Written by Bella | July 10th, 2019

Selepas dihimpit pelbagai spekulasi, akhirnya pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim sah bercerai talak satu pagi tadi. 

Mawar berkata, sepanjang tempoh enam tahun perkahwinan dia sudah berusaha untuk menyayangi Fizo dan keluarga demi kebahagiaan mahligai yang dibina. Malah, kedua-duanya sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi tiada keserasian lagi.

Namun, Mawar redha dengan ketentuan takdir dan dia sanggup berkorban demi kebahagiaan Fizo dan keluarga.

Selama enam tahun tempoh perkahwinan kami, saya telah cuba dan Fizo telah cuba untuk selamatkan perkahwinan ini. Mungkin sampai sini sahaja usaha saya untuk mencari keserasian antara Fizo dan keluarga. Saya korbankan kasih sayang saya demi kebahagiaan Fizo dan keluarga.

Mengakui masih menyayangi bekas suaminya, Mawar bagaimanapun enggan mengulas lanjut soal memberikan peluang kedua kepada Fizo. Masih terlalu awal untuk berbicara mengenai perkara berkenaan.

Difahamkan, perceraian mereka berpunca daripada masalah keluarga dan bukannya orang ketiga.

Sumber Berita : Kosmo Online

Kredit Foto : Astro Gempak

Written by Bella | July 10th, 2019

Kemelut rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat sebentar tadi.

Fizo melafazkan cerai talak satu terhadap Mawar pada jam 10.55 pagi di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.  Kedua-duanya kelihatan agak tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Sebelum ini, Mawar sudah mendapatkan khidmat nasihat peguam berhubung masalah rumah tangganya itu.

Terdahulu, mahligai pasangan ini dikatakan bergolak dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 1st, 2019

Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim yang didakwa sedang bergolak mendapat perhatian ramai. Fizo juga pernah memberitahu perkahwinannya itu mempunyai masalah dan redha sekiranya jalan perpisah adalah yang terbaik buat mereka.

Kali ini, Mawar pula tampil mengakui ada mendapatkan khidmat peguam dan merujuk masalah rumah tangganya itu pada pejabat agama untuk untuk mendapatkan nasihat mengenai kemelut yang sedang dihadapi.

Katanya, apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka kini adalah rahsia antara dirinya dengan Fizo. Mawar menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Harapnya netizen tidak cepat membuat andaian dan spekulasi sendiri yang hanya akan memburukkan lagi keadaan sedangkan mereka tidak mengetahui cerita sebenar.

Sama-sama kita doakan agar pasangan ini dapat menyelesaikan segala kemelut dengan baik dan tidak putus asa mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Written by Bella | June 27th, 2019

Mengakui rumah tangganya berdepan masalah dan redha andai ditakdirkan berpisah, pelakon Fizo Omar dalam satu kenyataan menerusi akaun Instagramnya hari ini meminta agar diberikan ruang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Fizo berkata, apa yang sedang dilalui adalah dugaan buat dirinya dan isteri, Mawar Karim dan berharap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Menurut Fizo, kini dia sedang menunggu keputusan daripada mahkamah berkaitan masalah rumah tangganya dan meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan Mawar.

Pada masa yang sama, Fizo mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak berhenti memberikan kata-kata semangat kepadanya yang kini melalui saat getir dalam hidupnya.

Terdahulu, mahligai pasangan ini dikatakan bergolak dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak. Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang.  Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.