Filem animasi popular Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les’ Copaque Production mencipta sejarah tersendiri apabila disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa lain bagi pencalonan Oscars 2020 untuk kategori Filem Animasi Terbaik.
Upin Ipin bakal bersaing dengan filem animasi antarabangsa lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.
Berita gembira dan membanggakan itu dikongsikan oleh Les’ Copaque menerusi akaun Instagram rasmi mereka dengan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan luar biasa terhadap filem animasi tersebut.
Filem animasi yang mula ditayangkan pada 21 Mac lepas itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta selepas tiga minggu ia ditayangkan dengan jumlah penonton mencecah 2 juta di Malaysia.
Tahniah kami ucapkan kepada seluruh team Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal yang berjaya menghasilkan karya yang cukup hebat.
JERNIH HEIGHTS SDN BHD
October 21, 2019 at 2:22 pm
upin ipin season baru asik ngra jiran aje tyg, pasal
Baby please dont stop
October 20, 2019 at 2:39 pm
Satu je tak suka diorang jual season terbaru Upin Ipin kat negara SEBELAH …
Lumayan ye tawaran yang channel negara sebelah bagi dibanding TV9 !!! Yelah asyik CJ wow shop je dari Subuh sampai ke Isyak tuu aje