Mungkin sebelum ini pelakon Risteena Munim kurang mendapat perhatian ramai, namun sejak beberapa hari ini namanya hangat diperkatakan gara-gara gosip cinta.
Terbaru, Risteena dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon Isa Khan. Menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila pelakon wanita itu memuat naik foto bersama Isa Khan dan kakaknya,Farali Khan berserta kapsyen ‘Family’. Namun, foto itu sudah dipadam.
Foto mesra bersama
Isa Khan turut memuat naik video mesra mencubit pipi seorang wanita yang jelas kelihatan seperti Risteena.
Risteena didakwa tidak jadi berkahwin
Difahamkan sebelum ini Risteena pernah memaklumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihannya, Ikhwan Khairuddin pada November tahun ini selepas enam tahun bercinta. Bagaimanapun, ada sumber mengatakan hubungan cinta mereka sudah terlerai.
Jadi, ada apa-apa ke Risteena dan Isa Khan? Kalau betul dah ‘single’ dan sedang hangat bercinta, apa salahnya kalau umumkan, tidak ada lah timbul sebarang spekulasi ataupun fitnah nanti. Harap tuan empunya badan dapat tampil menjawab segala persoalan.
korok
October 29, 2019 at 9:21 am
halah halah ni sekor lagi…berlakon pun sendu…xyah sorok la xda sapa nak tau la…adik beradik sakai giler glamer…kesian…
Anonymous
October 25, 2019 at 10:21 am
aloh isa khan pun nak sorok ke
Anonymous
October 25, 2019 at 8:19 am
berlakon tak kemana, nama naik sebab gosip je. so cheap