Written by AbangNara | January 10th, 2013

Setiap kali Abang Nara melihat wajah Vanidah Imran, pasti diri ini tertanya-tanya apakah rahsia Vanidah sentiasa kelihatan muda. Pasti ada rahsia di sebalik kemulusan, kecantikan dan kelembutan kulit wajah Vanidah. Daripada dulu sampai sekarang maintain cantik je.

vanida

Baru-baru ini, Vanidah Imran telah membongkar rahsia kecantikan dirinya. Rupa-rupanya Vanidah kini menggunakan produk kecantikan Ronasutra Mineral Makeup. Vanidah tertarik dengan kualiti dan keberkesanan produk tempatan ini dan apabila dilamar menjadi duta, Vanidah menganggapnya sebagai rezeki dan terus menerima peranan barunya dengan penuh yakin.

vanida

Selain daripada Vanidah, pendatang baru dalam industri seni iaitu Lynda Roslan turut sama dilantik menjadi duta produk Ronasutra ini. Untuk pengetahuan anda, Ronasutra Mineral Makeup adalah rangkaian produk solekan yang dihasilkan dari 100% bahan mineral. Jadi apabila mereka berjaya mendapatkan 2 wanita cantik dan terkenal sebagai duta mereka, pastinya produk yang dihasilkan sangat bermutu tinggi dan membawakan kesan seperti yang dijanjikan.

vanida

Ronasutra Mineral Makeup kini juga digunakan sebagai produk solek utama bagi beberapa drama tempatan yang akan datang seperti ‘Dalam Setiap Sujudnya’ (TV9) dan ‘Sehangat Asmara’ (Astro). Kalau anda selama ini tidak menjumpai produk yang sesuai dengan wajah anda, apa kata beranikan diri untuk mencuba Ronasutra.  Abang Nara pun nak suruh wife cuba produk ini.

vanida

Khas untuk pembaca BeautifulNara, Ronasutra kini menawarkan peluang bagi 5 orang pembaca untuk memenangi sesi makeover percuma bersama Lynda Roslan. Selain itu, 5 pembaca bertuah ini akan memenangi hamper Ronasutra bernilai RM200. Apa yang anda perlu lakukan cuma emailkan gambar serta nama, nombor IC, alamat dan nombor telefon anda ke [email protected] sebelum 15 Januari 2013 dengan tajuk “Beautifulnara-Ronasutra Contest“.

vanida

Jangan lepaskan peluang ini! Mana tahu wajah anda akan menjadi secantik Vanidah Imran dan Lynda Roslan. Confirm kekasih/suami akan bertambah-tambah sayangnya kepada diri anda. Untuk info lanjut, sila layari Facebook Ronasutra Official Fan Page.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

54 responses to Rahsia Kecantikan Vanidah Imran Dan Lynda Roslan Terbongkar!!!

  1. Anonymous says:

    mang bagus pn ronasutra niee…i loikkeee….1st :p

    0

    0
    • sunshine says:

      tak pnah tau pun make up ni..besh ya?

      0

      0
      • sembelit says:

        patut lantik A.Aida jadi model.die kan cantik sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

        0

        0
        • A. Aida Sangat Cantik says:

          A. Aida boleh jadi model klinik plastik surgeri, itupun jadi model gambar ‘sebelum’ bukannya ‘selepas’

          0

          0
      • Kak Cham Kuat Gosip & Tido says:

        ala..org kalau dh cantik x pyh pakai apae produk pun tetap cantik.. mcm kak cham. natural beauty kata org.. x payah susah2 habis duit beli produk mahal2.. just amalkan jamu2 je.. tetap “rapat”!

        0

        0
    • Anonymous says:

      sepatutnya a.aida tu sedar diri dan tiru mcm Vee ni.. takdelah nak pom pang pom pang bajet lawa

      0

      0
      • unduk says:

        aku suka aida khalida. kecantikan dia seiring usia. takde la nampak kulit dia ketat+tegang sangat. natural beauty. umur pun dah berapa kan. tak pun seniwati sarimah. dah berusia tetap cantik =)

        0

        0
        • loveONEW says:

          same la, minat gak ngn aida khalida..
          wajah dia tenang je, lembut je..
          sejuk mata memandang :)

          0

          0
        • Anonymous says:

          sutuju ngan ko.muka dia tak cucuk, bengkak2 pastu dia pakai tudung nampak lawa jer.pakai macam mana pun tetap lawa simple jer kut cara dia bertudung tapi lawa.

          0

          0
        • hany says:

          aida khalida mmg sgt natural beauty,soft spoken n blh rs aura hati yg bersih pd dia..pnh jd customer sy,sgt tenang bila berbual dgn dia..very humble person..very like her!

          0

          0
    • Linda Candydive says:

      Bedak ni mmg bagus pun. bila apply kt muka nmpak natural je. sgt b’baloi sbb bedak ni tahan lama. i beli bedak ni bln sept. lepas & smpai skang masih x habis2 g ^_^

      0

      0
    • amoi says:

      Model radiusite ni mmg dah cantik..pakai apa pun tetap cantik…sweet je nengok…

      0

      0
      • mamat says:

        alah.pakai makeup n edit gambar mmg la lawa.ade 1 gambar die ngan aizul tu, macam x make up.macam budak kampung biase je

        0

        0
        • SCHAWAL KUAT MENCAPUB says:

          yup..lynda ni sebenarnye biase aje..mukenye manis dan ramai wanita2 melayu yang manis rupenye..sape pun boleh jadi cantik mcm lynda kalo di solek & di pakaikan baju & tudung sponsor cantik2,,

          0

          0
        • C.R says:

          Edit jark tuh bukan segak pon

          0

          0
    • joyah.. says:

      iolah tu, org tu dah memang cantik dr dulu lg..

      varnida nih tgk depan byk jerawat batu..

      0

      0
  2. iphoneuser says:

    Promosi di blog la ni, bukan apa pun..

    0

    0
  3. Menyampah says:

    suka tengok vanida ni…manis n cantik muka dia…kalau ckp pn sopan jer….

    0

    0
    • Anonymous says:

      setuju. Vee cantik dan sopan, tak macam a.aida tu berlagak dan bajet cantik walaupun… eeiii tolonglah

      0

      0
    • cik bunga says:

      setuju!! huhu
      die terima proses khidupn.. manusia kn dari muda psti akan lalui tua..
      utk cntik ..tak smstinya nk kne bedah bagai ni..
      kdg2 kcntikn tu trletak pada hati..klau cntik hati.. maka cntik la wjah kita..

      0

      0
  4. Anonymous says:

    cantiknya pompuan y pakai tudung tu…..

    0

    0
  5. Diva says:

    nilah baru dikatakan cantik. sedap mata memandang.. takdela macam si a.aida tu berlagak cantik + berlagak..

    0

    0
  6. rona says:

    ooo…lynda roslan ke nama dia..
    dia model tudung radiusite.. beli tudung2 kat radiusite pon sbb terpengaruh tgk modelnya yg cantik ni..hehe
    dia pkai tudung camne pon sume cantik..bila beli sendiri pkai x cantik mcm tu pon..heheheh

    0

    0
  7. Yer dok says:

    Beautiful nara…
    Len kali nak paste gambar vanidah..make sure kat belakang jgn ada sk11, aku tak faham kenapa ronasutra lantik blogger yg malas study cam ko nih..dah terang2 sk11 kat belakang( entah2 vanidah cantik sbb sk11)…
    cari gambar lain lah…( g curi kat blog org len ker? )

    0

    0
  8. Bintang says:

    Seriously bukan nk kutuk produk tempatan…just want to share my experience. Aku pernah guna sekejap rona sutra ni…mmg cun laa bedaknyer. Buat muka x berminyak walaupun ko kat luar bekerja dr pg smpai ptg..tahan lama x cepat cair bila berpeluh. Cuma lama2 pakai, ia jd makin x sesuai kt kulit muka aku. Lama2 jerawat naik especialy kt bahagian muka yg ditutup dgn tudung contohnya di kawasan tepi pipi/sideburn turun ke dagu. Melampau-lampau jerawat naik dan aku terus stop penggunaannya. Now muka dh kembali normal xde jerawat. Kesimpulan, x semua kulit boleh pakai produk ni…so mana yg bru nk cuba pakai tu selow2 la tngok kulit sesuai ke tak…kalo sesuai mmg marvelous hasilnya…. ;)

    0

    0
  9. qila says:

    penipu..takdanya ronasutra tu bagus. mesti pakai produk lain. jgnler percaya

    0

    0
  10. oct1883 says:

    vanida imran ni memang semulajadi cantik.. tapi (correct me if i’m wrong) aku penah tengok dalam tv dia belakon cite apa ntah, close up kat muka dia macam ada bekas2 lubang jerawat.. sama macam husband dia gak si rashidi tu.. tapi kalau tepek make up ni memang bertambah cantik la muka dia.. :)

    0

    0
    • wewit says:

      mmg muke die mcm tu dulu, tp pas jd duta skII, dh ok. same mcm jee n sofia jane, dioerng duta2 skII. npk sgt sape y bertnggungjwab wat muke vanida cantik.

      0

      0
  11. halimah jongang says:

    vee mmg pguna tegar skII kan?setakat ronasutra tu x pandang pun dia kot..hagak2 la, celet sekali je ronasutra tu dah jd muda ke?menipu sgt

    0

    0
    • didie @ says:

      SK II tu produk penjagaan kulit bukan make up. Ronasutra ni make up. Ape daaaaaaaaaa……

      0

      0
      • Ooma says:

        Utk pengetahuan pihak berkenaan, SK2 ada make up jg.
        Boleh check kalau nak confirmkan

        0

        0
        • Ibu says:

          Bagi yang tak pecaya tu, tanyelah sendiri makeup artist yang mekapkan Vanida baru-baru ni memang dia akan bawak dan pakai bedak Ronasutra walaupun untuk photoshoot. Yang cakap banyak tu tak tau pon apa-apa. Fyi banyak artist yang pakai Ronasutra untuk lakonan seperti Fauziah Nawi, Rita Rudaini, Natasha Hudson. Macam mana aku tau? Sbb aku mekap artist!

          0

          0
  12. nazra says:

    oh si model Radiusite tu nama nya Lynda Roslan rupanya!

    0

    0
  13. Pendapatku says:

    Kalau guna make up..nara takleh lah cakap rahsia vanidah kelihatan muda…sbb..cantik ber make up semua org tau…kemagikkan make up noks…

    Lainlah..kalau ayat nyer

    Kepada pembaca BN yg nak kelihatan cantik seperti vanidah…cubalah produk make up….bla..bla…anda pasti akan teruja….tetttttttt

    0

    0
  14. Best ker Ronasutra ih..Pernah dengar iklan jew..:D

    0

    0
  15. Whadda F? says:

    Bagus lah Ronasutra ni RM40 jer tahan berbulan-bulan. Takdela habis RM4000 sebulan macam orang tu.

    0

    0
  16. cikikaka says:

    dah beli dah.. biase je.. mcm bedak2 lain jugak… :)
    tapi ini pendapat aku la.. lain org lain kesannya..

    0

    0
  17. mamat says:

    alah.pakai makeup n edit gambar mmg la lawa.ade 1 gambar die ngan aizul tu, macam x make up.macam budak kampung biase je.

    0

    0
  18. mia says:

    tahun lepas aku pakai ronasutra ni..memang best sebab x berminyak….tp bila lama2 pakai muka jadi gatal n jerawat naik…last2 behenti pakai ronasutra..pakai bedak bese jer…

    0

    0
  19. Missie Y says:

    ala rona sutra nie…oklah…but then again tengok la keserasian die

    0

    0
  20. falisha says:

    dh pnh pakai ronasutra ni, mula2 ja mcm ok..pastu naik jerawat, x yah la beli, wat hbs duit jer..beli bedak pixy lg berbaloi, ramai ja mak2 andam guna bedak pixy andam pengantin…cntk jer, harga pun berbaloi..

    0

    0
  21. mahsuri says:

    aku pakai rona sutera muka lama2 naik jerawat bnyk giler..pastu ada sunburn lg..mmg hitam legam muka aku..kena tgk keserasian kulit.tp bnyk jugak kawan2 aku pakai, ramai x ok..ok mula2 je

    0

    0
  22. Ratu minah jambu merah/ biru says:

    Vanida memang cantek dia memang ntural beauty….pompan yg pakai tudong ni sape pulak?

    0

    0
  23. Zali says:

    Nampak sangat nak menipu…. diorang tu dah memang cantik… dia baru kena lantik product nie… bukannya dia pakai product nie dari dulu lagi….

    0

    0
  24. mak minah says:

    Aku ada bli tapi tak pakai..simpan je,,tapi aku pakai bedak miyami je..lagi bagus..licin kulit aku,tanpa pakai blusher..

    0

    0
  25. zaia says:

    dorang dua nie cantik.ronasutra pun cantik.

    0

    0
  26. Ibu says:

    Ronasutra memang bagus and Vanida bukan sebarang endorse produk sebab kulit dia sensitif. Yang korang nak pakai bedak indon pixy and bedak miyami tu seme banyak chemical. Org yg pakai mineral makeup mcm Ronasutra tu sebab tanak pakai chemicals kat muka. Aduhh penat baca komen org2 kg yang tak paham konsep mineral makeup nih…

    0

    0
  27. Anonymous says:

    dah beli,,,, tp bile pakai macam x pkai bedak je.

    kesimpulan : TAK LIKE!

    0

    0
  28. suka tgk says:

    ayoyoyo abg nara..ni bukan nya rahsia..dia jadi duta sbb kulit dia maintain chanteksss…produk ni BARU wujud! yg kita nak tau apa dia buat dgn kulit dia slama ni smpai maintain je..klau dapat info yg ni baru lah boleh nak kata RAHSIA.

    0

    0