Written by Bella | January 1st, 2018

Sejak beliau tampil dengan lagu Abang Nak Tegur bersama Datuk Aliff Syukir, nama usahawan kosmetik Nur Sajat semakin meningkat naik sehingga ada yang menawarkan beliau untuk bergandingan dengan aktor popular Aaron AzizĀ  dan Aaron Aziz.

Menurut Sajat beliau ditawarkan watak utama sebagai ejek perisikan dalam filem berjudul Operasi X. Namun, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana terikat dengan komitment lain.

Jujur saya memang berminat untuk membintangi filem itu, apatah lagi ia turut membariskan ramai pelakon nama besar dan hebat. Dalam tempoh itu banyak perkara yang perlu saya berikan perhatian termasuklah urusan hiasan dalaman dan juga kedai emas yang akan mula beroperasi pada awal Januari.

Bukan itu saja, seperti yang umum tahu saya juga akan muncul dengan single solo pertama, Makhluk Penggoda yang turut menampilkan rakan baik saya Datuk Aliff Syukri.

Sajat tidak mahu terlalu tamak untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa dan mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi yang sudi memberikan watak tersebut kepada beliau cuma kali ini belum ada rezeki buat dirinya.

Sumber Berita : Harian Metro