Spekulasi mengenai status perkahwinan bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab selepas pihak peguam mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sah bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.
Menerusi muat naik terbaru di akaun Instagram, Rihana meluahkan rasa terharu sehingga mengeluarkan air mata kerana menerima sokongan rakyat Malaysia.
Tambahnya lagi, dia berasa banggga apabila darah Malaysia mengalir dalam tubuh anaknya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra dan sanggup melakukan apa sahaja untuk cahaya mata kesayangannya itu.
Terdahulu, desas-desus mengenai perceraian Sultan Muhammad V dan Rihana hangat diperkatakan selepas foto sijil perceraian mereka mula tersebar. Sijil tersebut dilengkapi dengan nombor siri, turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Lizz
July 26, 2019 at 10:01 pm
Kita tak payah la sibuk buka aib org..sbgi prmpuan saya simpati jga dgn oksana,bru kawin dh kna cerai ..klu btul sultan k sayang n cinta oksana,dia tak kan cerai mcmtu je.sptutnya bimbing la oksana ke jln yg btul,lebih2 lagi dia mualaf..dh jdi suami isteri ni jgn lah ungkit kisah silam pasangan.tu yg jadi api dlm rumahtangga.
Kamal karim
July 25, 2019 at 12:57 am
Semuanya cari dosa ,berckp mcm semua tahu.adoi manusia , tk takut ke balasan untuk org yg buka aib org ni.bertaubat laaa…..jg tepi kain sendiri ,sebelum nk jg tepi kain org tu.