January 23rd, 2019

Baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya, ramai peminat yang ingin sekali melihat pelakon Nelydia Senrose berubah dan kalau boleh mengenakan hijab sepenuhnya.

Bukan mudah untuk kekal istiqamah selepas berhijrah, Nelydia meminta agar peminat mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan memberikannya sedikit ruang serta masa untuk berubah. Biarlah ia lahir dari hati yang ikhlas tanpa paksaan.

Saya akui ramai peminat yang menantikan perubahan saya, lebih-lebih lagi selepas pulang dari Umrah. Namun begitu, saya memohon agar tidak diberikan tekanan untuk saya berubah.

Biarlah perubahan itu datang sendiri secara perlahan-lahan tanpa tergesa-gesa. Semua orang mahu berubah dan saya juga tidak terkecuali. Berhijrah itu memang senang, tetapi untuk terus kekal istiqamah itu agak sukar. Berikan saya masa dan saya memohon peminat mendoakan yang terbaik untuk saya.

Cukup tenang ketika melakukan ibadah di Tanah Suci Mekah, Nelydia harap beliau diberikan peluang untuk ke sana setiap tahun dan diberikan rezeki untuk mengerjakan ibadah Haji pula.

Setiap perubahan haruslah lahir dari hati yang ikhlas, kerana tanpa keikhlasan maka amalan seseorang diibaratkan seperti jasad yang tidak memiliki jiwa ataupun rohnya lagi. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Nelydia.

Sumber Berita : Astro Gempak


7 responses to “Berhijrah Memang Senang Tapi Bukan Mudah Untuk Kekal Istiqamah – Nelydia Senrose”

  1. Rin says:

    Jangan sampai ko jadi fake macam si ernisha itu, bergelek di club sudahlah

  2. Ketam batu says:

    Mizz Nina yang dulu berhenjut, nyanyi rap kumat-kamit pun boleh maintain, siap jadi contoh baik utk laki die yg beribut panggil hujan dulu.. Lain orang lain gaknye.. Kena kuat iman dan hati kalau dah tekad..

  3. OhAku! says:

    yela tp wlupun tpaksa tutup aurat, insyaallah terlepas azab kt akhirat. 1 helai rambut dilihat 1 lelaki bkn muhrim, 70000 tahun dalam neraka. Nauzubillah. smoga awk cpt2 terbukak pintu hati nak berubah

  4. Kan says:

    Sllu pompuan ni klu nk tgk time istiqamah..tggu lpas kwin.bukan istiqamah je trus brniqab lg.ngn prents je duk dedah sna cni tp xnk dosa d tnggung suami,tu yg brttup tu.

  5. wekkkkkkk says:

    Tahun ni ko nk menikahkan dgn jutawan tu, bila, kalau dh bergelar isteri mmg mudah, tpi nak menjadi isteri solehah dan mengekalkan rmhtangga mmg mcm yg u katalah, berhijrah mmg mudah, tpi bkn sng nk beristiqamah.

    • Anonymous says:

      jodoh dia mane tau nelydia lagi pandai jaga rumahtangga… jd isteri pd suami yg sama kekal smpi mati… yg istiqamah tudung litup pun dah masuk 4x kawin…
      istiqamah pun bole buat ustaz cerai bini.. kawin 2 3 dlm xmampu…
      ini sume jodoh..

    • Anonymous says:

      banding epel dgn epel la wekkkk ngek. Istiqamah dibandingkan dgn hal rumahtangga kejadahnya.

Loading...