April 2nd, 2018

Setalah lebih dua bulan bersalin, akhirnya pelawak dan pelakon Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz telah mendedahkan wajah cahaya mata sulung lelaki mereka dengan peminat.

Jihan memuat naik foto anaknya itu menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi. Jihan dan suami telah memilih nama Ungku Arsalan Haq inspirasi daripada pahlawan Islam.

Peminatnya turut berkongsi rasa gembira mereka yang sebelum ini sudah ternanti-nanti untuk melihat wajah comel #babyninja.

Jom kita layan beberapa lagi foto comel Arsalan Haq daripada jurugambar terkenal Camora Arts dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Agak-agaknya Arsalan Haq ikut muka siapa ya? Jihan ataupun Ungku Hariz?

January 26th, 2018

Tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan pengacara, Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz yang kini sudah bergelar ibu dan bapa selepas Jihan selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.85 kilogram, secara pembedahan di DEMC Specialist Hospital Shah Alam kira-kira jam 10.15 malam semalam.

Bayi dan ibu berada dalam keadaan baik dan difahamkan Jihan akan berehat selama dua bulan untuk memberikan tumpuan kepada keluarganya. Berita gembira itu dikongsikan di akaun Instagram MeleTOP.

Sekali lagi kami ucapkan kepada pasangan KuJi dan semoga kehadiran orang baharu ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang dan menambah kebahagiaan mereka sekeluarga. Jangan lupa untuk kongsikan gambar comel anak anda dengan peminat nanti.

January 3rd, 2018

Rasanya semua tahu kini pelawak dan pengacara Jihan Muse sedang sarat mengandung dan menghitung hari untuk melahirkan anak pertama beliau bersama suami tercinta, Ungku Hariz. Sementara menanti detik anak mereka lahir ke dunia, Jihan dan Ungku Hariz sempat untuk mengadakan sesi “maternity shoot” sebagai kenangan. Memang jelas sifat romantik Ungku Hariz terhadap Jihan.

Kami di BeautifulNara mendoakan agar proses bersalin nanti berjalan dengan lancar dan semoga kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.

Jom layan video dan beberapa lagi foto sekitar “maternity shoot” Jihan dan Ungku Hariz dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : haqy.co

Kredit Video :  ji3moon

December 13th, 2017

Bakal melahirkan cahaya mata sulungnya tidak lama lagi, semalam pasangan Jihan Muse dan Ungku Hariz akhirnya mendedahkan jantina anak mereka. Jihan memberitahu beliau dan suami bakal menimang cahaya mata lelaki selepas menjalani imbasan ultrasound baru-baru ini dan disahkan oleh doktor peribadi mereka.

Kami sebenarnya mahukan kejutan. Ada beberapa kawan yang sebelum ini hamil mengetahui jantina bayi mereka tetapi apabila bersalin, jantinanya berbeza. Jadi, timbul rasa kecewa dan saya lebih mahu ia menjadi kejutan buat kami berdua.

Pada awalnya Jihan dijangka bersalin pada 6 Februari tahun depan, tetapi memandangkan bayi didalam kandungan agak besar, Jihan mungkin akan bersalin pada bulan depan.

Tahniah kami ucapkan kepada Jihan dan Ungku Hariz, harapnya segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya hendak melihat #babyninja.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Kakifoto & Aqoimran