July 10th, 2019

Kemelut rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat sebentar tadi.

Fizo melafazkan cerai talak satu terhadap Mawar pada jam 10.55 pagi di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.  Kedua-duanya kelihatan agak tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Advertisement

Sebelum ini, Mawar sudah mendapatkan khidmat nasihat peguam berhubung masalah rumah tangganya itu.

Terdahulu, mahligai pasangan ini dikatakan bergolak dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement

54 responses to “Fizo Omar Dan Mawar Karim Sah Cerai Talak Satu”

  1. Jebon says:

    Takziah utk melahirkan rasa kesedihan kita. Tak kira yg hidup atau yg mati.

  2. Si kancil says:

    Susah bila family masuk campur.. Lagi² keluarga mertua tinggal sebumbung. Dah menumpang rumah org jd raja pulak. Bagus laa mawar buat keputusan cerai. Sabar pun ada limit. Dah packing baju masing² balik kampung

Loading...