Written by Bella | April 18th, 2019

Sebelum bergelar usahawan kosmetik, Nur Sajat aktif dalam bidang peragaan dan sehingga kini beliau tetap mencintai bidang itu.

Baru-baru ini, timbul khabar angin mengatakan Sajat telah melaburkan ratusan ribu ringgit untuk menaja pertandingan ratu cantik transgender. Tentunya perkara itu mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.

Bagaimanapun, Sajat menafikan dakwaan tersebut. Jelasnya, beliau hanya menaja pertandingan Miss Grand Malaysia 2019 dimana kesemua peserta pertandingan itu terdiri daripada wanita sahaja. Tidak faham kenapa isu transgender boleh berbangkit.

Tak ada isu transgender dan tak mungkin orang akan kaitkan langsung dengan Miss Grand Malaysia. Segala maklumat awal dikongsi mengenai pertandingan ini juga sudah menjelaskan bahawa calon yang menyertainya terdiri daripada golongan yang 100 peratus wanita.

Yang nak membawang, teruskan membawang, kerana saya hanya bertindak sebagai penaja saja.Kalau mereka tetap rasa ada transgender, terpulang, kita tak boleh halang tapi yang pasti pertandingan ni memang untuk wanita.

Tujuan Sajat melabur ratusan ribu ringgit dan bekerjasama dengan pihak penganjur pertandingan ratu cantik itu adalah bagi mengetengahkan bakat wanita dan menaikkan martabat mereka.

Sumber Berita : Malaysiakini

Written by Bella | January 23rd, 2019

Biarlah dihimpit kontroversi dan kecaman, kasih sayang Sajat dan Coach Yin tetap utuh dan pernah menyatakan hasrat untuk naik pelamin tahun ini. Sudah mengimpikan untuk memakai busana perkahwinan yang cantik seperti Elfira Loy.

Namun, agak pelik bila Sajat menerusi sebuah video di akaun Instagramnya seakan sudah rimas ditanya soal kahwin.

Katanya mereka berdua mempunyai masalah dan memuat naik luahan di Insta Stories seolah-olah sedang bergaduh.

Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak percaya dengan video yang dimuat naik oleh Sajat. Mereka anggap ia sekadar propa sahaja dan sudah dirancang untuk meraih perhatian ramai.

Written by Bella | June 29th, 2018

Wajah Yusoff Al Qardawi iaitu anak keempat Datuk Seri Aliff Syukri menarik perhatian ramai sejak hari pertama bayi itu lahir. Sesiapa  sahaja yang melihat Yusoff pasti akan tersenyum dan ‘cair’ melihat kecomelannya.

Berkesempatan untuk melihat dan mendukung Yusoff sendiri, Nur Sajat juga teringin untuk mendapatkan zuriat sendiri tahun depan. Sajat juga meminta peminatnya mendoakan agar dia boleh mendapat seorang bayi yang comel seperti Yusoff.

Namun, timbul juga persoalan daripada netizen, bagaimana agaknya jika Sajat mengandung? Mereka masih meragui status sebenar jantina usahawan kosmetik itu. Memang penuh dengan misteri kan?

Untuk pengetahuan anda, Sajat sebelum ini mempunyai  dua orang anak angkat yang merupakan pasangan kembar iaitu Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syahmi.

Agak mendalam betul maksud Sajat untuk peminat mendoakan dia cepat ‘lekat’, mungkinkah beliau bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati Coach Yin tidak lama lagi?

Written by Bella | January 24th, 2018

Boleh dikatakan setiap hari nama Nur Sajat dikritik dan dikecam apatah lagi kes pengesahan jantina beliau yang dalam siasatan pihak JAKIM belum selesai.  Aksi mesra beliau bersama kekasih hati Coach Yin juga antara topik hangat yang sering menjadi perdebatan di media sosial.

Sebagai manusia biasa, Sajat juga mempunyai hati dan perasaan. Pastinya ada yang tertanya bagaimana beliau boleh terus tampil tersenyum dan bersabar dengan walaupun sering dilemparkan dengan kata-kata negatif.

Berikut antara tips yang dikongsikan Sajat untuk terus “kebal” dan bahagia meskipun menjadi mangsa kecaman netizen :-

  1. Jangan tertekan dan terus membaca komen netizen kerana tidak semua orang berpuas hati dengan apa yang kita lakukan terutamanya bab kerjaya, penampilan dan kebahagiaan.
  2. Jangan terlalu ambil serius dengan setiap kata-kata netizen. Apa yang penting hanya kita dan ahli keluarga mengenali diri kita yang sebenar.
  3. Perlu bijak menapis kata-kata atau nasihat daripada siapa. Jika dibandingkan dengan ahli keluarga dan orang luar lebih baik utamakan orang yang selalu support dan beri semangat pada kita terlebih dahulu.
  4. Jangan lupa untuk beristigfar, selawat dan dekatkan diri pada Sang Pencipta walaupun betapa modennya diri kita.

Sumber Berita : Media Hiburan