March 25th, 2019

Ketika ini pelakon Nelydia Senrose sedang rancak membuat persiapan perkahwinannya bersama cinta hati, Hafiz. Sebelum ini, kami ada dengar berita beberapa rakan artis sudah pun menerima jemputan perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Nelydia masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya. Namun, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, pelakon jelita itu dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada awal April.

Baru-baru ini teman Cik Pang memaklumkan aktres itu khabarnya akan bernikah pada minggu pertama April depan. Jika benarlah apa yang disampaikan itu, ini bermakna tinggal kurang dua minggu saja lagi Nelydia bakal bergelar isteri orang.

Di kesempatan ini juga Cik Pang mengucapkan sekalung tahniah buat Nelydia kerana bakal membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Pastinya perkahwinan Nelydia antara yang dinantikan ramai, kami doakan agar majlis yang dirancang diberkati dan dipermudahkan. Kita nantikan pengumuman rasmi daripada beliau nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

12 responses to “Nelydia Senrose Bakal Nikah Awal April Ini?”

  1. R says:

    Yang kondem andartu tu kena ingat. Kalau kau sendiri tak jadi andartu, anak pompuan, cucu cicit atau keturunan ko nanti dapat balasan tuhan. Jadi andartu !!! Mulut tu taruk cello tape!

  2. Tk says:

    Emma tu cantik. Tapi waktu berhjab emma kureng fashion sense. Patut Google jer berbagai cara berfesyen bagi anak muda yang berhijab.

    • R says:

      Masih berteka teki teku teke nk nikah nk nikah. Bagi jer la tarikh! Bukan kita nk serbu pun. Nk iting doa jer ..

  3. Anonymous says:

    Get a life la. Hidup mati ko mmg condemn neelofa je ke. Ramai je haters dia tp ko ni dah level budak je aku tgk.