Written by Bella | August 8th, 2019

Sehingga hari ini, masih hangat lagi dengan isu dakwaan pelakon Syafie Naswip memukul bekas tunangnya Aishah Azman. kerana berang dituduh menjalin hubungan songsang. Pelbagai spekulasi yang timbul sehingga akaun Instagram Syafie ‘diserang’ netizen yang ingin mengetahui kesahihan disebalik kontroversi tersebut.

syafie naswip aishah azman

Terbaru, ada seorang netizen yang tampil mendedahkan cerita antara Syafie dan bekas tunangnya.

syafie naswip

Menurut apa yang diceritakan oleh netizen tersebut, Aishah dikatakan telah menghalang Syafie daripada berhubung dengan adik angkatnya.

syafie naswip adik angkat

Mungkin berlaku sedikit pertengkaran, pelakon lelaki itu hilang pertimbangan apabila Aishah didakwa menjaja cerita kepada orang ramai bahawa Syafie menjalinkan hubungan songsang.

Pendedahan Netizen

pendedahan aishah azmanaishah azman

“Syafie memang salah atas pukul

Aishah tetapi mungkin kerana marah

dengan mulut celupar wanita itu.”

perangai sebenar aishah azmansyafie aishah putus tunang

Rata-rata netizen akui tindakan Syafie memukul Aishah itu salah, tetapi mungkin ada sebab mengapa dia bertindak di luar kawalan. Malah, Syafie menyerahkan diri kepada pihak polis kerana mengakui kesilapannya itu bukan kerana waran tangkap dikeluarkan.

Sejauh mana kesahihan disebalik pendedahan ini tidaklah kami ketahui. Namun, apa yang berlaku pasti ada sebab tersendiri. Memang sudah ditakdirkan jodoh mereka tidak panjang.

Sumber Berita : Forum CARI & Twitter

 

Written by Bella | August 5th, 2019

Ketika ini, pelbagai spekulasi dan kontroversi menghimpit pelakon Syafie Naswip  selepas dia putus tunang bersama Aishah Azman.

syafie naswip aishah azman

Ada pihak yang menghukum Syafie tanpa mengetahui perkara sebenar dan terus menyindir dan mencaci dirinya. Bagaimanapun, Syafie enggan memberikan sebarang komen dan terus menjalani kehidupannya seperti biasa.

View this post on Instagram

Officially 27 years Old.⭐️

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

Tanggal 2 Ogos lalu, Syafie genap berusia 27 tahun dan dia sempat memuat naik video ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang diadakan secara sederhana bersama keluarga tercinta.

Ramai yang tersentuh melihat video tersebut termasuklah pelakon Almy Nadia yang meninggalkan komen agar Syafie dan keluarga tabah dengan apa yang berlaku.

syafie naswip lebih baik putus tunang

Membalas komen tersebut, Syafie menganggap apa yang berlaku adalah petunjuk dariNya. Lebih baik mengakhiri daripada terus menanggung derita nanti.

syafie naswip aishah azman putus tunang

Terdahulu, viral berita seorang pelakon lelaki popular bertindak kasar membelasah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon,  apabila wanita itu menuduhnya menjalin hubungan songsang. Isu ini mendapat perhatian ramai dan cukup hangat diperkatakan, ada pula netizen tanpa bukti kukuh mula membuat spekulasi mengaitkan nama Syafie dalam kontroversi tersebut.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | August 1st, 2019

Pelakon Afiq Muiz iaitu abang kepada Aishah Azman menerusi akaun Instagramnya memberikan reaksi terhadap kontroversi yang melibatkan adiknya itu baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagramnya, Afiq menyelar tindakan individu yang telah mengasari adiknya, meluahkan rasa geram atas apa yang berlaku.

Afiq turut tidak ketinggalan memberi amaran kepada mana-mana lelaki yang ingin memperisterikan Aishah.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan kontroversi seorang pelakon lelaki yang dilaporkan membelasah bekas tunangnya kerana berang dituduh menjalin hubungan songsang. Netizen mula membuat spekulasi sendiri mandakwa individu yang dimaksudkan ialah Syafie Naswip memandangkan dia baru sahaja memutuskan pertunangan dengan Aishah.

Written by Bella | July 29th, 2019

Kecoh sejak awal malam semalam, apabila viral berita seorang pelakon lelaki popular bertindak kasar membelasah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon,  apabila wanita itu memintanya untuk berhenti menjalin hubungan sejenis dengan kenalannya pada 26 Jun lalu.

Isu ini mendapat perhatian ramai dan cukup hangat diperkatakan, ada pula netizen tanpa bukti kukuh mula membuat spekulasi mengaitkan nama pelakon Syafie Naswip dalam kontroversi tersebut.

Netizen terus “menyerang” akaun Instagram Syafie, penuh dengan komen mempersoalkan adakah benar berita yang tersebar mengaitkan namanya itu.


Bagaimanapun, masih ada yang tidak percaya Syafie mengasari bekas tunangnya dan mungkin apa yang berlaku hanya satu salah faham sahaja.

Terdahulu, pelakon lelaki yang didakwa memukul tunangnya turut mengeluarkan kata-kata kesat sebelum mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.

Pihak polis dalam satu kenyataan media berkata, kedua-dua pelakon ini memutuskan pertunangan pada 21 Julai lalu. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber Berita : Media Hiburan