March 26th, 2019

Pasangan merpati dua sejoli Fasha Sandha dan Aidil Aziz sebelum ini memberitahu mereka bakal berkahwin pada penghujung Mac ini. Bagaimanapun, tarikh sebenar pernikahan mereka tidak diumumkan.

Terbaru, khabarnya majlis raja sehari mereka akan berlangsung pada hujung minggu ini. Mereka bakal bernikah di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.

Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada 6 April ini dengan tema tradisional dan ala kampung.

Teruja dapat mengadakan majlis resepsi di kampung halamannya, Aidil memberitahu beliau dan Fasha menjemput 5000 orang tetamu trermasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 18 November tahun lalu.

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Sumber Berita : Astro Gempak

March 22nd, 2019

Penghujung Mac ini, pelakon Fasha Sandha bakal bernikah dengan tunang tecinta, Aidil Aziz. Bersempena dengan hari istimewa itu, rakan baiknya, Datin Seri Nur Shahida telah mengadakan majlis kejutan hari lahir buat Fasha.

Majlis hari jadi itu diadakan 10 hari lebih awal kerana mahu meraikan Fasha yang bakal melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi.

Menerusi akaun Instagramnya, Fasha meluahkan rasa gembira dan terharu sekali dengan kejutan yang dilakukan oleh Shahida dan beberapa rakan rapat yang lain.

Jelas terpancar betapa seronoknya Fasha dapat meraikan momen indah sebelum berkahwin bersama orang tersayang. Semoga segala perancangan pernikahannya berjalan dengan lancar.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar ‘surprise birthday party’ Fasha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

March 21st, 2019

Beberapa hari sahaja lagi pelakon Fasha Sandha akan diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Aidil Aziz selepas mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.

Agak lama juga hidup bersendirian sebagai ibu tunggal, Fasha menerusi akaun Instagramnya meluahkan perasaan sedih dan sebak kerana bakal meninggalkan status janda.

Membaca luahan hati Fasha itu, peminatnya menerusi ruangan komen memberikan kata-kata semangat buatnya, mendoakan rumah tangga yang dibina berkekalan sehingga ke syurga. Menurut mereka,  Fasha sepatutnya gembira bertemu jodoh dengan lelaki yang cukup mencintai dan boleh menerima dirinya seadanya.

Fasha dan Aidil akan bernikah pada penghujung Mac ini. Majlis resepsi pihak lelaki bakal diadakan 6 April depan di Rembau, Negeri Sembilan. Pasangan ini menjemput 5000 orang tetamu termasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Kredit Foto & Video : Instagram Azura Couture

March 12th, 2019

Macam pinang dibelah dua, pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang menghitung hari untuk bergelar suami isteri tidak lama lagi berkesempatan untuk mengabdikan momen indah penuh rasa cinta menerusi foto dan video pra perkahwinan.

Mengenakan busana perkahwinan serba putih rekaan eksklusif, Azura Couture, ia menaikkan lagi seri bakal pengantin ini.

Rata-rata netizen sudah tidak sabar dan teruja menantikan majlis raja sehari Fasha dan Aidil.

Tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua selebriti ini, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Kredit Foto & Video : Instagram Azura Couture