhujah dengan fynn jamal wardina berhujah dengan fynn jamal wardina berhujah dengan fynn jamal

Ramai juga yang mengatakan bahawa Fynn Jamal sepertinya kelihatan penat di dalam ‘live’ ini dan kebanyakan daripada mereka juga menyokong kenyataan Wardina yang tepat dan padat.

Advertisement
May 13th, 2015

Sedih, geram, terkejut dan marah sungguh Abang Nara membaca perkongsian kisah mangsa cabul di laman Facebook Wardina Saffiyah. Sesungguhnya memang ramai wanita di Malaysia yang menjadi mangsa kerakusan nafsu. Paling menyedihkan tragedi ini terjadi ketika mereka masih kanak-kanak. Tambah menyedihkan, orang yang mencabul adalah saudara terdekat, ustaz atau pun doktor yang sepatutnya boleh dipercayai. Takut sungguh Abang Nara membacanya.

wardina

Perkongsian yang dilakukan oleh pengikut laman Facebook Wardina ini dilakukan selepas Wardina berkongsi satu keratan artikel di mana seorang wanita mendakwa dirinya diugut akan dirogol oleh polis yang menahannya. Fuh!!! Seorang dua polis yang menyalahgunakan kuasanya untuk memuaskan nafsu sendiri sewajibnya dihukum.

Advertisement

wardina

Susulan perkongsian oleh Wardina ini, pelbagai kisah pencabulan daripada para pengikutnya telah dimuatnaik oleh Wardina. Antara yang sangat menyedihkan ialah:-

wardina

Kalau sebelum ini negara kita dikejutkan dengan kisah pedophilia rakyat Malaysia di UK, rupa-rupanya di negara sendiri banyak lagi perkara yang seumpama ini terjadi. Memang menakutkan lebih-lebih ia dilakukan oleh orang yang mempunyai pertalian darah dengan kita. Semoga kita dijauhkan daripada perkara seumpama ini. Baca lebih banyak kisah di Facebook Wardina Saffiyah.

P.S: Penunggang motosikal bakal diharamkan guna MEX dan DUKE

Advertisement
August 7th, 2014

Sekarang ini di Malaysia, gerakan memboikot jenama dan produk yang membantu Israel sedang rancak dilakukan. Satu inisiatif yang sangat bagus demi membantu rakan-rakan kita yang kini sedang berperang di Palestin. Namun harus diingatkan, boikot haruslah dibuat dengan berhemah. Abang Nara agak menyesal membaca mengenai sesetengah umat Islam yang membuat kekacauan di McDonalds Dungun. Nak boikot, boikotlah. Jangan tunjuk yang kita ini macam orang tak berpelajaran pulak.

wardina boikot

Wardina menerusi laman Facebooknya telah mengajak rakan-rakan artis yang lain untuk turut sama berganding bahu memboikot segala jenama yang membantu Israel. Wardina mencadangkan agar mereka yang mempunyai kontrak dengan mana-mana jenama tersebut supaya segera menamatkan kontrak mereka. Satu langkah yang bagus untuk dilakukan. Namun apa-apa pun kena tengok kontrak dulu. Jangan sampai kena saman berjuta-juta ringgit pulak nanti.

Advertisement

boikot

Satu lagi nasihat Abang Nara bab boikot ini ialah janganlah kita menghina, mengkritik dan mencaci mereka yang mencari rezeki di dalam syarikat termasuk dalam senarai boikot. Jangan guna kekerasan. Jangan buat perangai pelik-pelik. Nak boikot, boikot je. Lagi satu kalau ada kawan-kawan saudara-mara yang taknak boikot, jangan sesuka chop dia ‘kafir’, ‘penyokong Yahudi’ dan sebagainya. Mana tahu dia tak boikot tapi dermanya beribu-ribu ringgit untuk Palestin. Tak gitu? Apa pendapat anda?

P.S: Generasi baru Honda S2000

Advertisement
April 16th, 2014

Sebelum ini, kita telah mendengar pendapat Wardina Saffiyah Fadhlullah Wilmot yang menyeru para ulama Malaysia mengkaji ceramah yang diberi oleh Ustaz Don Daniyal menggunakan akaun media sosialnya.

Dalam status tersebut, Wardina telah merujuk kepada sebuah video yang mengandungi kompilasi klip pendek ceramah lelaki itu yang dikatakan tidak sahih. Hari ini, menurut Sungai Rapat Online, Don telah tampil memberi penjelasan berkenaan video itu, yang didakwanya dihasilkan oleh individu yang tidak dikenali.

Advertisement

Menurut Don, adalah tidak adil dengan memuat naik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.

Komennya:-

Apakah niat sebenar memuat naik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya? Adakah bertujuan baik atau sebaliknya? Kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda.

Beliau disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama, bukannya menggunakan ustaz Google, Facebook atau Twitter. Apakah video itu menjadi satu dalil kepadanya untuk menghentam orang lain?

Don turut menyarankan agar pembuat video hadir dalam ceramahnya, bukannya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wanita itu tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan–itupun jika beliau ikhlas.

Advertisement

Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda. Jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut?

Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk.

Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, takkan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.

Pendapat dan teori memang ada di kalangan ulama mengikut hadis-hadis.

Advertisement

Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, ‘Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.’

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.

Ini ialah video penjelasan dari Don:-

Setakat ini tiada kenyataan balas dari Wardina. Bersama kita nantikan perkembangannya.

Advertisement

Laporan asal: Sungai Rapat Online

 

 

 

Advertisement