Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terpalit Kontroversi Selebriti Pukul Tunang, IG Syafie Naswip Diserang Netizen

Kecoh sejak awal malam semalam, apabila viral berita seorang pelakon lelaki popular bertindak kasar membelasah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon,  apabila wanita itu memintanya untuk berhenti menjalin hubungan sejenis dengan kenalannya pada 26 Jun lalu.

Advertisement

Isu ini mendapat perhatian ramai dan cukup hangat diperkatakan, ada pula netizen tanpa bukti kukuh mula membuat spekulasi mengaitkan nama pelakon Syafie Naswip dalam kontroversi tersebut.

Netizen terus “menyerang” akaun Instagram Syafie, penuh dengan komen mempersoalkan adakah benar berita yang tersebar mengaitkan namanya itu.


Bagaimanapun, masih ada yang tidak percaya Syafie mengasari bekas tunangnya dan mungkin apa yang berlaku hanya satu salah faham sahaja.

Terdahulu, pelakon lelaki yang didakwa memukul tunangnya turut mengeluarkan kata-kata kesat sebelum mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.

Pihak polis dalam satu kenyataan media berkata, kedua-dua pelakon ini memutuskan pertunangan pada 21 Julai lalu. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 Comments

  1. meymey

    August 2, 2019 at 10:52 am

    Just nak cakap, didiklah anak anak lelaki supaya hidup bermaruah sebagai lelaki atau at least sebagai manusia. Allah bagi talak di tangan lelaki sepatutnya kena faham betapa besarnya tanggungjawab anda. Susah nak cari lelaki berkualiti sekarang. Ada tapi tak ramai. Paling rasa serik pernah pinjamkan duit kat kawan lelaki ni sebab dia kata ayah dia sakit. Sebagai kawan kita pun tolong, part kita nak minta balik selepas 6bulan, mula lah macam macam alasan. Tak mampu bayar cakap je lah. Ni boleh pula suruh aku kahwin dengan dia dulu baru dia bayar. Aku berhutang ke kau berhutang ni? RM300 pun kau kena pinjam kat perempuan baik kau bunuh diri je lah takyah kahwin. Aku harap bapa kau sihat lah ye dah kau main jual jual nama macam tu.

  2. anon

    July 31, 2019 at 9:31 am

    NTAH2 YG PEREMPUAN PSYCO ,,,
    jgn ingat muka suci murni tu tak ada masaalah jiwa
    atau dedua yg sakit

    • meymey

      August 2, 2019 at 10:39 am

      abis tu? saiko bukan alasan nak pukul orang kot

  3. Anonymous

    July 30, 2019 at 2:08 pm

    x pyh kawin…awal2 dah problem.

  4. layila

    July 30, 2019 at 12:38 pm

    npk awlnye aishah sedia beri peluang utk mengubah keadaan tapi xterdaya nampaknya dibalas kekasaran. hikmah untuk aishah terus move on sebelum tersalah pilih org untuk dijadikan suami <3

  5. belaartistempatan

    July 30, 2019 at 10:42 am

    #boikotabpbh

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top