Written by Bella | July 23rd, 2019

Spekulasi mengenai status perkahwinan bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab selepas pihak peguam mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sah bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.

Menerusi muat naik terbaru di akaun Instagram, Rihana meluahkan rasa terharu  sehingga mengeluarkan air mata kerana menerima sokongan rakyat Malaysia.

Tambahnya lagi, dia berasa banggga apabila darah Malaysia mengalir dalam tubuh anaknya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra dan sanggup melakukan apa sahaja untuk cahaya mata kesayangannya itu.

Terdahulu, desas-desus mengenai perceraian Sultan Muhammad V dan Rihana hangat diperkatakan selepas foto sijil perceraian mereka mula tersebar. Sijil tersebut dilengkapi dengan nombor siri, turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Written by Bella | July 20th, 2019

Nampaknya teka-teki dan segala spekulasi mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab.

Hari ini, menerusi kenyataan terkini, peguam mewakili Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.

Menurut peguam tersebut, pihaknya telah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak guaman Ratu Cantik Moscow itu.

Terdahulu, desas-desus mengenai perceraian Sultan Muhammad V dan Rihana hangat diperkatakan selepas foto sijil perceraian mereka mula tersebar. Sijil tersebut dilengkapi dengan nombor siri, turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Hasil perkahwinan, Sultan Muhammad V dan Rihana Oksana dikurniakan putera sulung yang diberi nama, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 22 Mei lalu.

Sumber Berita : Sinar Harian

Written by Bella | July 18th, 2019

Sehari selepas pihak Istana Kelantan mengeluarkan kenyataan tiada sesiapa yang boleh menggunakan gelaran Permaisuri Kelantan atau Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi, Rihana Oksana tampil membuat kejutan lagi apabila memuat naik video temu ramah eksklusif, memaparkan kehidupannya dengan Sultan Kelantan.

Dalam video itu, Rihana meluahkan rasa cinta begitu mendalam buat suaminya itu dan mahu hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Sedutan video tersebut menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan dikalangan netizen, apatah lagi dengan beberapa khabar angin yang sedang hangat diperkatakan mengenai perkahwinan Rihana itu.

Terdahulu, Istana Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa segala sumber berita adalah tidak sah, melainkan ia diumumkan oleh pihak istana sendiri dan menasihati orang ramai serta pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial.

Apa-apa pun, kami harap netizen tidak terus membuat lebih banyak spekulasi. Kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada pihak Istana.

Written by Bella | July 17th, 2019

Umum mengetahui mengenai kewujudan akaun Instagram menggunakan nama Rihana Petra mendakwa sebagai Permaisuri Kelantan dan telah berkongsi kisah peribadi serta beberapa foto bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Setelah 8 bulan mendiamkan diri, akhirnya pihak Istana Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa segala sumber berita adalah tidak sah, melainkan ia diumumkan oleh pihak istana sendiri.

Istana Kelantan menyeru agar rakyat tidak mudah mempercayai segala maklumat daripada Instagram berkenaan yang rancak dan mula mendapat perhatian ramai setelah berkongsi segala kisah peribadi mengaitkan nama Sultan Muhammad, termasuk membuat pengumuman mengatakan anak yang dilahirkan bakal menjadi Putera Mahkota Kelantan.

Tiada siapa boleh menggunakan gelaran

Permaisuri tanpa sebarang pengumuman rasmi

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

Pihak istana menasihati orang ramai dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial. Ia boleh  mencetuskan kekeliruan dan salah faham.

Sumber Berita & Foto : Bernama