June 30th, 2020

Mengakui hidup sebagai seorang selebriti pasti berdepan kritikan dan pandangan negatif terutamanya daripada netizen di media sosial, pelakon sensasi Risteena Munim, enggan menjadikan sikap negatif individu lain punca dirinya tidak gembira.

risteena munim bahgaia

Menurut Risteena, beliau mengambil pendekatan untuk sentiasa belajar memaafkan orang lain. Hal ini kerana, kakak kepada pelakon Ruhainies ini berkata, cukup sekadar tidak membuat jahat kepada orang lain merupakan kunci dirinya bahagia.

Advertisement

“Asalkan kita tak buat jahat pada orang dan sentiasa maafkan orang sudah cukup membuatkan hidup saya bahagia.”

risteena munim bahgaia

Ditanya berkenaan perkembangan persiapan perkahwinan, Risteena menegaskan beliau dan tunangnya Isa Khan masih belum memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan hari bahagia itu.

Tambah Risteena, dirinya belum membuat apa-apa persiapan khusus untuk majlis perkahwinan mereka.

“Jika semuanya okay, kami akan plan semula secepatnya dan kami akan umumkan juga tarikhnya apabila sudah ada nanti.”

Advertisement

risteena munim bahagia

Untuk rekod, Risteena dan Isa telah melangsungkan pertunangan pada 23 November tahun lalu di Bali, Indonesia. Pasangan ini juga dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.

Terdahulu, selepas genap setahun perkenalan, Risteena menerima kejutan hadiah kereta mewah dengan nombor pendaftaran istimewa daripada tunang tercinta. Ujar Risteena, hadiah tersebut membuktikan Isa merupakan seorang insan yang kuat bekerja dan berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati demi kebahagiaan hidupnya.

Sumber: Gempak

Advertisement
November 1st, 2019

Sebelum ini nama pelakon Isa Khan dan Risteena Munim tidaklah begitu mendapat perhatian ramai. Namun, sejak kebelakangan ini gosip percintaan mereka berdua cukup hangat diperkatakan. Sorok macam mana sekalipun, ramai yang dapat menghidu mereka sememangnya sedang dilamun cinta.

isa khan risteena

Terbaru, Isa menerusi akaun Instagramnya memuat naik gambar intim bersama seorang wanita di pangkuannya yang didakwa peminat sebagai Risteena.

Advertisement

Foto tersebut memperlihatkan aktor itu mencium kepala kekasihnya dengan kapsyen romantis, berjanji akan melindungi dan menyayangi kekasih hatinya itu dengan sepenuh hati.

isa khan risteena munim bercinta

Pada masa yang sama, Isa memohon maaf kepada rakan media kerana belum bersedia memberikan sebarang kenyataan mengenai hubungannya itu.

Terdahulu, hubungan Isa dan Risteena menjadi buah mulut ramai apabila aktres itu sendiri memuat naik foto dan video mesra bersama seorang lelaki. Risteena juga pernah memuat naik foto bersama Isa dan kakak pelakon itu, Farali Khan dengan kapsyen ‘Family’.

risteena munim isa khanCounting days katanya, jika benar sedang bahagia dan mencintai antara satu sama lain apa salahnya untuk memberitahu kepada umum. Tidaklah timbul spekulasi ataupun mengundang fitnah.

Advertisement
October 24th, 2019

Mungkin sebelum ini pelakon Risteena Munim kurang mendapat perhatian ramai, namun sejak beberapa hari ini namanya hangat diperkatakan gara-gara gosip cinta.

risteena munim

Tindakannya memuat naik video romantik aksi seorang lelaki menyuapkannya makanan menimbulkan tanda-tanya. Malah, Risteena juga mengikut jejak langkah sama seperti adiknya, Ruhainies dengan menutup wajah kekasihnya daripada dilihat oleh netizen.

Advertisement

 

Terbaru, Risteena dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon Isa Khan. Menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila pelakon wanita itu memuat naik foto bersama Isa Khan dan kakaknya,Farali Khan berserta kapsyen ‘Family’. Namun, foto itu sudah dipadam.

Foto mesra bersama

risteena munim isa khanristeena munim isa khanisa khan risteena munim

Isa Khan turut memuat naik video mesra mencubit pipi seorang wanita yang jelas kelihatan seperti Risteena.

Risteena didakwa tidak jadi berkahwin

risteena munimDifahamkan sebelum ini Risteena pernah memaklumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihannya, Ikhwan Khairuddin pada November tahun ini selepas enam tahun bercinta. Bagaimanapun, ada sumber mengatakan hubungan cinta mereka sudah terlerai.

Jadi, ada apa-apa ke Risteena dan Isa Khan? Kalau betul dah ‘single’ dan sedang hangat bercinta, apa salahnya kalau umumkan, tidak ada lah timbul sebarang spekulasi ataupun fitnah nanti. Harap tuan empunya badan dapat tampil menjawab segala persoalan.

Sumber Berita : Harian Metro & Astro Gempak

Advertisement