Sebelum ini nama pelakon Isa Khan dan Risteena Munim tidaklah begitu mendapat perhatian ramai. Namun, sejak kebelakangan ini gosip percintaan mereka berdua cukup hangat diperkatakan. Sorok macam mana sekalipun, ramai yang dapat menghidu mereka sememangnya sedang dilamun cinta.
Terbaru, Isa menerusi akaun Instagramnya memuat naik gambar intim bersama seorang wanita di pangkuannya yang didakwa peminat sebagai Risteena.
Foto tersebut memperlihatkan aktor itu mencium kepala kekasihnya dengan kapsyen romantis, berjanji akan melindungi dan menyayangi kekasih hatinya itu dengan sepenuh hati.
Pada masa yang sama, Isa memohon maaf kepada rakan media kerana belum bersedia memberikan sebarang kenyataan mengenai hubungannya itu.
Terdahulu, hubungan Isa dan Risteena menjadi buah mulut ramai apabila aktres itu sendiri memuat naik foto dan video mesra bersama seorang lelaki. Risteena juga pernah memuat naik foto bersama Isa dan kakak pelakon itu, Farali Khan dengan kapsyen ‘Family’.
Counting days katanya, jika benar sedang bahagia dan mencintai antara satu sama lain apa salahnya untuk memberitahu kepada umum. Tidaklah timbul spekulasi ataupun mengundang fitnah.

Anonymous
November 4, 2019 at 9:56 am
tuhan kirim kain kapan untuk ko… belum kahwin g dah cium2.. haishhh
Anonymous
November 2, 2019 at 5:41 pm
Belum kawin semua indah…kawin sj kita start kira brp lama. Itu lah dunia artis.
Anonymous
November 1, 2019 at 4:51 pm
Knp?diq malaysian ke?mati2 aku ingat indon kot..bapak ahhhh??
Chohkri Yulis.
November 1, 2019 at 4:28 pm
X kot…slain Isa ada lg sorang adik lelaki blakon sna….3 bradik laki semua…
Anonymous
November 1, 2019 at 2:58 pm
isa ni pun dh menetap kt indonesia gk ke sama cm abg dia miller tu? knapa aku baca caption dia aku plak yg cm ckp dlm bahasa indon