Written by AbangNara | August 7th, 2014

Sekarang ini di Malaysia, gerakan memboikot jenama dan produk yang membantu Israel sedang rancak dilakukan. Satu inisiatif yang sangat bagus demi membantu rakan-rakan kita yang kini sedang berperang di Palestin. Namun harus diingatkan, boikot haruslah dibuat dengan berhemah. Abang Nara agak menyesal membaca mengenai sesetengah umat Islam yang membuat kekacauan di McDonalds Dungun. Nak boikot, boikotlah. Jangan tunjuk yang kita ini macam orang tak berpelajaran pulak.

wardina boikot

Wardina menerusi laman Facebooknya telah mengajak rakan-rakan artis yang lain untuk turut sama berganding bahu memboikot segala jenama yang membantu Israel. Wardina mencadangkan agar mereka yang mempunyai kontrak dengan mana-mana jenama tersebut supaya segera menamatkan kontrak mereka. Satu langkah yang bagus untuk dilakukan. Namun apa-apa pun kena tengok kontrak dulu. Jangan sampai kena saman berjuta-juta ringgit pulak nanti.

boikot

Satu lagi nasihat Abang Nara bab boikot ini ialah janganlah kita menghina, mengkritik dan mencaci mereka yang mencari rezeki di dalam syarikat termasuk dalam senarai boikot. Jangan guna kekerasan. Jangan buat perangai pelik-pelik. Nak boikot, boikot je. Lagi satu kalau ada kawan-kawan saudara-mara yang taknak boikot, jangan sesuka chop dia ‘kafir’, ‘penyokong Yahudi’ dan sebagainya. Mana tahu dia tak boikot tapi dermanya beribu-ribu ringgit untuk Palestin. Tak gitu? Apa pendapat anda?

P.S: Generasi baru Honda S2000

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

43 responses to Wardina Ajak Artis Malaysia Tamatkan Kontrak Dengan Jenama Bantu Israel

  1. Melati says:

    Masalah nya ader ker Com2 sponsor Wardina ni??? dah tk laku konon nk buat citer baik2 lah aritu kutuk Kerajaan tk ambil tahu pasal OKU ..nk banding2 kan Negara luar…Sekarang nk tunjuk baik plak, macam lalang lah Wardina ni..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Organize your thoughts darl. Beza sungguh issue OKU ngan Gaza ni. Lain bebenor. Takde issue kerajaan pun. Dia tak cakap ada orang offer dia. Dia ajak orang lain jadi mcm Cristiano Ronaldo yg kristian tu, tolak offer duta Pepsi juta-juta sebab diorang bantu IDF. Kau kena faham tu. Dia ade je jadi duta susu ke apa tah. Dulu Garnier. Kan dia menyesal jadi duta Garnier dulu :) Sila look on the positive sides at times. Jangan dok negative sangat. Tak ceria pagi kau nanti!

      0

      0
      • xda job says:

        g suruh nabil n shiela rusli…dorg kn duta tesco

        0

        0
        • Olga says:

          Aku baru lepas makan kat McD, shopping kat Tesco, beli lipstic Maybelline, minum air MILO… layari internet pun pakai Imac & Iphone…
          sambil senyum sinis pada komen Wardina ni!

          0

          0
        • One Direction says:

          Wardina ni sekarang tinggal kat Australia ker Malaysia ??
          Australia yg kau bangga sangat tu pun sekutu Israel. Sila pindah segera dari Australia yer. Jangan kau sesedap suruh orang lain buat tapi kau sendiri tak buat.

          0

          0
        • One Direction says:

          McD kau boikot….KFC kau pergi mencekik ayam goreng. Sape punyer idea bangang sangat. KFC tu pun Amerika lah.

          0

          0
        • nana says:

          fyi sila ikuti perkembangan terbaru ok ni pun citer 2 tahun lepas kfc malaysia pizza and beberapa syrkt lain dah tukar polisi diorang and tak salurkan duit kpd us sbb tu takde keluar cite nk boikot diorang

          0

          0
        • Yahudi Muslim says:

          Israel sebenarnya tak da apa pon , 67 “askar” yg mati , palestine yg kena bunuh semua org awam yg tk bersenjata ,adakah itu kebanggaan buat Zionist ? and of cos Israel is nothing without the supports of US and UK and hanjings2 Arab yg wahabi .

          0

          0
        • Raja Bomoh says:

          Ye lohtu boikot. Tumpang tanya..Facebook tu milik siapa? Zuckerberg tu Yahudi kan? So?

          0

          0
        • shuib says:

          nara pon suport product nestle mcmne ni?

          0

          0
      • Only CT (In The World) says:

        pompuan ni hipokrit betul, dah lah penyokong tegar pkr dimana ketua umumnya yang terang2 agen yahudi dan menjadi pemegang amanah yayasan yg mempunyai hubungan rapat dengan tokoh2 terkemuka yahudi. pkr parti plg hipokrit sesuai utk org bodoh sombong mcm wardina si hipokrit dan ahmad idham si tin kosong. btw pompuan ni lagi bahaya dari Abby si kaki buli laki

        0

        0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      betol tu minah jambu sokong kau…negeri lain yg bergolak kenape nk main boikot boikot pulak ni ??????? dh tk betol ke kepala hotak si wdina ni ???? kan bagos suroh kerajaan tutop aje mcdnalds tu ! mana prodk2 atau kepunyaan Israel tu suroh tutop aje kn senang..tk payah lah nk boikot boikot buang masa aje huh !! jangan nk eksen baik sangat lah !!! dh tk tau nk berdoa lagi supaya mana2 negeri yg bergolak tu jadi aman dn damai ! cakap macm orang pandai2 aje si wrdina ni tapi kepala hotak tu letak kt jubor la lagiiiii bagos !!! huh !!! cakap macm orang cetek pemikiran aje bwekkkkkkkkkk !!! jangan nk eksen alim lah !!!

      0

      0
  2. su says:

    Just my 2cent. orang selalu cakap. kalau tak boikot pun kita bagi bantuan rm etc.
    but i think we need to do both… boikot utk elakkan israel beli senjata baru dan membunuh orang palestin especially wanita dan kanak2 while derma bantuan RM, for development of palestin. so in a way, kurang bersetuju dengan pendapat tak payah boikot.. kita bagi derma je.. but yes, agreed its up to individual.. but certainly sure, all that we do, will be questioned by Allah on the judgement day walau sekecil2nya. May Allah help us all.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Apa kata suruh semua org yg keje kat company yg kena boikot tu berhenti keje [email protected] boikot , smp semua pekerja tu kena buang sbb xde income nak byr gaji..kalau nak ckp rezeki ada di mana2, agak2 boleh tlg carikan keje utk semua pekerja2 tu @ tlg sara diaorg smp diaorg dpt keje, boleh?Agak2 brp ramai jumlah pekerja2 tu ye?keluarga yg ada brp pulak?

    0

    0
    • rainbow says:

      bagi aku la, bila orang boikot produk2 ni, produk alternatif diperlukan tuk gantikan produk yang diboikot..jadi, perniagaan produk alternatif ni mesti akan berkembang, akan perlu lebih ramai pekerja, jadi yang bekerja di syarikat yg diboikot, boleh beralih arah perlahan2.. :)

      0

      0
      • Anonymous says:

        perkosa dan ngo yg lain kan blh sara.mcm byr denda utk kiki ari tu. apa2 mslh duit, p jmpa perkosa la. tlg mra up kan nama jg kan

        0

        0
    • nona says:

      tu kan pilihan individu.. up to u la kalo nk kje. tp kalo ada peluang lain boleh je resign.
      tp kalo dh darurat xblh resign, kalo resign xde mata pencarian lain blh je kot…
      aku rasa yahudi ni bergantung dgn ekonomi dorg je..kalo nk harapkan hasil bumi dorg xde apa rasanya..so renung2kan lah

      0

      0
    • Noni says:

      Bro Anony, rezeki di tangan Allah. Bukan pada company yang kena boikot tu. Bila kita letak rezeki datang dari pada benda lain selain Allah, masa tu kita akan rasa dunia ni begitu sempit dan dihimpit. Allah Maha Pemberi Rezeki. dan hanya Allah yang selayaknya memberi rezeki. Bukan company, bukan bank, dan bukan majikan. :)

      0

      0
    • luvabagalqassam says:

      Rezeki Allah tu luas….cuma kita yakin dengan tidak…
      Alqassam boleh hidup bawah terowong sebulan..sebab Allah beri rezeki mata air…sebab rahmat Allah diberi kepada yang yakin…

      0

      0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      betol tu …nk boikot kononnnnnnnnnn podah !!!

      0

      0
  4. pretz says:

    kenapa melayu sebok keje mcd?? dah xde keje lain ke? sponsor laa israel tu byk2.. esok lusa diorg wat hal kat mlaysia plk.. melayu bila kene tegur melenting x tentu pasal. tp x sedar diperbodoh n diperbangangkan. bak kata mahathir “melayu mudah lupa”. melayu mmg kayu!

    0

    0
    • shahmil says:

      kenapa melayu keje mcD? sbb pcapaian akademik tak memuaskan untuk jadi manager or at least kerani kat company lain
      tp bnyak lgi compny lain dgn jawatan bersesuaian.
      berapa kerat position yg diperuntukan untuk golongan spm ke bawah?

      bab melayu mudah diperbodohkan & diperbangangkn ye aku setuju.
      sebab rmai malaysia netizen yang percaya semua info internet bulat2 tanpa check validity & reliability info yang diorang terima.
      sama ada website itu fake or not just terima je pastu make it viral.
      last word: boikot dengan ilmu bukan dengan emosi. bukan semua US itu Jews, bukan semua Jews itu Zionist…bukak blik sejarah bagaiman Rasulullah berurusniaga dgn Yahudi or non Muslim.

      0

      0
      • miss ynwa meroyan says:

        agak2 kalau terkena kat batang hidung korang macam mana??
        Boycott barang dah ar.. tak perlu nak kecam pekerja2 Mc D!
        Mulut yg bercakap, jari jemari yg menulis tuh jaga sikit…! Dok kecam zionist bunuh islam, awak tu menindas bangsa sendiri dengan kata2… ada persamaan tak?? Nabi tak ajar kita menindas org lain walaupon bukan seagama dengan kita!

        0

        0
      • yachi d luffy says:

        sangat tepat dan bernas.kebanyakkan org melayu kita la yg boikot secara membabi buta.buat tunjuk perasaan konon nak tarik lg ramai org boikot barang padahal ape yang mereka buat akan lagi menyusahkan org lain.golongan yang mudah terikut hanyalah di kalangan budak sekolah rendah dan menengah.itu ke yang nk di banggakan sangat??boikot tak wajib.masing-masing ade hak dan pendirian berkenaan isu boikot.kalu nk boikot,boikot je la.jangan la sampai nk paksa-paksa org lain dan siap merosakkan harta benda org laen.bila dah jadi mcm ni,ia tak jadi isu agama dah tapi lebih kepada MELAYU itu sendir.fikir-fikirkanlah…

        0

        0
    • Anonymous says:

      sbb xnak keje kat gerai..keje dpt gaji hari,xde gaji bulan..nak buat loan susah, EPF,SOCSO, medical xde..

      0

      0
  5. Puteri says:

    tolong senaraikan barang2 israel………….. klu blh jgn ade yg tertinggal. TQ.

    0

    0
    • mek dih says:

      semua jenis tuala wanita. ko period gunting tuala buruk jer lah yer,lol

      0

      0
    • Kaki Anime says:

      1. Makanan/Minuman: Nestle, Coke, Pepsi dan sekutu-sekutunya.

      2. Semua jenama rokok popular, terutama Peter Stuyvesant, Salem, Benson & Hedges, Perilly’s dan yang sama benda dengannya. MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

      0

      0
      • Tipah Kurma says:

        Volvo, Intel, Hewlett Packard , Nestle, Mc D, FACEBOOK, Coke, F&N, Danone, Starbuck, Estee Lauder

        0

        0
  6. nana says:

    wardina bukan asal usul Malaysia pun..
    kalau nk suruh tamatkan contract bila dah habis tempoh je lar.bukan buat new contract.kita nak boikot biar cara berhemah.

    0

    0
  7. anon says:

    Minah gedik ni lagi, tak habis2 nak tunjuk pandai. Diri tu tak pandai, sedar2 lah sikit. Sekolah pun takat mana je. Tu dlm gambar bertudung litup tapi nampak sendat je bahagian dada. Nak boikot???? Apenya…. lsrael ni dah conquer dunia, dlm serba serbi. Kita duk sibok2 sngt psl palestine, negeri2 arab yg kaya raya disekeliling nya lah bantu, kita negeri miskin, ramai lagi rakyat kita yg susah tapi sebok nak tolong org…

    0

    0
  8. dreamer says:

    Eleh nak tunjuk pandai si attention seeker ni.Tanpa brg2 dia org kamu blh hidop ke??? Sekejap blh lah kot, kan melayu ni hangat2 taik ayam… Minah ni pandai dakwah je, pakai baju ketat jgk kat dada, nasib lah nasi lemak cume 20 sen, tak de isi….

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ni gambar lama. Masa dia baru mula pakai tudung.

      Nara, kau bertanggungjawab atas dosa menyebarkan gambar ni. Sekian.

      0

      0
  9. Noona says:

    Boikot ni salah satu usaha yang kita boleh buat as Malaysian untuk bantu Palestin. Cuba buka youtube, cari ucapan salah sorang wakil Palsetin yang pernah datang ke Malaysia. Beliau kata, “Kami rakyat Palestin menjadi wakil kepada seluruh umat Islam di dunia untuk menjaga Bumi Palestin. Kami akan tuntut di AKHIRAT nanti kepada siapa yang tidak membantu kami untuk sama-sama mempertahankan Bumi Palestin”. So, salah satu cara untuk kita bantu adalah BOIKOT. Nak pergi sama-sama berperang? Mampukah kita sertai Bridged Al-Qassam?

    Macam kisah Seekor Burung masa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaum kafir. Kawan-kawan burung yang lain mentertawakan seekor burung yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dengan menyimbah air yang dibawa menggunakan paruhnya. Burung tersebut menjawab, “Sekurang-kurangnya, Aku ada jawapan sekiranya Allah bertanya kelak apa usaha aku untuk membantu menyelamatkan Nabi Ibrahim”

    Jadi, apa jawapan kita sekiranya Allah bertanya apa bantuan kita dalam usaha membantu Palestin?

    0

    0
  10. Nooona says:

    Boikot ni salah satu usaha yang kita boleh buat as Malaysian untuk bantu Palestin. Cuba buka youtube, cari ucapan salah sorang wakil Palsetin yang pernah datang ke Malaysia. Beliau kata, “Kami rakyat Palestin menjadi wakil kepada seluruh umat Islam di dunia untuk menjaga Bumi Palestin. Kami akan tuntut di AKHIRAT nanti kepada siapa yang tidak membantu kami untuk sama-sama mempertahankan Bumi Palestin”. So, salah satu cara untuk kita bantu adalah BOIKOT. Nak pergi sama-sama berperang? Mampukah kita sertai Bridged Al-Qassam?

    Macam kisah Seekor Burung masa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaum kafir. Kawan-kawan burung yang lain mentertawakan seekor burung yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dengan menyimbah air yang dibawa menggunakan paruhnya. Burung tersebut menjawab, “Sekurang-kurangnya, Aku ada jawapan sekiranya Allah bertanya kelak apa usaha aku untuk membantu menyelamatkan Nabi Ibrahim”

    Jadi, apa jawapan kita sekiranya Allah bertanya apa bantuan kita dalam usaha membantu Palestin?

    0

    0
  11. Noni says:

    Abang Nara ni boleh tak kalau nak cerita pasal Wardina, guna gambar beliau yang latest? Tak baik ooo buka aib orang yang dah berubah.

    0

    0
  12. Nak boikot pun kena la ada ilmu bukan terlalu ikut emosi. Ini smp baling batu dan mengotorkan premis mcd tu apa hal. Kalau dah mencederakan staf2 mcd tu kan dah jadi lain cerita. Aku kesian gak kat staf2 mcd yg kerja kat mcd. Bukanla niat derang pun nak menyokong yahudi. Terfikir jgk kenapa negara2 arab yg bersempadan dgn gaza ni tak hulur bantuan. Ke derang bantu secara silent. Wallahualam. Minta pencerahan.

    0

    0
  13. orang dungun says:

    Dungun Fan Club
    58 mins ·
    berkaitan isu vandalisme flashmob mcd dungun
    “Terima kasih untuk komen kedua-dua belah pihak. Terima kasih pada Al-Fadhil Tuan Dr. Hafidzi Mohd Noor atas kesudian memberikan respon di sini untuk makluman orang ramai.
    Terima kasih juga kepada peserta dan juga saksi tempat kejadian yang tampil memberikan maklumat dan penjelasan.
    Rumusan dan kronologi kejadian untuk yang terlepas pandang:
    1. Aqsa Syarif telah keluarkan kenyataan rasmi peserta FlashMob mengganggu premis McD Dungun dengan melempar objek keras dan menggoncang pintu serta menyifatkannya ganas dan liar.
    2. Pengerusinya mengambil rujukan dan sumber dari pemilik premis McD sebagaimana dalam SH, di mana dikatakan ada berlaku insiden kekasaran di premis. Petikan kata-kata pemilik premis,
    “….tindakan agresif segelintir peserta demonstrasi di hadapan restoran di Dungun yang turut bertindak membaling batu ke arah premis itu mengakibatkan pekerja ketakutan dan ada yang mahu berhenti kerja.”
    3. Wakil peserta mengakui adanya segelintir kecil yang mengikuti flashmob tidak mendengar arahan ketua dengan mengetuk pintu dan zink berhampiran premis. Namun, dakwaan melempar objek keras adalah tidak sahih.
    4. Saksi-saksi yang ada dan lalu di tempat kejadian menafikan ada insiden keganasan berlaku dan menyifatkan ia cuma perhimpunan aman sahaja tanpa ada lempar objek keras. Pendek kata, tidak ganas.
    Demikianlah rumusannya setelah tabayyun (terang apa yang tidak jelas) semua pihak.
    Kita dapati ada percanggahan kenyataan dari tiga belah pihak. Siapa yang lebih benar, kita serahkan pada Allah. Allah Maha Memerhati dan Maha Mengetahui di sebalik niat dan kata-kata. “Wamakaru wamakarallah, wallahu khairul maakirin.”
    Usahlah sesiapa di antara kita mahu menjadi hero dan heroin dalam isu ini, mahu menjadi hakim. Tanpa sebarang kutukan dan makian.
    Anda dah baca sendiri penjelasan mereka di sini, anda boleh buat kesimpulan masing-masing dan ambil iktibar.
    Sekian tugas saya di sini. Mohon maaf andai admin mengguris rasa dan bicara mana-mana pihak dalam pengendalian isu.”
    – Muhammad Rusydi-

    0

    0
  14. bana says:

    Chef kamarul duta coke..aku cakap pasal boikot terus kena blocked kat insta…tapi yang tak blleh tahan..dia tulis cerita coke menyumbang ke israel hanya cerita berangkai yang tak sahih….kesian kesian
    pada aku senang jer..tengok brand2 yang ada dlm mekdi brand tulah yang patut sama diboikot.

    0

    0
  15. lola says:

    Hanis Zalikha siap promote Estee Lauder kt IG while semua peminat dia komen Estee Lauder produk Israel. Relax je Hanis

    Pehtu semua artis (Lisa Surihani, Nina Sabrina, Jovian, Yusry) through IG, post #supportgaza. Hanis Zalikha tak join pun. I wonder why

    Harap artis lebih bijak dan peka dengan isu semasa. Jangan mudah dibeli, ok

    0

    0
  16. Anonymous says:

    confirm ke company yg nak diboikot tu sokong israel?
    kalau tak faham jangan kalut nak boikot. polisi company kat malaysia tak sama dgn polisi company dekat negara lain. Malaysia mmg tak iktiraf Israel dan kita takde dealings dgn mereka…let alone supplying weapons to zionist soldiers. Jangan mudah terikut2 orang. Yang bahaya tu bila dah sebarkan fitnah. Terjadi lah kejadian di Mcd smlm. Buat malu jer lah orang Melayu ni.

    0

    0
  17. dffff says:

    orang sekarang asik ckp jgn beli barang dekat tesco la apa la hmm agak2 klau beli barang dekat giant ke jusco ke confirm ke diorang tu mmg tk menyumbang dkat israel? dah terang2 ekonomi kita kt malaysia ni memang bergantung penuh pda israel. sekarang baru sibuk2 nak boikot selama ni tkdek pulak benda2 ni. as a muslim, kita berdoa bukan ke itu senjata terbesar orng islam?

    0

    0