August 16th, 2013

Satu langkah yang cukup bijak oleh Neelofa. Sememangnya kalau bergelar pelakon, Hollywood adalah tempat terbaik untuk mendalami ilmu lakonan itu sendiri. Tahun hadapan, Neelofa akan mengikuti sebuah kursus pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA), Amerika Syarikat.

neelofa

Kata Neelofa kepada Mstar Online:-

Insya-Allah pada awal tahun depan saya akan ke Amerika bagi menjalani kursus lakonan di NYFA. Memang sudah lama saya mahu ke Hollywood dan belajar di NYFA hanyalah satu titik permulaan. Memandangkan Liyana Jasmay pernah mengambil kursus di NYFA, saya ada juga tanya dia sedikit informasi terutamanya mengenai hal tempat tinggal.

neelofa

Abang Nara turut bersedih apabila Neelofa berkongsi bagaimana dirinya hampir berputus asa kerana gagal menangani tugasannya sebagai pelakon, pelajar dan businesswoman. Kata Neelofa:-

Diakui saya pernah hampir putus asa kerana tidak dapat memberi fokus dengan pelajaran dan pada masa sama ketika itu saya sedang sibuk dengan penggambaran filem Pilot Cafe (arahan Osman Ali). Bagaimanapun bila di fikir-fikirkan balik, ia hanya sementara. Lagipun sejak sekolah lagi, saya cemerlang dalam kesemua peperiksaan. Jadi takkan saya nak sia-siakan hasil usaha saya sebelum ini begitu sahaja Bagaimanapun Alhamdulillah, saya berjaya atasinya dengan membahagi masa antara kerja dan pelajaran sebaik mungkin

Biasalah tue awal-awal tak biasa dengan kerjaya. Secara jujur, semasa muda inilah Neelofa kena pulun habis-habisan. Masa tengah laku, ambil dan terokai mana-mana peluang yang ada. Kang dah tua nanti tak ada orang nak pulak. Apa pun, selamat hari raya kepada Neelofa Abang Nara ucapkan. Maaf zahir dan batin.
ronasutraP.S: Ronasutra semakin mendapat tempat dikalangan para wanita sekarang ini. Anda dah cuba? Jomlah… Ronasutra memastikan kulit wajah anda terus kekal sihat, cantik dan berseri. Sememangnya TERBUKTI berkesan dan harga pun berpatutan. Untuk maklumat lanjut, layari www.ronasutra.com dan LIKE Facebook Ronasutra.

May 2nd, 2013

Pastinya Syamsul Yusof terkejut besar apabila dirinya dikatakan bercinta dengan Puteri Sarah Liyana oleh Ammar Alfian. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba dituduh bercinta pula. Nasib baiklah Syamsul Yusof ini cool, tenang dan baik hati orangnya.

syamsul yusof

Menerusi laman Facebooknya, Syamsul Yusof meluahkan isi hatinya berkenaan isu hati ini. Makin bertambah respek Abang Nara apabila membaca kata-kata yang diluahkan.

Assalamualaikum buat semua pembaca, moga kalian sihat dan dirahmati Allah.

Sewaktu aku sedang asyik menyiapkan kerja2 ku tiba2 aku mendapat panggilan dr seorang sahabat yg memberitahu ada seorang hamba Allah telah mengaitkan namaku juga keluarga ku dlm masalah dirinya. Lalu aku terpaksa mencuri sedikit masa utk mengetahui apakah yg sedang hangat diperkatakan itu.

Selepas segalanya aku baca dan renungi…Apa yg ku boleh katakan aku agak terkejut dan hairan. Mengapa dia melibatkan aku dlm masalah peribadinya? Dengan begitu bangga menghina aku, keluargaku juga beberapa pihak yg lain di laman twittermu?

MasyaAllah kawanku, jgnlah kamu terlalu megikut rasa nafsu dihati sehingga mengaku sendiri keburukan diri dan sedarkah kamu, kamu bukan saja telah menghina org lain dengan kata2 kotormu itu malah kamu sndiri tanpa sedar telah memalukan keluargamu, juga terus-terusan menunjukkan keburukan dirimu pd umum. Sedarkah kamu kwnku?

Dlm hidup yg singkat ini aku berpegang pada Agama dan prinsip. Aku memilih utk tidak memanjangkan hal ini dgn perbalahan tanpa kesabaran kerana kesabaran itu adalah senjata setiap muslim. Tiada kematangan/kebaikan dlm isu ini.

Jadi aku maafkan kamu atas segala tuduhan dan hinaan mu padaku juga keluargaku. Aku maafkan kamu kwn. Aku sedih melihat kita berbalah, memfitnah dalam dunia maya. Kita hidup tidak lama.. Mengapa perlu ditambah ‘bekalan yang tidak sepatutnya’ untuk dibawa ke ‘sana’..

“Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizhalimi itu tidak melampaui batas.” #sabda Rasulullah.

Akhir kata, Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kenyataan/luahan ku ini.

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

Semoga Ammar Alfian membaca tulisan Syamsul Yusof dan menginsafi perbuatannya. Kalau kecewa putus cinta pun, jangan libatkan orang lain. Tak ke gitu?

syamsul yusof

P.S: Dengan Ronasutra, masalah kulit muka yang sering menghantui anda pasti akan hilang. Malah anda boleh kelihatan cantik berseri seperti duta produknya, Vanidah Imran. Pasti ramai yang akan mengkagumi penampilan anda selepas menggunakan Ronasutra. Untuk maklumat lanjut, layari www.ronasutra.com dan LIKE Facebook Ronasutra.

April 24th, 2013

Beberapa hari yang lepas, Abang Nara pergi ke Subang Parade untuk membaiki telefon yang rosak. Sedang melilau mencari kedai, tiba-tiba Abang Nara ternampak sesuatu yang familiar. Ada Ronasutra rupanya di Subang Parade ini.

ronasutra

Kalau korang masih ingat, dulu Abang Nara pernah kongsikan artikel mengenai Ronasutra yang melantik Vanida Imran dan Lynda Roslan sebagai duta mereka.  Disebabkan teruja yang amat sangat, Abang Nara dengan pantas berlari-lari anak ke kedai Ronasutra ini.

ronasutraRupa-rupanya Ronasutra sedang mengadakan sesi makeup terhadap pelakon baru, Mimi Ernida, yang merupakan salah seorang pelakon drama Mukhlis yang akan ditayangkan tak lama lagi. Ronasutra merupakan penaja makeup untuk drama tersebut. Abang Nara terus memerhatikan kecekapan jurusolek, Mona Zuriati menata rias wajah Mimi Ernida menggunakan produk Ronasutra.

ronasutra

Selesai sahaja dimakeup, memang jelas terserlah kelainan di wajah Mimi . Ini kerana Ronasutra diperbuat 100% daripada bahan mineral semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Memang sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya buat mereka yang ada masalah kulit sensitive.

ronasutra

Inilah gambar sebelum dan selepas Mimi disolek. Menurut Mona, ini hasil solekan harian. Kalau untuk shooting drama memang kena apply lebih tebal untuk dapatkan wajah yang lebih flawless. Tapi yang paling bagus, walaupun pakai dengan tebal kulit tetap terasa ringan. Harap-harap lepas ni semakin banyaklah drama atau filem akan gunakan produk Ronasutra semasa shooting.

ronasutra

Abang Nara sempat bertanya kepada Mimi kenapa dia suka menggunakan Ronasutra. Katanya, kalau guna produk lain kena touch-up 2,3 kali dalam masa sejam. Tetapi dengan Ronasutra, itu semua tak perlu. Sekali touch up sahaja sudah cukup untuk shooting satu hari.

ronasutra

Abang Nara sempat ambil beberapa gambar produk Ronasutra untuk ditunjukkan kepada wife yang tercinta. Harganya tidaklah mahal sangat dan sangat berbaloi kerana boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama. Wife Abang Nara pun rasa teringin nak mencuba selepas Abang Nara terangkan kelebihan Ronasutra ini.

ronasutra

Kalau korang tak percaya kehebatan Ronasutra ini, sila tonton video testimonial oleh Mimi Ernida ini.

Dah teruja? Jangan lupa ke laman web www.ronasutra.com atau fanpage mereka yang kini sudah ada lebih 102,000 fans di https://www.facebook.com/Ronasutra.Official.Fan.Page untuk melihat produk-produk yang ditawarkan yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Abang Nara berani jamin korang akan berpuas hati dengan pembelian anda. Cubalah sekarang jugak!!!

January 10th, 2013

Setiap kali Abang Nara melihat wajah Vanidah Imran, pasti diri ini tertanya-tanya apakah rahsia Vanidah sentiasa kelihatan muda. Pasti ada rahsia di sebalik kemulusan, kecantikan dan kelembutan kulit wajah Vanidah. Daripada dulu sampai sekarang maintain cantik je.

vanida

Baru-baru ini, Vanidah Imran telah membongkar rahsia kecantikan dirinya. Rupa-rupanya Vanidah kini menggunakan produk kecantikan Ronasutra Mineral Makeup. Vanidah tertarik dengan kualiti dan keberkesanan produk tempatan ini dan apabila dilamar menjadi duta, Vanidah menganggapnya sebagai rezeki dan terus menerima peranan barunya dengan penuh yakin.

vanida

Selain daripada Vanidah, pendatang baru dalam industri seni iaitu Lynda Roslan turut sama dilantik menjadi duta produk Ronasutra ini. Untuk pengetahuan anda, Ronasutra Mineral Makeup adalah rangkaian produk solekan yang dihasilkan dari 100% bahan mineral. Jadi apabila mereka berjaya mendapatkan 2 wanita cantik dan terkenal sebagai duta mereka, pastinya produk yang dihasilkan sangat bermutu tinggi dan membawakan kesan seperti yang dijanjikan.

vanida

Ronasutra Mineral Makeup kini juga digunakan sebagai produk solek utama bagi beberapa drama tempatan yang akan datang seperti ‘Dalam Setiap Sujudnya’ (TV9) dan ‘Sehangat Asmara’ (Astro). Kalau anda selama ini tidak menjumpai produk yang sesuai dengan wajah anda, apa kata beranikan diri untuk mencuba Ronasutra.  Abang Nara pun nak suruh wife cuba produk ini.

vanida

Khas untuk pembaca BeautifulNara, Ronasutra kini menawarkan peluang bagi 5 orang pembaca untuk memenangi sesi makeover percuma bersama Lynda Roslan. Selain itu, 5 pembaca bertuah ini akan memenangi hamper Ronasutra bernilai RM200. Apa yang anda perlu lakukan cuma emailkan gambar serta nama, nombor IC, alamat dan nombor telefon anda ke [email protected] sebelum 15 Januari 2013 dengan tajuk “Beautifulnara-Ronasutra Contest“.

vanida

Jangan lepaskan peluang ini! Mana tahu wajah anda akan menjadi secantik Vanidah Imran dan Lynda Roslan. Confirm kekasih/suami akan bertambah-tambah sayangnya kepada diri anda. Untuk info lanjut, sila layari Facebook Ronasutra Official Fan Page.