Written by serenity | September 3rd, 2015

Ashraf Muslim, pendakwah dan penerbit drama telah berkahwin dengan Noor Dayana Lokman, seorang doktor dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, bekas wartawan televisyen. Anak pertama keluarga ini ialah Sarah Ashraf dari perkahwinan Ashraf bersama Wan Sakinah. Kini, keluarga ini sedang menanti kelahiran anak kedua dan ketiga iaitu anak kedua dengan Wan Sakinah, dan anak pertama dengan Noor Dayana.


 photo 10384837_10153629998877650_1361539393704381149_n.jpg

Melalui gambar kehamilan hasil bidikan The Photolicious ini, kebahagiaan ahli-ahli keluarganya jelas terserlah. Mungkin pelbagai persiapan telah dibuat untuk menyambut kelahiran dua orang anak ini nanti. Tak sabar-sabar nak tengok wajah ahli-ahli baru yang bakal menganggotai keluarga Ashraf Muslim.

Kehamilan Wan Sakinah telah mencecah lapan bulan manakala Dayana sedang hamil empat bulan.

Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Nikmati keindahan alunan petikan Sape dan pelbagai aktiviti lain yang menarik melalui Baram Sape Master di Jabatan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 1 September 2015

 
Written by Bella | August 28th, 2015

Umum mengetahui bahawa Ashraf Muslim bakal menimang dua cahaya mata pada tahun ini selepas isteri pertama beliau Noor Dayana Lokman telah sah mengandung selepas beberapa tahun berkahwin. Malah, isteri kedua  beliau, Wan Sakinah juga sedang hamil anak mereka yang kedua.

Baru-baru ini, Ashraf ada memuat naik foto kedua isterinya di Instagram dengan kapsyen yang memohon doa agar segala proses semasa bersalin berjalan dengan lancar.

Melalui foto itu juga, jelas kelihatan baby bump  Dayana yang kini sedang hamil 4 bulan manakala Sakinah pula sedang hamil 8 bulan.

Alhamdulillah.. Hanya hatiku yg tahu betapa bersyukurnya aku pada Allah dgn setiap kehendakNya. Hanya SABAR yg mengajar erti kehidupan yg lebih bermakna.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa isteri2ku, tenangkanlah hati mereka setiap masa, jgn sesekali beri mereka kesakitan semasa, sewaktu dan selepas melahirkan anak, janganlah ada komplikasi pada mereka, permudahkan segala urusan, lindungilah mereka dalam apa jua keadaan, lahirkanlah anak kami sihat tubuh bdnya, sempurna sifatnya, baik akhlaknya dan hidupnya kelak hanya untukMu Ya Allah.

Memang sudah terserlah baby bump masing-masing dan tenang kami melihat kebahagiaan mereka sekeluarga. Harapnya Ashraf Muslim akan terus berlaku adil kepada Noor Dayana dan Wan Sakinah sehingga akhir hayat mereka. Besar tanggungjawab untuk membimbing dua orang isteri.  Apa-apapun semoga segalanya berjalan dengan lancar nanti.

Written by Bella | August 21st, 2015

Baru-baru ini, berita isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokmah sudah disahkan hamil selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga nyata mendapat perhatian ramai dan rata-rata mendoakan agar kandungan itu sihat. Lebih menggembirakan lagi, isteri kedua beliau Wan Sakinah juga sedang sarat mengandung.

Bakal menyambut dua cahaya mata pada tahun ini, Ashraf akui ia bukan satu perkra yang mudah kerana beliau harus meletakkan kepentingan kedua-dua isterinya itu dengan sama rata.

Isteri pertama saya Dayana akan melahirkan anak pertama kami pada Disember nanti, manakala isteri kedua saya Sakinah pula bulan depan. Saat ini semuanya baik-baik sahaja. Cuma sebagai suami sedikit cabaran sebenarnya dalam menjaga dua hati wanita mengandung ini.

Berbicara soal hubungan Dayana dan Wan Sakiha, mereka berdua mempunyai hubungan yang cukup harmoni dan Wan Sakinah yang mempunyai pengalaman melahirkan anak sebelum ini  banyak membantu Dayana dalam segala persiapan untuk menyambut anaknya nanti.

Soal persiapan, kami buat bersama-sama. Malah, tidak ada masalah buat saya dan isteri-isteri saya keluar dan membeli persiapan bayi bersama. Malah dalam suatu keadaan Sakinah juga tidak lupa untuk berkongsi pengalamannya dengan Dayana.

Bagi saya sebagai suami keadaan ini sangat bahagia sebenarnya, selepas apa yang kami lalui bersama ini adalah hikmah yang dijanjikan Allah buat kami.

Kami pasti ramai lelaki di luar sana yang menginginkan kehidupan seperti Ashraf yang mempunyai dua orang isteri. Walaubagaimanapun, beliau menegaskan seorang lelaki itu harus mempunyai sifat sabar yang kuat dalam diri agar mereka boleh berlaku adil dan menjaga hati isteri-isteri mereka dengan baik.

Melihat pada kebahagiaan rumah tangga Ashraf Muslim dan isteri-isterinya kini, kami rasa tidak perlu lagi ada pihak yang memberikan komen negatif atas kisah lalu. Doakan semoga kedua-duanya dapat melahirkan anak dengan lancar dan dilimpahkan dengan kasih sayang.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by serenity | August 7th, 2015

Masih ingat dengan entri BN tentang komen yang mengatakan Noor Dayana Lokman, 28, isteri kepada Ashraf Muslim sudah hamil? Melalui portal Murai, Ashraf telah mengesahkan bahawa isteri pertamanya itu telah empat bulan mengandung anak pertama mereka.
dayana ashraf muslim hamil

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini.

Ashraf memberitahu dia tidak mengesahkan mengenai kehamilan Dayana di peringkat awal kerana sebab tertentu.

Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya. Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil.

Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka.

ashraf muslim
Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah. 

Anak pertama Ashraf dengan Wan Sakinah, Sarah Ashraf telah berusia satu tahun.

Apa pun tahniah diucapkan buat mereka bertiga. Makin meriah keluarga ini nanti dengan pertambahan dua ahli baru. Semoga segalanya dipermudahkan sehingga tiba waktu kelahiran.

More activities More fun, lets join us #KLLGF2015

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 6 August 2015