June 30th, 2020

Beberapa hari ini kecoh apabila Fynn Jamal yang dikatakan seperti menyalahkan mangsa gangguan seksual apabila jenayah itu berlaku kepada mereka.

Kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram Storynya itu nyata menimbulkan kemarahan ramai. Bagi mereka, wanita itu yang mempunyai lebih 1.2 juta pengikut seharusnya lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

fynn jamal dikecam

Advertisement

Terbaru, Wardina Saffiyah telah memasuki ‘live’ yang sedang dilakukan oleh Fynn Jamal bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut.

Wardina menjelaskan kepada wanita itu bahawa isu rogol ini bukan salah sesiapa yang memuat naik gambar malahan kita tidak berhak menghalang mana-mana individu untuk daripada melakukan hal tersebut.

Advertisement

“Jenayah rogol sudah berlaku sebelum media sosial wujud lagi dan malangnya perbuatan ini akan terus berlaku.”

Wardina juga menyatakan mungkin Fynn Jamal tidak bermaksud sedemikian tetapi sepertinya, wanita itu tetap menyalahkan perempuan sekalipun dia menutup aurat atau pun tidak menutup aurat.

“Hakikatnya dalam dunia ini, tidak semua orang tutup aurat. Kalau pun seluruh wanita Islam menutup aurat, akan ada wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat.”

 

Berkaitan dengan soal memuat naik swafoto boleh menyumbang kepada jenayah rogol, Wardina secara terangan menolak dakwaan tersebut.

“Kalau pun anda tak post, orang lain akan post sebab kita tidak hidup dalam masyarakat yang ideal.”

Tambahnya lagi, ramai sahaja lelaki di luar sana yang tidak merogol. Disebabkan itu, perogol adalah individu yang secara terangan mempunyai masalah.

Advertisement

“Bukan tanggungjawab seorang perempuan untuk jaga iman lelaki. Letaklah perempuan bogel pun di hadapan mereka, dia kena jaga iman dia sendiri.”

 

Apabila Wardina mempersoalkan apakah salah sekiranya seseorang mahu memuat naik gambar mereka, Fynn Jamal sedikit gagap dan mengatakan bahawa ia akan menimbulkan fitnah kepada perempuan.

Namun Wardina menolak kenyataan tersebut dan mengatakan bahawa satu dunia ini dipenuhi dengan fitnah dan kesalahan itu tak patut diletakkan kepada perempuan sahaja.

Rata-rata netizen yang melihatkan perbincangan di antara dua selebriti wanita itu memuji Wardina kerana tegas dengan pendiriannya selain membentangkan hujah yang boleh diterima akal.

wardina berhujah dengan fynn jamal wardina berhujah dengan fynn jamal wardina berhujah dengan fynn jamal wardina berhujah dengan fynn jamal wardina berhujah dengan fynn jamal wardina berhujah dengan fynn jamal

Ramai juga yang mengatakan bahawa Fynn Jamal sepertinya kelihatan penat di dalam ‘live’ ini dan kebanyakan daripada mereka juga menyokong kenyataan Wardina yang tepat dan padat.

Advertisement

3 responses to ““Bukan Tanggungjawab Perempuan Jaga Iman Lelaki” – Netizen Puji Wardina Beri Hujah ‘Padu’ Kepada Fynn Jamal”

  1. Anonymous says:

    Dalam Quran Allah berfirman “setiap musibah yang menimpa kamu adalah salah kamu sendiri Dan Allah tidak pernah zalim kepada hamba2Nya”

  2. Aliaa says:

    Fynn jamal ni macam typical org yg baru belajar agama. Semua dia je betul. Islam itu mudah kot. Org2 macam ni la buat liberal dan non-Muslim x respect agama ni.

  3. Anti FJ says:

    Fynn Jamal is soooooooo CANCELLED & STUPID!!
    kenapalah org dok bg hype lg kt dia ni… korg ni bengong ke?
    she never gonna admit her stupid mistake wpon Wardina dh slam dia mcm tu. Dont bother la… biar je sipenipu n pencuri n penghancur rumahtangga adik ipar sendiri ni hidup dlm dunia dia!! Korg yg sokong dia samala bodoh cm dia…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...