Written by Bella | July 29th, 2019

Berang dikatakan menjalin hubungan sejenis, seorang pelakon lelaki ditahan Sabtu lalu, selepas membelasah bekas tunangnya apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan datang ke rumah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon berusia 23 tahun di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang, kira-kira jam 9 pagi hari kejadian.

Suspek memaksa wanita itu masuk ke kereta dan terus memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta turut bertindak kasar dengan mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.

Menurut Ismadi, wanita terbabit ada mengambil gambar sebagai bukti tetapi dipadam secara senyap oleh suspek yang turut mengugutnya.

Wanita terbabit ada mengambil gambar, namun dipadam oleh suspek secara senyap selain diugut oleh suspek berkenaan. Mangsa dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian itu sudah lama berlaku.

Suspek ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk diambil keterangan. Suspek mengaku melakukan perbuatan terbabit dan dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad (semalam), selepas selesai diambil keterangan.

Ismadi berkata, kedua-dua pelakon ini memutuskan pertunangan pada 21 Julai lalu. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber Berita : Harian Metro

27 responses to Didakwa Jalin Hubungan Sejenis, Pelakon Lelaki Belasah Bekas Tunang

  1. anon says:

    Adakah dia pelakon yg baru putus tunang beberapa post sebelum ni?

  2. macam tu ke?? says:

    tu agaknya yg si perempuan tu kata “petunjuk” sebelum ni ek…

  3. Anonymous says:

    Rasa mcm Syafie naswip dan aisyah ni ….

    sedarla wahai syafie , awak diambil dan dididik oleh pelakon handalan dari kecil
    bersikap la yg baik2 ..sekarang ni pelakon ramai berkahwin untuk bercerai ,

    mentor untuk dijadikan contoh tu susah nak percaya …kawin hanya untuk suka2 ,
    better hidup la sendiri …hahahah

  4. madah berhelah says:

    Rasa mcm Syafie naswip dan aisyah ni ….

    sedarla wahai syafie , awak diambil dan dididik oleh pelakon handalan dari kecil
    bersikap la yg baik2 ..sekarang ni pelakon ramai berkahwin untuk bercerai ,

    mentor untuk dijadikan contoh tu susah nak percaya …kawin hanya untuk suka2 ,
    better hidup la sendiri …hahahah

  5. Rin says:

    dahlah tak hensem, gay pulak, sekarang belagak gangster pulak tumbok cekik orang, tak padan dengan dengan rupa

  6. Lulu says:

    Tapi syafie naswip umur 24 thn

  7. xt says:

    kalu bkn syafie naswip, siapa pula? bawangrangers, apa lg? siasat jgn x siasat…budaya songsang kena dedahkan! bkn anti pelakon tu tp anti perbuatan tu! ayuh!

  8. bedah says:

    syafie tu ke?klu betul, mmg elokla aisyah tinggalkn laki camtu..aisyah cantik..moga dapat jodoh yg sepadan dan baik akhlaknye..Amin..

  9. makcikkelipkelip says:

    tak pasti siapa yg dimaksudkan, tapi, beraninya pukul anak orang? dasar kurang ajar.

  10. nani says:

    tak elok mcmtu if syafie, ingatlah family awal asalnya susah kan..kasihan parent awak

  11. Anonymous says:

    Perkara itu dikatakan berpunca apabila Aishah menasihati Syafie supaya meninggalkan satu sifat buruk dirinya. Difahamkan, disebabkan insiden tersebut itu juga , ikatan pertunangan mereka akhirnya putus pada 21 Julai lalu.

    Pelakon Aishah yang juga adik kepada pelakon Afiq Muiz itu dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian tersebut telah lama berlaku.

    Dalam pada itu, Aishah mendakwa dia lambat membuat laporan kerana ingin selesaikan kes mereka itu secara baik namun suspek didakwa bertindak berlebihan.

    Pihak polis mengesahkan Syafie ditahan pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan namun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.

    SUMBER MSTAR ONLINE

  12. faraj says:

    Lelaki yg selalu pukul pompuan ni, dari kecil Mereka suka mengendap Mak mereka kencing, dan bila usia mereka 18 tahun mereka suka ketuk kepala Mak mereka..(Sama lah lelaki Panaz Baran)..cuma Mak mereka malas nk bising2 sebab Anak..!! itu kajian saya Org Panaz Baran ni, Dgn Pompuan Berani..!! bila kena penampor dgn Polis semua dia citer , sejarah dari kecik sampai besor..!!! tu yg kawan saya citer lah..!!!

    • Anonymous says:

      pas tu bila kau ceritakan pada org ..dh lain pulak dri cerita asal, biasalah , org A ckp ke B, org B ckp ke C..dn seterusnya jdi sembang kari..

  13. kaktus says:

    Dalam ROTIKAYA ada jawapannya siapa yg dimaksudkan. BN lmbt dpt info.

  14. Anonymous says:

    blom jdi bini dh kena mcm tu, kalau jdi bini ..lgi terok, …mmpuihhhh lah lelaki mcm ni, sampai bila2 kau akn mmbujng sbb org dh tahu siapa kau..selamat bujang selama-lamanya..Amin

  15. Sepaun says:

    Syafie naswip oh syafie naswip

Tinggalkan Komen Anda Di Sini