June 30th, 2020

Mengakui hidup sebagai seorang selebriti pasti berdepan kritikan dan pandangan negatif terutamanya daripada netizen di media sosial, pelakon sensasi Risteena Munim, enggan menjadikan sikap negatif individu lain punca dirinya tidak gembira.

risteena munim bahgaia

Menurut Risteena, beliau mengambil pendekatan untuk sentiasa belajar memaafkan orang lain. Hal ini kerana, kakak kepada pelakon Ruhainies ini berkata, cukup sekadar tidak membuat jahat kepada orang lain merupakan kunci dirinya bahagia.

Advertisement

“Asalkan kita tak buat jahat pada orang dan sentiasa maafkan orang sudah cukup membuatkan hidup saya bahagia.”

risteena munim bahgaia

Ditanya berkenaan perkembangan persiapan perkahwinan, Risteena menegaskan beliau dan tunangnya Isa Khan masih belum memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan hari bahagia itu.

Tambah Risteena, dirinya belum membuat apa-apa persiapan khusus untuk majlis perkahwinan mereka.

“Jika semuanya okay, kami akan plan semula secepatnya dan kami akan umumkan juga tarikhnya apabila sudah ada nanti.”

Advertisement

risteena munim bahagia

Untuk rekod, Risteena dan Isa telah melangsungkan pertunangan pada 23 November tahun lalu di Bali, Indonesia. Pasangan ini juga dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.

Terdahulu, selepas genap setahun perkenalan, Risteena menerima kejutan hadiah kereta mewah dengan nombor pendaftaran istimewa daripada tunang tercinta. Ujar Risteena, hadiah tersebut membuktikan Isa merupakan seorang insan yang kuat bekerja dan berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati demi kebahagiaan hidupnya.

Sumber: Gempak

Advertisement

9 responses to “Sentiasa Memaafkan Orang Merupakan Rahsia Risteena Munim Kekal Bahagia”

  1. Piapiana says:

    i think she’s prettier than her other sister..good luck in marriage…

  2. Anonymous says:

    ini semua poyo hurmmmmmmmm

  3. bosan cerita risteena says:

    sudah2 la cerita pasal org tengah angau ni.. tengah angau semua pon bagus… baca beautifulnara da macam tengok ig risteena je. cerita lain la pula.

  4. Anonymous says:

    Aku pun cakap.nant bila kahwin gaduh ..kena belasah.maaf Kan aja.x apa2 yg berlaku

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...