Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Istana Kelantan Keluar Kenyataan, Tidak Boleh Guna Gelaran Permaisuri Tanpa Pengumuman Rasmi

Umum mengetahui mengenai kewujudan akaun Instagram menggunakan nama Rihana Petra mendakwa sebagai Permaisuri Kelantan dan telah berkongsi kisah peribadi serta beberapa foto bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Advertisement

Setelah 8 bulan mendiamkan diri, akhirnya pihak Istana Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa segala sumber berita adalah tidak sah, melainkan ia diumumkan oleh pihak istana sendiri.

Istana Kelantan menyeru agar rakyat tidak mudah mempercayai segala maklumat daripada Instagram berkenaan yang rancak dan mula mendapat perhatian ramai setelah berkongsi segala kisah peribadi mengaitkan nama Sultan Muhammad, termasuk membuat pengumuman mengatakan anak yang dilahirkan bakal menjadi Putera Mahkota Kelantan.

Tiada siapa boleh menggunakan gelaran

Permaisuri tanpa sebarang pengumuman rasmi

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

Pihak istana menasihati orang ramai dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial. Ia boleh  mencetuskan kekeliruan dan salah faham.

Sumber Berita & Foto : Bernama

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 Comments

  1. YM TengkuZah

    July 21, 2019 at 5:40 pm

    Aku mmg menyampah meluat dengan Si Sultan Kelantan yang gatal miang ni…ko awal2 dah tahu Rihana tu perempuan macamana…don’t tell me ko taktahu. At first place mesti ko dah janji intan permata kat perempuan tu sbb ye la nak kahwin Russian kan. Pastu ko yang kononnye satu Malaysia tahu alim warak tak pasal2 bole kahwin kat Russia senyap2 ala2 zoo circus siap cium molot bagaii tak ingat. Pastu tetibe letak jawatan tak announce apa semua bagai. Tetiba tau bini ko dah beranak lepastu elok pulak ko cerai dia talak 3….yo Bro bangkit la jadi lelaki jadi Sultan jangan buat bodo that lady was ur ex wife kut u have decided to marry her sendiri pilih nobody to blame except urself man!!!!!! Look now orang dah speculate anak tu anak sape kenapa cerai talak 3 orang hina ex wife ko kow2 siap ngan baby tu kene. Ape kejadahnya ko boleh buat diam je….aku yakin lepas ni orang mmg takkan hormat kau lagi. This will be a huge lesson to learn in history….better come out n clear all this mess man!!!! Perbuatan ni memang sangat memalukan institusi perlembagaan diraja mesti raja2 lain pandang serong towards U n people of Kelantan juga kene gara2 tindakan U mendiamkan diri macam ni. Please….be A MAN

  2. Kebilkebil

    July 18, 2019 at 9:24 pm

    Kesian kat rakyat, dari kahwin smpi beranak, smpi cerai semua tak de jawapan. Tak nak khabar angin bagi tau la hal sebenar.

  3. Anonymous

    July 18, 2019 at 8:25 pm

    Aku rasa macam kes curang ka buat benda pelik2.maybelah kan.xkanlah sultan kelantan saja2 dah perabih duit belambak,pastu nak cerai mcm tu ja.hampa pikiaq tengok.xkanlah pasai kisah silam dia cerai,yg kawin tu sultan kot,xkan dia x siasat.mestilah dia sayang bini n anak dia.aku rasa dia x kawin diam2,kalu kawin diam2 mesti x buat kenduri kat hotel kan,habis2 akad nikah jer dlm bilik.dlm islam mana ada isteri simpanan.pandai2 ja hampa nie.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top