Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bekas Kekasih Sajat, Coach Yin Selamat Bernikah Dengan Kekasih Hati

Coach Yin

Coach Yin yang sebelum ini merupakan bekas kekasih kepada usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya dalam sebuah majlis ringkas yang diadakan di Kota Bahru, semalam.

View this post on Instagram

A post shared by ?? (@yeentishrin)

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan jurulatih kesihatan itu apabila dia memuat naik hantaran berupa beberapa keping foto dia dan isteri sedang diraikan sebagai pengantin baru oleh keluarga dan kenalan rapat.

Tampil sama cantik sama padan, Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin B Mohd Adanan sedondon bersama isterinya yang dikenali sebagai Yeen Azmin memakai busana putih.

View this post on Instagram

A post shared by ?? (@yeentishrin)

Meninjau ruangan komen, netizen rata-rata mengucapkan tahniah di atas perkahwinan yang dibina serta mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Sajat Coach YinSumber : Google  

Terdahulu, sekitar tahun 2018, Coach Yin dan Sajat telah menjadi perhatian netizen apabila dilaporkan menjalin hubungan cinta serta menimbulkan pelbagai kontroversi dan gimik berkaitan perhubungan songsang sepanjang tempoh berkenaan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    March 23, 2021 at 4:52 pm

    hebat wife dia tu boleh kahwin dgn bekas sajat… kalau aku idok le… ew dah masuk saluran lain..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama