Written by Bella | August 21st, 2015

Baru-baru ini, berita isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokmah sudah disahkan hamil selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga nyata mendapat perhatian ramai dan rata-rata mendoakan agar kandungan itu sihat. Lebih menggembirakan lagi, isteri kedua beliau Wan Sakinah juga sedang sarat mengandung.

Bakal menyambut dua cahaya mata pada tahun ini, Ashraf akui ia bukan satu perkra yang mudah kerana beliau harus meletakkan kepentingan kedua-dua isterinya itu dengan sama rata.

Isteri pertama saya Dayana akan melahirkan anak pertama kami pada Disember nanti, manakala isteri kedua saya Sakinah pula bulan depan. Saat ini semuanya baik-baik sahaja. Cuma sebagai suami sedikit cabaran sebenarnya dalam menjaga dua hati wanita mengandung ini.

Berbicara soal hubungan Dayana dan Wan Sakiha, mereka berdua mempunyai hubungan yang cukup harmoni dan Wan Sakinah yang mempunyai pengalaman melahirkan anak sebelum ini  banyak membantu Dayana dalam segala persiapan untuk menyambut anaknya nanti.

Soal persiapan, kami buat bersama-sama. Malah, tidak ada masalah buat saya dan isteri-isteri saya keluar dan membeli persiapan bayi bersama. Malah dalam suatu keadaan Sakinah juga tidak lupa untuk berkongsi pengalamannya dengan Dayana.

Bagi saya sebagai suami keadaan ini sangat bahagia sebenarnya, selepas apa yang kami lalui bersama ini adalah hikmah yang dijanjikan Allah buat kami.

Kami pasti ramai lelaki di luar sana yang menginginkan kehidupan seperti Ashraf yang mempunyai dua orang isteri. Walaubagaimanapun, beliau menegaskan seorang lelaki itu harus mempunyai sifat sabar yang kuat dalam diri agar mereka boleh berlaku adil dan menjaga hati isteri-isteri mereka dengan baik.

Melihat pada kebahagiaan rumah tangga Ashraf Muslim dan isteri-isterinya kini, kami rasa tidak perlu lagi ada pihak yang memberikan komen negatif atas kisah lalu. Doakan semoga kedua-duanya dapat melahirkan anak dengan lancar dan dilimpahkan dengan kasih sayang.

Sumber Berita: Utusan Online

Comments are closed.