August 16th, 2013

Satu langkah yang cukup bijak oleh Neelofa. Sememangnya kalau bergelar pelakon, Hollywood adalah tempat terbaik untuk mendalami ilmu lakonan itu sendiri. Tahun hadapan, Neelofa akan mengikuti sebuah kursus pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA), Amerika Syarikat.

neelofa

Kata Neelofa kepada Mstar Online:-

Insya-Allah pada awal tahun depan saya akan ke Amerika bagi menjalani kursus lakonan di NYFA. Memang sudah lama saya mahu ke Hollywood dan belajar di NYFA hanyalah satu titik permulaan. Memandangkan Liyana Jasmay pernah mengambil kursus di NYFA, saya ada juga tanya dia sedikit informasi terutamanya mengenai hal tempat tinggal.

neelofa

Abang Nara turut bersedih apabila Neelofa berkongsi bagaimana dirinya hampir berputus asa kerana gagal menangani tugasannya sebagai pelakon, pelajar dan businesswoman. Kata Neelofa:-

Diakui saya pernah hampir putus asa kerana tidak dapat memberi fokus dengan pelajaran dan pada masa sama ketika itu saya sedang sibuk dengan penggambaran filem Pilot Cafe (arahan Osman Ali). Bagaimanapun bila di fikir-fikirkan balik, ia hanya sementara. Lagipun sejak sekolah lagi, saya cemerlang dalam kesemua peperiksaan. Jadi takkan saya nak sia-siakan hasil usaha saya sebelum ini begitu sahaja Bagaimanapun Alhamdulillah, saya berjaya atasinya dengan membahagi masa antara kerja dan pelajaran sebaik mungkin

Biasalah tue awal-awal tak biasa dengan kerjaya. Secara jujur, semasa muda inilah Neelofa kena pulun habis-habisan. Masa tengah laku, ambil dan terokai mana-mana peluang yang ada. Kang dah tua nanti tak ada orang nak pulak. Apa pun, selamat hari raya kepada Neelofa Abang Nara ucapkan. Maaf zahir dan batin.
ronasutraP.S: Ronasutra semakin mendapat tempat dikalangan para wanita sekarang ini. Anda dah cuba? Jomlah… Ronasutra memastikan kulit wajah anda terus kekal sihat, cantik dan berseri. Sememangnya TERBUKTI berkesan dan harga pun berpatutan. Untuk maklumat lanjut, layari www.ronasutra.com dan LIKE Facebook Ronasutra.


Comments are closed.

Loading...