Written by Bella | March 27th, 2019

Pelakon dan pengacara Qi Razali mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya, Nelydia Senrose yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada April ini.

Qi bersyukur Nelydia bertemu dengan seorang lelaki yang baik dan boleh membimbingnya.

Alhamdulillah, saya bahagia dia jumpa dengan individu yang boleh membimbingnya… Dia bertemu lelaki baik. Semoga semua yang diimpikan dicapai dalam perkahwinan nanti.

Saya mendoakan yang terbaik untuk awak (Nelydia).Tahniah! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Pada masa yang sama, Qi juga mendoakan supaya segala persiapan perkahwinan Nelydia berjalan dengan lancar dan diberkati.

Ketika ini Nelydia sedang rancak membuat persiapan perkahwinannya bersama cinta hati, Hafiz. Bagaimanapun, pelakon itu masih belum lagi berkongsi tarikh sebenar pernikahannya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 25th, 2019

Ketika ini pelakon Nelydia Senrose sedang rancak membuat persiapan perkahwinannya bersama cinta hati, Hafiz. Sebelum ini, kami ada dengar berita beberapa rakan artis sudah pun menerima jemputan perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Nelydia masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya. Namun, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, pelakon jelita itu dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada awal April.

Baru-baru ini teman Cik Pang memaklumkan aktres itu khabarnya akan bernikah pada minggu pertama April depan. Jika benarlah apa yang disampaikan itu, ini bermakna tinggal kurang dua minggu saja lagi Nelydia bakal bergelar isteri orang.

Di kesempatan ini juga Cik Pang mengucapkan sekalung tahniah buat Nelydia kerana bakal membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Pastinya perkahwinan Nelydia antara yang dinantikan ramai, kami doakan agar majlis yang dirancang diberkati dan dipermudahkan. Kita nantikan pengumuman rasmi daripada beliau nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | March 6th, 2019

Kemeriahan majlis ‘bridal shower’ pelakon Nelydia Senrose yang telah diadakan di Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada Ahad lalu menarik perhatian ramai. Tentunya, tidak lama lagi beliau akan berkahwin.

Disebalik kemeriahan dan kegembiraan itu, ada segelintir netizen yang mempertikaikan mengapa Nelydia harus terlalu mengikut budaya barat. Bagaimanapun, Nelydia menafikannya dan memberitahu ia sekadar majlis pertemuan bersama rakan-rakan untuk memaklumkan berita perkahwinannya.

Ini majlis pertemuan biasa. Saya aturkan untuk memberitahu secara rasmi akan berkahwin tidak lama lagi kepada jemputan yang terdiri daripada adik-beradik dan rakan perempuan saja. Pada majlis itu saya buat sedikit permainan dan pemenangnya dapat hadiah. Dalam masa sama, saya nak berkongsi momen gembira ini dengan mereka.

Lagipun ini saja masa yang sesuai untuk kami berjumpa sebab saya sangat sibuk dengan kerjaya dan urusan perkahwinan

Ditanya mengenai tindakannya membaling bunga kepada tetamu yang hadir, Nelydia menganggap ia sebahagian daripada permainan sahaja.

Dalam pada itu, Nelydia mengesahkan beliau bakal berkahwin dalam masa terdekat tetapi masih belum bersedia untuk berkongsi butiran lanjut mengenai majlis pernikahannya itu dengan jejaka yang dikenali sebagai Hafiz. Nelydia berharap orang ramai dapat mendoakan agar segala urusannya untuk berkahwin berjalan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 23rd, 2019

Baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya, ramai peminat yang ingin sekali melihat pelakon Nelydia Senrose berubah dan kalau boleh mengenakan hijab sepenuhnya.

Bukan mudah untuk kekal istiqamah selepas berhijrah, Nelydia meminta agar peminat mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan memberikannya sedikit ruang serta masa untuk berubah. Biarlah ia lahir dari hati yang ikhlas tanpa paksaan.

Saya akui ramai peminat yang menantikan perubahan saya, lebih-lebih lagi selepas pulang dari Umrah. Namun begitu, saya memohon agar tidak diberikan tekanan untuk saya berubah.

Biarlah perubahan itu datang sendiri secara perlahan-lahan tanpa tergesa-gesa. Semua orang mahu berubah dan saya juga tidak terkecuali. Berhijrah itu memang senang, tetapi untuk terus kekal istiqamah itu agak sukar. Berikan saya masa dan saya memohon peminat mendoakan yang terbaik untuk saya.

Cukup tenang ketika melakukan ibadah di Tanah Suci Mekah, Nelydia harap beliau diberikan peluang untuk ke sana setiap tahun dan diberikan rezeki untuk mengerjakan ibadah Haji pula.

Setiap perubahan haruslah lahir dari hati yang ikhlas, kerana tanpa keikhlasan maka amalan seseorang diibaratkan seperti jasad yang tidak memiliki jiwa ataupun rohnya lagi. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Nelydia.

Sumber Berita : Astro Gempak