Membanggakan, hanya dalam tempoh 3 minggu tayangan, filem animasi terhangat Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal berjaya mengutip RM25 juta dengan jumlah penonton mencecah 2 juta orang.
Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam. Berita itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram Upin Ipin Official.
Menariknya filem Upin Ipin kali ini bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak tetapi mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang dewasa juga.
Mempunyai jalan cerita yang menarik, penggembaran Upin Ipin kali ini bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam bilik stor. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa bertemu dengan pelbagai watak dalam dongeng rakyat seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang.
Tahniah kami ucapkan kepada seluruh team Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal yang berjaya menghasilkan karya yang cukup hebat.
Sumber Berita : Instagram Upin Ipin Official

Pity
April 12, 2019 at 10:46 am
Harap2 jngn letak watak abang pondan tu.. Nnti anak2 kena brainwash jadi LGBTQ. Upin& Ipin tu ertinya Yahudi.. Tngok seluar dlm lelaki yg tiga segi tu… Illuminati… Msuk neraka Nong….butthurt kepala tiga segi.. Hihi
Anon
April 12, 2019 at 6:26 pm
Go scan your brain. Tengok ada otak tak kat dlm tu.