Written by Bella | January 6th, 2016

Empat tahun menantikan kehadiran cahaya mata, pasangan Ashraf Muslim dan isteri pertamanya Noor Dayana akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf sekitar bulan Disember tahun lepas.

Baru-baru ini, satu majlis tahnik telah diadakan bersempena kelahiran Anas yang diadakan di kediaman bapa Dayana, Haji Lokman yang terletak di Sg Pusu Gombak.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Tahlil dan selawat sebelum acara tahnik.

Berikut beberapa lagi foto yang dikongsikan oleh Haji Lokman sendiri di akaun Instagramnya semasa majlis tahnik berlangsung.

 
Written by Bella | December 22nd, 2015

Selama empat tahun Ashraf Muslim dan isteri pertamanya Noor Dayana menanti detik untuk dikurniakan dengan cahaya mata dan berkat kesabaran mereka berdua, Allah SWT telah mengurniakan seorang bayi lelaki apabila Dayana selamat melahirkan anak pertama mereka pada 10 Disember lepas.

Diberi nama Anas Ashraf Bin Mohd Ashraf, bayi tersebut tidak pernah lekang dengan senyuman. Malah, melihat wajahnya ketika tidur juga boleh membuatkan hati ini merasa sungguh tenang.

Jom layan 4 lagi foto Anas dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | December 11th, 2015

Ister pertama Ashraf Muslim, Npor Nayana Lokman telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.85 kg semalam. Perkara itu diberitakan oleh bapa Dayana, Haji Lokman Abdul Hamid diakaun Facebooknya.


 photo 12360004_390590444483408_6285767197267438920_n.jpg
 photo 12313906_390590467816739_9119580564052577617_n.jpg

Kelahiran Permata Hati yg baru
Assalamualaikum wbrt
Kami sekeluarga sujud syukur kpd Allah swt atas kelahiran permata hati yg baru. Petang tadi anak saya Noor Dayana selamat melahirkan putera pertama dia, baby boy 2.85 kg. Tahniah kpd Dayana dan Ashraf.
Kehadiran cucu kedua ini memang dinanti-nantikan sekian lama dan kami sekeluarga bersyukur kpd Allah swt atas kelahiran cucu yg kedua ini. Ameen ameen ameen.
Hj Lokman
10 Dec 2015

Bayi ini merupakan anak pertama Dayana bersama Ashraf. Ashraf sebelum ini mempunyai dua orang anak dengan isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Tahniah dari kami di BeautifulNara.

Pementasan penutup tirai Semarak Bangsawan 2015 akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Teja Kuala Lumpur dengan naskhah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 7 December 2015

Written by Bella | September 21st, 2015

Tanggal 14 September lepas merupakan hari yang cukup gembira buat Ashraf Muslim dan isteri keduanya Wan Sakinah yang menerima cahaya mata kedua mereka sekitar jam 1 pagi.

Hanya selepas satu minggu dilahirkan, akhirnya Ashraf Muslim telah mendedahkan nama anaknya iaitu Adam Ashraf Bin Mohd Ashraf di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut Ashraf didalam satu lagi muat naik beliau di laman tersebut, anaknya itu telah ditahnik oleh Habib Ali Zainal Abidin di Masjid TTDI. Wah, rezeki Adam dapat ditahnik kan oleh ilmuan Islam yang cukup terkenal.

Semoga Adam Ashraf menjadi seorang anak yang soleh dan mampu berbakti kepada kedua ibu bapanya bila sudah besar nanti. InshaAllah. Lepas ini kita tunggu Dayana pulak lahirkan bayi pertama beliau.

Sumber Berita: Instagram Ashraf Muslim