Written by Bella | April 11th, 2019

Membanggakan, hanya dalam tempoh 3 minggu tayangan, filem animasi terhangat Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal berjaya mengutip RM25 juta dengan jumlah penonton mencecah 2 juta orang.

Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam. Berita itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram Upin Ipin Official.

Menariknya filem Upin Ipin kali ini bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak tetapi mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang dewasa juga.

Mempunyai jalan cerita yang menarik, penggembaran Upin Ipin kali ini bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam bilik stor. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa bertemu dengan pelbagai watak dalam dongeng rakyat seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang.

Tahniah kami ucapkan kepada seluruh team  Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal yang berjaya menghasilkan karya yang cukup hebat.

Sumber Berita : Instagram Upin Ipin Official

Written by Bella | March 25th, 2019

Dua orang kembar kesayangan Malaysia, Upin dan Ipin yang kini kembali dengan filem terbaru mereka Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal nampaknya terus menghangatkan lagi panggung apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5.3 juta walaupun baru sahaja empat hari ditayangkan di pawagam.

Tidak dinafikan lagi, musim cuti sekolah ini lebih ramai ibu bapa akan membawa anak-anak mereka untuk menonton filem ini dan semestinya kutipan akan lebih tinggi lagi selepas ini.

Rata-rata penonton memang memuji filem ini yang dianggap sudah setaraf dengan animasi Hollywood. Bangga apabila jalan ceritanya sangat menarik dan menerapkan banyak elemen dan budaya Melayu di dalam filem tersebut.

Tahniah kami ucapkan buat semua yang terlibat dalam pembikinan filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal, semoga akan terus sukses dan tembusi pula pasaran global.

Kredit Foto : Upin Ipin Official

Written by Bella | March 25th, 2019

Kembar animasi popular Malaysia, Upin & Ipin kembali ke layar perak dengan filem terbaru berjudul Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang sudah pun ditayangkan sejak 21 Mac lalu.

Kali ini mereka kembali dengan jalan cerita yang lebih gempak dan animasi yang sudah setaraf dengan Disney dan Pixar. Bukan itu sahaja, ia turut menerapkan banyak elemen dan budaya Melayu di dalam filem tersebut.

Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, tetapi ia turut mendapat sambutan daripada orang dewasa juga. Rata-rata penonton mengakui Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal diluar jangkaan mereka dan memberikan rating yang tinggi.

Filem ini menelan belanja hampir RM 20 juta dan telah mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan menggunakan kepakaran anak-anak tempatan.


Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam bilik stor. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa bertemu dengan pelbagai watak dalam dongeng rakyat seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang. Mereka dengan watak-watak cerita dongeng kini perlu pertahankan kerajaan Inderaloka dari raja jahat yang ingin memusnahkannya.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Video :  Les’ Copaque Production