Written by Bella | July 10th, 2019

Kemelut rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat sebentar tadi.

Fizo melafazkan cerai talak satu terhadap Mawar pada jam 10.55 pagi di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.  Kedua-duanya kelihatan agak tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Sebelum ini, Mawar sudah mendapatkan khidmat nasihat peguam berhubung masalah rumah tangganya itu.

Terdahulu, mahligai pasangan ini dikatakan bergolak dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 1st, 2019

Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim yang didakwa sedang bergolak mendapat perhatian ramai. Fizo juga pernah memberitahu perkahwinannya itu mempunyai masalah dan redha sekiranya jalan perpisah adalah yang terbaik buat mereka.

Kali ini, Mawar pula tampil mengakui ada mendapatkan khidmat peguam dan merujuk masalah rumah tangganya itu pada pejabat agama untuk untuk mendapatkan nasihat mengenai kemelut yang sedang dihadapi.

Katanya, apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka kini adalah rahsia antara dirinya dengan Fizo. Mawar menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Harapnya netizen tidak cepat membuat andaian dan spekulasi sendiri yang hanya akan memburukkan lagi keadaan sedangkan mereka tidak mengetahui cerita sebenar.

Sama-sama kita doakan agar pasangan ini dapat menyelesaikan segala kemelut dengan baik dan tidak putus asa mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Written by Bella | June 27th, 2019

Mengakui rumah tangganya berdepan masalah dan redha andai ditakdirkan berpisah, pelakon Fizo Omar dalam satu kenyataan menerusi akaun Instagramnya hari ini meminta agar diberikan ruang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Fizo berkata, apa yang sedang dilalui adalah dugaan buat dirinya dan isteri, Mawar Karim dan berharap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Menurut Fizo, kini dia sedang menunggu keputusan daripada mahkamah berkaitan masalah rumah tangganya dan meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan Mawar.

Pada masa yang sama, Fizo mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak berhenti memberikan kata-kata semangat kepadanya yang kini melalui saat getir dalam hidupnya.

Terdahulu, mahligai pasangan ini dikatakan bergolak dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak. Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang.  Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Written by Bella | June 25th, 2019

Spekulasi rumah tangga selebriti Fizo Omar dan Mawar Karim sudah lama dikatakan sedang berantakan selepas kedua-duanya menyambut Aidilfitri secara berasingan. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Fizo memberitahu isteri dan anaknya tidak dapat beraya bersama kerana bapa Mawar ketika itu sedang sakit.

Gosip mengenai pasangan ini semakin hangat diperkatakan selepas Mawar dikatakan sudah mendapatkan khidmat peguam untuk menyelesaikan masalah mereka.

Pelbagai spekulasi liar mula timbul tetapi Fizo tampil menafikan bahawa kehadiran orang ketiga adalah punca rumah tangganya berantakan.

Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-Nya. Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya redha dengan ketentuan-Nya.

Kata Fizo, masalah mereka sebenarnya tidak begitu serius dan sudah pun berbincang secara baik untuk menyelesaikannya pada bulan Ramadhan lalu. Dia agak terkejut apabila mendapat berita Mawar sudah bertemu dengan peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.

Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini, saya masih menunggu perkembangan dan tindakan selanjutnya daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Sumber Berita : Harian Metro