March 21st, 2019

Beberapa hari sahaja lagi pelakon Fasha Sandha akan diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Aidil Aziz selepas mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.

Agak lama juga hidup bersendirian sebagai ibu tunggal, Fasha menerusi akaun Instagramnya meluahkan perasaan sedih dan sebak kerana bakal meninggalkan status janda.

Membaca luahan hati Fasha itu, peminatnya menerusi ruangan komen memberikan kata-kata semangat buatnya, mendoakan rumah tangga yang dibina berkekalan sehingga ke syurga. Menurut mereka,  Fasha sepatutnya gembira bertemu jodoh dengan lelaki yang cukup mencintai dan boleh menerima dirinya seadanya.

Fasha dan Aidil akan bernikah pada penghujung Mac ini. Majlis resepsi pihak lelaki bakal diadakan 6 April depan di Rembau, Negeri Sembilan. Pasangan ini menjemput 5000 orang tetamu termasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Kredit Foto & Video : Instagram Azura Couture


24 responses to “Beberapa Hari Menjelang Hari Pernikahan, Fasha Sandha Sedih Tinggalkan Status Janda”

  1. wekkkkk says:

    cali jua kau ani eh. kalau sedih jangan pulang kau kawin. menjanda tah sampai nanti. syukur sudah tu ada orang bguna kan kau

  2. Bootipoolnara says:

    Kau ni masa cerai dulu tak bersyukur allah swt tu dah lepaskan kau dari org yg salah, masih nak play victim. Sekarang sampai nak kahwin sekali lagi, allah swt mungkin dah bagi jodoh yg terbaik pun tak bersyukur jugak. Apo la ey minah sandha ni.. ke kau kena kahwin paksa sebenarnya ni?

Loading...